24 August 2010

Mari Kita Kongsi...........

Ina terbaca 1 nota di FB...tentang MENGAPA YAHUDI BIJAK??
Meh kita baca sama-sama & kongsikan dengan yang lain...Semoga kita juga mampu melahirkan manusia yang bijaksana....

tengok nie

22 August 2010

Zaman Kanak-kanak & Hantu!!!hehe...

1st story

Masa tu,Ina baru berumur 3tahun.Perumahan kami penuh dengan orang Al-Arqam (sebelum berlaku ajaran-ajaran yang pelik-pelik).Mak suruh kakak-kakak & abang-abang Ina gi ngaji kat umah Ustaz Al-Arqam tu.Ina pulak suka mengekor dorang...belajar ngaji jugak la kononnya (huruf pun x kenal lagi masa tu).
Kalau nak ke umah Ustaz tu,kami kena lalu umah-umah jiran kat lereng bukit.Nak dijadikan cerita,masa lintas kat umah Makcik L****,kami dengar suara anak-anaknya menjerit panggil kami...minta tolong kami panggilkan Wak Dam (kira macam ketua taman la).Ina yang nak tau apa jadi terus menjenguk kat dalam umah tu.Ina nampak Makcik tu tengah merangkak macam harimau...
Ina terus lari balik umah.Anak-anak Makcik L**** yang ketakutan rupanya lari sama,nak tumpang kencing katanya.Orang taman yang mendengar suara kami keluar menjenguk umah Makcik L****.Selepas keadaan reda,Ina pun sibuk la tanya kat Mak.Difahamkan Makcik ni terkena saka harimau.Masa merangkak tu,dia x sedar diri sampai mencederakan tangan dia sambil minta benda yang pelik-pelik.Bila dia kembali sedar,dia tanyakan kenapa tangannya berdarah...Kata Mak,Makcik ni macam diikut oleh sesuatu....jeng...jeng..jeng!!!!Baca kisah seterusnya....

2nd story

...masih kisah Makcik L****....
Lepas kejadian pertama tu,mereka sekeluarga pindah ke umah lain,kawasan depan (lorong lain tapi masih taman yang sama).
Suatu subuh(lepas sahur,bulan puasa),Ina bersama kakak & 'adik yang x berapa adik' main basikal kat lorong umah Makcik L**** ni.Tiba-tiba,'adik' cakap yang dia nampak orang pakai jubah & serban serba putih depan umah Makcik tu.Kami patah balik ke umahnya untuk tengok...memang ada!!!
Sebenarnya,suami Makcik L**** memang suka pakai jubah putih.Tapi,mereka sekeluarga dah balik kampung.Lagipun,cuba fikir...kenapa nak datang umah orang subuh-subuh macam ni???
Kami ceritakan pada Mak & Abah.Mereka nasihatkan kami jangan main kat kawasan tu waktu subuh....

3rd story

Dulu,Mak & Cik Mah selalu ke surau sekolah waktu malam untuk dengar ceramah agama.Satu malam,tengah mereka jalan kaki (Mak bawa Alan yang baru berumur 1-2tahun),Mak terpandang cahaya api kat hutan tepi taman.Cahaya tu macam mengiringi mereka ke surau.Mak yang rasa pelik,terus pas Alan kat tangan Cik Mah.Takut disampuk katanya.Cahaya api tu macam tuju-tuju (salah satu ilmu santau orang) & Mak mula-mula nampak kat kebun Makcik L****!!!Bila sampai ke kawasan bukit sekolah,cahaya api tu hilang serta merta....
Adakah Makcik L**** terkena sesuatu???Hanya dia & keluarga saja yang tau....
Bila Ina berumur 7tahun,Makcik L**** dah berpindah ke kawasan lain (daerah yang sama).Disebabkan Mak adalah salah sorang kawan baiknya,kami selalu berhubung & mengetahui cerita-cerita pelik tentangnya di tempat baru tu.....

4th story

Masa berumur 5tahun,Ina suka ikut abang-abang & kakak-kakak main 'roundas' (betul ke x eja ni??hehe) kat padang sekolah,dekat dengan taman kami.Kawasan sekelilingnya hutan.Mak selalu marah abang & kakak sebab bawa adik-adik kecik gi main kat situ.Masa yang besar main,yang kecik-kecik ni hilang kat dalam bangunan sekolah.Kami suka main kejar-kejar dalam bangunan sekolah tu.Satu hari (bulan puasa),kami main lagi kat dalam bangunan tu.Disebabkan x tahan nak kencing,kami pun masuk salah satu toilet kat tingkat bawah.Sorang daripada kami try tolak 1pintu ni.Tapi,pintu tu macam dikunci dari dalam.X ada orang lain yang naik ke kawasan sekolah kecuali kami (budak-budak taman).Kawan tu cuba menjenguk kat bawah pintu.Dia nampak 1lembaga hitam berbulu kat dalam toilet tu!!!!Kami yang lain x berani nak jenguk,terus bertempiaran lari ke padang....Persoalannya,betul ke lembaga???Di bulan Ramadhan,ada hantu ke????