22 December 2010

kejadian-kejadian hari ni

Tengahari tadi,gara-gara puntung rokok,lab kami hampir-hampir terbakar.Selamat la kami masuk kelas lepas lunch tu agak awal.Kalau x,x tau la apa akan jadi....
Lab kami tu oily,ade power supply.For sure tempat tu mudah marak dengan api kalau kami lambat bertindak....

Kesnya jadi bila budak-budak lelaki yang singkat pemikirannya merokok dalam toilet & buang puntung rokok tu dalam bekas plastik tisu yang dorang guna untuk lap tangan berminyak.Tanpa sedar,api puntung rokok dorang tu masih menyala & dah start bakar tisu berminyak tu.Masa keluar lunch,x ada yang perasan pun...sampai la kami naik lepas makan.Masing-masing dah terbau benda terbakar,tapi lab kami tu berkunci..kena tunggu cikgu kami tu datang bukak.Bila bukak,kami nampak asap berkepul-kepul dalam lab.Semua pusing-pusing,cari punca asap tu.Cikgu bukak toilet lelaki & ternampak la tempat asap tu...api tengah menyala dengan dahsyatnya...

Tindakan seorang kawan ni dengan curah air pada api tu buat api makin kuat.Cepat-cepat kami cari alat pemadam api.Kawan yang sama jugak yang bukak pinnya & terus cuba padamkan...
Alhamdulillah berjaya padamkan & x ada barang elektrik yang disambar.Kalau x,habis la bangunan 4tingkat tu terbakar....

MORAL OF THE STORY:JANGAN MEROKOK KALAU X TAU MACAM MANA NAK PADAMKAN API PUNTUNG ROKOK TU SEBELUM DIBUANG!!!!!!

No comments: