09 August 2010

RaMaDhaN....

Antara kuih kegemaran Ina bila Ramadhan menjelma....(gambar hiasan semata-mata)-dari encik goooogle!

Huhu..semakin hampir kita dengan Ramadhan,semakin sayu hati Ina...
Segala kenangan indah berpuasa datang dalam ingatan..........

Yang paling Ina rindu ialah saat-saat sambut Ramadhan di kampung bersama arwah nenek.Arwah sempat juga berpuasa pada Ramadhan yang lepas sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada 25 Ramadhan tahun lepas.Arwah seorang nenek yang penyayang & pendiam.Setiap kali kami balik kampung,macam-macam permintaan kami dikabulkan.Pernah satu hari,K.Ana 'ter'cakap....
"Rasa nak makan laksa laaa..."

Nak tau apa tindakan nenek???Dia keluar dari rumah,berjalan seorang diri sampai ke simpang kampung...Rupanya nenek keluar pesan laksa kat kilang laksa terdekat.Terharu kami bila dia balik dengan MILO(permintaan adik) kat tangan sambil bagitau....
"Mek(panggilan kami pada Arwah) dah order laksa kat kilang tu...2kg cukup??"
Sehari sebelum raya,nenek sibuk nak anyam ketupat daun palas & Ina pun sibuk belajar menganyam. :)

X dinafikan zaman kanak-kanak sangat menyeronokkan...termasuklah pada bulan puasa.Mak ajar Ina berpuasa sejak umur 6tahun(lambat sikit berbanding adik-adik).Mula-mula,puasa separuh hari.Kadang-kadang curi minum air paip sebab x tahan lapar.Kakak-kakak & abang-abang x bagi Ina & adik-adik makan bersama kalau x puasa.So,acting like I'm fasting too laa kan...hehe...Pagi raya,kami tunggu Abah susun duit atas meja(upah berpuasa sebulan).

Banyak kisah kalau nak dikenangkan...rindunya pada Ramadhan....

Selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini dengan penuh kesyukuran & kesabaran...
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik& mendapat keberkatan darinya...

No comments: