07 June 2010

DuNiA HaRi iNi.....

Jangan salahkan Ina kalau Ina terlalu memilih...terlalu berhati-hati dalam hidup...
Kenapa????
Prasan x surat khabar,berita-berita x pernah berhenti cerita pasal keganasan rumah tangga,penderaan kanak-kanak & pembuangan bayi????
Ina sendiri jadi takut untuk berkeluarga...tapi,Ina masih percayakan jodoh & ketentuan,masih percaya semua yang berlaku ada hikmahnye....kalau boleh,Ina nak tau setiap hikmah perbuatan manusia-manusia durjana tu...
Kalau anda yang membaca tergolong dalam golongan mereka yang durjana ni,fikirkan la...x ada lagi ke belas kasihan pada anak-anak kecil yang x berdosa???x ada rasa kasih ke pada wanita yang melahirkan anak-anak comel untuk anda,yang menjaga makan minum anda???
Kaum lelaki,siapkan diri anda semua untuk memikul tanggungjawab sebelum berumah tangga.Berkeluarga bukan sekadar menghalalkan hubungan yang terlarang.Tapi,melahirkan umat manusia yang akan membina negara & agama 1 masa nanti...
Perkataan TANGGUNGJAWAB tu dah cukup jelas untuk kita fahamkan...Seorang insan pernah bercakap dalam sesi ceramahnya (x ingat siapa yang bercakap)....TANGGUNGJAWAB maksudnye kita TANGGUNG segala amalan di dunia untuk kita JAWAB di hadapan Yang Maha Esa,di akhirat kelak....
Kukuhkan pegangan agama kalian untuk membimbing keluarga.Mesti ada kesabaran,mesti mendidik dengan penuh hemah...InsyaAllah,isteri & anak-anak akan mudah dibentuk...
Semua orang inginkan keluarga yang bahagia,macam tu jugak dengan Ina...kita sama-sama doakan kesejahteraan & kebahagiaan orang sekeliling kita...

2 comments:

Sang Harima said...

Sama-sama lah kita berdoa..

InA aWiE said...

harima:thanx 4 being my follower...doa utk kite sume k...