17 December 2011

Hari Letih...Hari Gelak sampai Petang!!!

Hari Letih

Huhu..Selasa lepas, Ina daftar placement kat Shah Alam. Hari tu baru dapat tau kena kerja sebenarnya kat Bangi. Ina dah ready bawak barang nak masuk rumah sewa kat Shah Alam..tetiba kena gi Bangi lak..letih sungguh! Dah la x ada tempat tinggal. Kalau berulang dari rumah,mesti kena bangun awal-awal pagi...LETIH!!!

Lepas office hour, Ina gerak gi Bangi. Tengok tempat nak lapor diri pulak.Sampai ke malam cari tempatnya. Sesat..jumpa pun dengan bantuan Abah&his fren. Malam tu tidur rumah Lily kat KL. Nak balik rumah, memang x larat.

Pagi esoknya, pukul 5.40 pagi dah bangun..Bersiap & keluar rumah dalam pukul 6 lebih. Selamat la x jem kat mana-mana. Jalan ke kilang pun x sesat. Sampai sana setengah jam awal. Nak masuk, PakGuardBangla x bagi masuk (kena tunggu office hour jugak)..bengang je....dah la kelaparan!!!

Masuk kilang, semua orang sibuk dengan persiapan audit hari Khamis (esoknya). Menanguk je la dalam office. Then, cari hostel pun susah. Last minute, pukul 6 lebih baru dapat tempatnya...Alhamdulillah...

3 hari dalam kilang, cuma duduk & tengok orang buat kerja je...huhu..letih & bosan again!!!


Hari Gelak Sampai Petang

Today, ada mini reunion with my PLKN frenz. Only 10 person yang dapat datang. Tapi kecoh macam ramai gila! Rindu segala cerita zaman tu. It's like a holiday without any stress..sangat hepi...

Berjumpa selepas about 7 years terpisah. Segala update keluar. Segala cerita-cerita lucu zaman 'kanak-kanak' kami keluar. Hilang sekejap segala tension. Bergelak ketawa sampai lupa orang sekeliling...even x ramai pun yang datang :(

I'm proud to have them as frenz..masing-masing have a gud job...& what a small world...1 of my frenz is my boss's dotter..haha...seriously terkejut dengan kenyataan tu. Tapi, sangat x sangka!!!

11 December 2011

Perjalanan Penuh Kenangan :)

Hampir setahun rasanya x gi Skudai. 9hb bertolak ke Skudai. Imbas kembali kenangan masa gi sana time U dulu...
Sempat lawat U, tengok segala pembaharuan yang dorang buat. Makan kat 'Payung' Sri Putri & 'Pinang'. Rindu rasa Nasi Ayam Penyet yang sedap tu..hehe..

Tujuan utama ke Johor: pergi majlis tunang Erlin a.k.a Kecik kat Kota Tinggi.Cantik kamu wahai si Kecik! Korang nak tengok?
Ni dia..Erlin di majlis tunangnye...

Sempat jugak bergosip dengan geng Pulai Utama...Thanx to Diha, Wafa, Maherah & Su yang dah tumpangkan kami tido selama 2 malam. Majlis korang nanti jangan lupa jemput & bagi kad ye...

Kali ni, datang Johor tanpa rasa hiba lagi. Ina pasrah & redha dengan segalanya. Ada hikmah segala yang berlaku. Meh aminkan doa ni sama-sama : Moga Ina ditemukan jodoh dengan lelaki yang baik, romantik & mampu mendidik Ina ke jalan diredhai Allah...Amin!

05 December 2011

GEMS..GVR 05 : BEST!!!

2 bulan terperuk dekat Genting View Resort..mem'busy'kan diri dengan segala program GEMS (Graduate Employability Management Scheme). Letih tapi x menyesal langsung join program ni. Banyak pengalaman dapat, kawan-kawan pun sangat-sangat best!!! Bila balik rumah, still teringatkan Room B505, GVR 05, GREEN Travel & Tours, Mr Omar Ariff...whistle setiap pagi, kelas setiap hari, riadah setiap petang...AAAAAAHHHHH....rindu semuanya!!!!

Ina pernah berfikir panjang untuk tinggalkan kerja yang baru sebulan Ina buat & join program ni. Balik dari program, Ina boleh cakap 'SAYA X MENYESAL DENGAN KEPUTUSAN SAYA!!!'

Thanx kawan-kawan yang supportive kat GREEN Travel & tours, roomies yang bertahan dengan kerenah Ina (Jue, Hana & Ana)...Korang memang THE BEST!!!! LOVE U ALL!!!!

29 October 2011

Semakin...

--> Semakin pandai cakap omputih..hehe
--> Semakin yakin dengan diri..agaknya la...
-->Semakin bersemangat nak cari kerja
Terbukti pilihanku kali ni yang terbaik untuk aku...walaupun selsema & batuk sepanjang kat sini.... :)

01 October 2011

PerKEMBANGan terbaru...huhu

Keputusan dah dibuat..berdasarkan gerak hati yang Ina rasa. Hope apa yang Ina buat lepas ni diredhai Allah dan bertambah baik kehidupan ni. Ina teruskan usaha kejar impian yang masih belum tercapai...

Mengenai CINTA; 
Kakak-kakak kata 'lupakan je dia...'
Kawan-kawan pun same
Kakak ipar cakap 'kamoo muda lagi...masih banyak waktu untuk mencari yang lain..'
Kata akal ni 'ikut segala gerak hati dan sentiasa doakan kebahagiaan tu datang untuk kita'
So, teruskan hidup ini dengan senyuman walaupun kenangan sukar dipadam :)

**Atok si dia yang Ina jumpa dulu dah kembali ke Rahmatullah. Ina mintak siapa-siapa yang baca blog ni doakan Atok supaya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin..insyaAllah... 
                              

24 September 2011

Kerja..kerja..kerja!!!

Huhuhu...penat jugak kerja kat tempat macam ni...
Bayangkan hampir setiap hari naik-turun-naik tangga lebih dari 6kali.Belum lagi bab report x henti-henti kena siapkan..Stator & rotor yang ready untuk testing...Boss yang sangat cerewet & moody...tensen dengan boss tu!!! 1 report kena bawak jumpa dia at least 3kali,baru approved.1 hari lebih kurang 7-9 report kot...
Time dia moody, habis semua orang kena misconduct la..warning letter la...haish!!!!
Now, I'm thinking about to go for another offer that I've got...hehe..better place mayb. I just want to gain new knowledge. Kalau dapat peluang lebih baik, patut ke dilepaskan? Kalau setakat pressure dari boss tu, Ina masih mampu tahan rasanye.... :)

03 September 2011

Blog Kisah Cinta Mereka...???

Huhu...semalam berbual dengan kengkawan yang online kat FB. Masing-masing berkongsi kisah cinta dorang semua. Yang meluah perasaan & yang mintak tolong carikan calon pun ada...

Actually, dikalangan kengkawan, Ina ibarat 'kaunselor cinta'. Tapi, bercinta pun tidak...(buat masa ni la). Pengalaman sendiri & orang-orang sekeliling buat Ina berfikir lebih dalam untuk semua masalah cinta. Sebenarnye...kita boleh berfikir dengan lebih rasional untuk orang lain bila kita xmengalami tapi cuba memahami. Cinta tu membutakan hati & fikiran kita untuk fikir lebih jauh. Bila xbercinta,Ina ada masa untuk mendengar semua masalah mereka, tolong fikirkan penyelesaian & cuba bagi motivasi sikit kat dorang.

Rasa macam nak buat 1 blog 'Kisah Cinta'. Nak kongsi apa-apa pendapat & kisah cinta kengkawan. At least boleh jadi ingatan & pedoman untuk orang lain. yang nak berkongsi cerita pun boleh PM kat Ina kan....??? 

**sedang fikirkan rencana membuka blog ni...wajar ke??huhuhu.........

29 August 2011

Ramadhan & Syawal 2011

Ramadhan tahun ni selesai dengan baiknya. Dapat bersahur penuh sepanjang Ramadhan (dengan bantuan Mak yang sentiasa kejutkan dengan suara lantangnya). Kalau kat hostel dulu, kadang-kadang xnak bangun sebab xde makanan selain megi. Nak turun membeli, sangat la 'RAJIN'nye Ina ni....

Kad Raya untuk kalian.SELAMAT HARI RAYA. Maaf zahir & batin....

Syawal disambut sederhana je kot tahun ni. Xde keinginan nak balik beraya kat kampung...terasa nak beraya kat kampung tempat kami membesar ni. Sekian lama xmerasa raya kat Sungai Choh, tahun ni Abah kena akur dengan kehendak kami (anak-anak). Family pulak sentiasa xcukup. Masing-masing ada tanggungjawab & keluarga sendiri. Kak Ana beraya di kampung dengan suami, anak-anak & sepupu yang lain. Lan beraya sorang-sorang kat Mesir (sian dak ni..hehe). Lily, pagi raya baru sampai... (dia hantar 'wakil', anak-anak, untuk tolong Mak mengemas).

21 August 2011

Syukur pada-Nya

di hari raya tahun 2006



bulan puasa tahun 2007 (kalau xsilap)

Satu masa dulu, Ina pernah menangis kerana keadaan wajah yang teruk ini...
Doa & usaha sentiasa mengiringi hidup. Alhamdulillah, Ina bersyukur. Dengan berkat usaha & doa itu, Allah makbulkan permintaan insan kerdilnya...

Walaupun belum sepenuhnya pulih, Ina tetap bersyukur sebab Allah mengurangkan masalah ini...
Untuk mereka yang senasib, berusaha & berdoalah...Allah itu Maha Mendengar...Dia sahaja yang Mengetahui segalanya....

17 August 2011

Jadi 'IBU MUDA' untuk 1 hari

**Teringat kat Auny...tetiba terfikir nak buat entry ni...

Masa Auny baru lahir, Ina stay kat umah dia dalam 3bulan. Ina praktikal kat Manara TM. Lagi dekat dari sana kalau nak berulang-alik.

Lepas tu, Ina balik ke Johor sambung study. Company mintak Ina hantar 1salinan report ke Menara TM tu. Disebabkan xsempat nak siapkan, Ina balik ke Johor dulu. Inform mereka kat TM yang Ina akan hantar report tu lambat skit.

Masa balik KL beberapa bulan lepas tu, Ina datang umah Auny lagi. Nak pergi hantar report la kononnye...Tetiba, Kak Ana (mama Auny) mintak tolong jaga Auny.

"Ina, tolong jaga Auny ye...pengasuh balik kampung kejap. Tak ada orang nak jaga Auny...." (sambil buat muka sedih..huhu)

Auny baru 3bulan. Masih menyusu, nak jalan pun xreti lagi. Kak Ana cadangkan drive kereta, letak Auny kat seat sebelah tu. Bawak naik ofis masa jumpe Manager...

Haish...fikir panjang jugak tu nak buat. Lastly, Ina siap-siap packing pampers, baju & botol susu. Bawak kereta tolak dia sekali. Terpaksa angkut Auny bersama :)

Masa drive ke Menara TM, Auny menangis je. Lapar ke, xselasa ke...xtau la. Ina drive pun xtenang. Asyik pandang kat dia je...huhuhu...

Sampai kat basement parking, terus bukak kereta tolak. Sandang beg barang Auny, suakan botol susu kat dia. Xmau pulak nak minum. Saje nak nangis je kan...nak bagi Cik Ina dia panik jap.

Kat lif, ada staf yang tegur...
'Anak cumil' katanya.
Cepat-cepat Ina jawab 'Anak sedara saya...'
Xnak orang fikir 'Muda-muda lagi dah kawin??'...hehe...

Kat tingkat bawah, Mak Guard bangsa India tahan. Suruh Ina amik kad pelawat. Baby dia xbagi bawak...

Haish!!!camne ni?? Spontan je, Ina mintak dia jaga kejap. Siap bagi botol susu lagi.

Masuk lif 1lagi, staf tadi tanya...
'Mana baby tadi?'
'Mak Guard tu xbagi bawak naik. Saya tinggalkan kat dia'
'Beraninya...nape xcakap kat saya? Boleh saya ngaku anak saya...Kalau hilang camne?'

Lepas dengar orang tu cakap, muka Ina boleh tahan gak la merahnya. Risau jugak ni...
'Xpe la,saya hantar report. Kejap je ni...' (cuba-cuba bertenang la...)

Jumpa manager, Ina terus tunjuk report. Boleh pulak manager nak berborak-borak dengan Ina. Cepat-cepat Ina bagitau dia...
'Encik, saya kena cepat ni. Anak sedara saya kat bawah. Mak Guard tu xbagi bawak naik. Baby lagi...'
'Laaaa...ye ke??Nape xbawak je? Xpe la, cepat-cepat turun...kang hilang, susah pulak...'


Huhuhu...selamat la bila turun, Auny duduk diam je dalam kereta tolak. Xmeragam langsung. Alhamdulillah, xhilang...takut!!!

Balik ke rumah, Ina ceritakan semuanya kat Kak Ana. Boleh lak dia buat lawak...
'Anak mama jadi anak angkat Amma la...hihihi'


Terasa seperti IBU MUDA yang kelam kabut...sangat!hahaha

10 August 2011

10 Tips Sihat!

erm...ada orang pernah soal pasal ni. So,rasa-rasa cam nak kongsi dengan semua...
Jom amalkan.Moga dapat turunkan berat badan..hehe..Ina pun sedang usahakan...

  1. Minum air sebelum atau selepas makan saja. Jangan makan bersulam air ye!
  2. Kalau boleh,minum air dalam 10-15 minit selepas makan.
  3. Sit up. At least twice a day, kiraan 10. Elak buncit!
  4. Elakkan tido selepas makan. Kalau ikut fakta, 2jam selepas makan baru boleh tido.
  5. Kunyah makanan sehingga lumat. Jangan makan terlalu cepat atau xkunyah dengan betul.
  6. Kurangkan makan malam. Makan sebelum 8malam.
  7. Kurangkan minuman berais & manis.
  8. Bersenam twice a week, selama 20minit.
  9. Rajin-rajin timbang berat badan. Boleh control makan sikit :)
  10. Makan makanan seimbang. Pastikan ada nasi, sayur & daging dalam hidangan.
**Ina dapat dari bacaan. So, kalau ada fakta yang salah,boleh tolong betulkan ye. Sumber bacaan sangat banyak.

Kira BMI kamooo:

BMI= Berat (kg)

Tinggi2 (m)

>>Apa yang Ina penah belajar, BMI yang normal around 20-25.



05 August 2011

Ramadhan di zaman belajar

ermmm...ingat-ingat balik, terasa susah bangun sahur & berbuka masa belajar. Tapi, keseronokannya tetap ada.

Kat HUTAN LIPIS
Siren pukul 4 pagi kejut kami bangun sahur. Ina biasanya mandi dulu sebelum turun makan. Dalam sejuk-sejuk tu,turun DS, beratur amik makanan. Sepanjang puasa, prep petang mesti kat dalam library..sejuk skit..hehe
Bila petang, kecoh 1asrama. Sibuk nak pesan makanan kat member-member yang keluar gi bazar dengan Sir Zack. Panjang berjela pesanannya... Tiap-tiap hari, ada kelas yang kena serve makanan kat semua penghuni asrama. Kalau kami xterlibat, sempat lagi 'digging' bola tampar kat padang. Balik letih-letih, mandi. Ready barang-barang prep malam dan solat. Lepas tarawikh, terus prep. Waktu prep jadi singkat tapi, supper tetap tersedia :) Sangat gemuk Ina masa ni...

Kat PEKAN KULIM
Sahur ada makanannya. Tapi, jarang skali turun sahur. Almaklum la,jauh sangat perjalanan nak ke DS. Kalau mamai, boleh tertido sambil jalan tu...hehe...
Macam kat Lipis, ada dorm yang kena serve makanan. Makan sama-sama dengan dormate masing-masing. Kadang-kadang, makan dengan mentor masing-masing. Mr Liew tetap akan turun memeriahkan majlis... LUV U la Mr Liew!!!

Kat SKUDAI
Biasanya sahur dengan megi sampai habis 1badan sakit...masuk angin! Kalau ada assignment yang kena buat, kami stay up sampai pagi. Dalam pukul2-4 pagi, keluar la cari makan. Kalau rajin, gi kedai mamak kat taman U. Kalau agak-agak kurang rajin, makan kat cafe depan tu je. Ada masa-masa, langsung xsedar. X bersahur la hari tu. Perut pun buat perangai.
Petang-petang, tunggu bas nak gi FAB (bazar ramadhan UTM). Kalau lambat, dalam bas la berbuka puasa... Bila ada kenderaan, jauh lagi kami merayau. Cari bazar kat taman U pulak. Balik, kumpul kat 1bilik, makan ramai-ramai sambil layan muvi. Haish...Maghrib pun terlajak. Kalau ada iftar, makan free dalam dulang (ramai-ramai). Pastu tarawikh kat bawah khemah. Memang terbaik! x ada la yang kepanasan sebab surau berkuap...

Kat mana-mana pun Ina pegi, kenangan berpuasa di perantauan tetap jadi kenangan paling berharga. Seronok, rasa kesusahan bangun sahur & sakit perut, rasa nikmatnya berkongsi!!! :)

01 August 2011

Ramadhan datang lagi!!!

Alhamdulillah..dipanjangkan umo, dapat bertemu Ramadhan tahun ni. Selamat berpuase utk semua umat Islam. Perbanyakkan ibadat. Kurangkan mengumpat. Bermaafan sentiase. Semoga mendapat keberkatan bulan mulia ini.

Terkenang 2 tahun yang lepas...Arwah nenek cume sempat berpuasa 25hari saje. Hari ke-26, Arwah menghembuskan nafas terakhirnye...Al-Fatihah buatnye dan kaum keluarga yang lain...Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


29 July 2011

Sekolah Agamaku!!!

Tetibe teringat zaman kanak-kanak...
Darjah 1 xdapat peluang sekolah agama sebab Mak & Abah cakap Ina 'kecik' lagi...(ni la nasibku,lahir akhir tahun.Mase masuk darjah 1,umur baru berapa hari cukup 6tahun).

Mula-mula jalan kaki gi sekolah (Darjah 2), kenal dengan Ana Daai kat tepi jalan je. Semangat nak belajar sebab ramai yang cerita betapa bestnye sekolah agama...Ustazah Noor Hayati suke tanye pasal solat. Kalau solat xcukup 5kali sehari,kami kena berdiri kat depan. Lepas tu,berlari keliling bangunan kelas tu sebanyak mane kami tinggalkan solat. Sebenarnye,education cara ni la yang buat Ina ingat solat...

Ustazah Ainol Liza terkenal sangat dengan garang die. Masuk kelas je, kena ready untuk soal jawab. Ina yang malas sangat menghafal ni selalu la didenda...Tapi, akhirnye ingat jugak segala hukum tajwid...terima kasih ye ustazah!!!

Ustazah Faridah Hanum memang tegas kalau mengajar Al-Quran. Ina selalu kena marah sebab xsedar tunjuk bacaan AlQuran tu dengan tangan kiri...huhu..takut dengan ustazah, tapi die buat Ina ingat selalu teguran tu...

Ustaz Sulaiman sorang je guru lelaki mase tu. Terkenal dengan 'sepak terajang,penampar & rotan'. Hukuman untuk budak-budak nakal selalunye depan perhimpunan @ kat dalam surau sekolah. GERUN!!

Mase datang sekolah,semangat nak sampai awal. Boleh main 'sep tiang' dengan member. Mase rehat sambung lagi...Makanan sentiasa dibawak, makan ramai-ramai kat tepi longkang kelas. Paling best la tu kononnye...hehe...

Peristiwa yang xboleh nak lupe mesti la kes dotdotdot. Dahsyat!!sampai xsanggup nak ingat muka kawan yang jadi mangsa...

Kenangan paling banyak mesti la perjalanan pergi & balik sekolah dengan Ana Daai. Hujan lebat kami redah, ko-Q kami ponteng, main kat taman permainan sebelum balik umah & kutip buah-buahan kat kebun-kebun@ umah orang yang kami lalu!!!

Haish...terasa nak jadi kanak-kanak semula..... :p

24 July 2011

Senawang....

Huhu..minggu lepas (16 Julai), Ina pegi interview untuk GEMS..grab je peluang yang ade...

Pastu, kena jadi baby sitter kat Senawang.JEMPUTAN KHAS!hehe...sangat suke sebab dah lame xjumpe BUDAK HENSEM (anak buah ye...).Ibunye kena kursus 3hari daaa...

Irfan Muqri dok kira hari...

"Aunty Kina (panggilan yang die reka sendiri), ibu pegi 3hari!!!Ibu work..."
(sambil rapatkan ibu jari& telunjuknye;tunjuk 3jari..)

Iman Muqri pulak xpaham pape pun...baru 7bulan. Yang die tau,tiap-tiap malam nangis dengan sangat kuat sebab nak SUSU IBU!!gasak la Ina...macam jadi IBU sebenar le...bangun siapkan susu si kecik ni.

Letih jugak jaga budak 2orang ni...Almaklum la, gastrik xselesai lagi. Tapi, seronok tengok telatah dorang. Time Ina solat, si kecik akan meniarap laju-laju pegi kat bilik (tempat Ina solat); tunggu sampai Ina habis solat. CUMIL SUNGGUH!!!

Pagi hari Ina balik tu, ibunye hantar dorang kat rumah pengasuh macam biasa. Irfan lari masuk dengan xmo salam pun. Iman pulak buat muke sedih je...huhuhu...

Bile sampai rumah, rindu rasanye kat telatah dorang ni...tu baru 4hari jaga. Kalau lame, mesti rindu sangat-sangat!

Tetibe terfikir, ape perasan pengasuh yang dera bayi & ibubapa yang dera anak tu ye??x sayang ke kat budak tu?xde rasa kesian ke???hurmmmmm......


19 July 2011

Seminggu...!!!!

Huhu..dah seminggu. Semalam, buat kali keduanya, Ina ke klinik.Seminggu tahan sakit perut ni. Pegi klinik pun x sihat-sihat...

Klinik yang pertama tu cuma cek tekanan darah & suhu badan bila Ina cakap sakit perut,cirit-birit & angin. Pelik sungguh!!!! Geram je tengok doktor tu. Sikit pun x cek perut ni...

Selepas seminggu, baru la Ina dapat ubat GASTRIK dari klinik kedua...SEDIH SUNGGUH!!!!

27 June 2011

Teringin rasanyeee....

bila lagi nak pakai jubah & tudung labuh???
takut Ina x cukup istikamah.....tapi hati teringin berubah....huhu

23 June 2011

Auny Firdyna


Teringat kisah ni...jadi masa tahun 2008. Budak yang namanya Auny ni baru berumur lebih kurang 7bulan....

Auny ni anak buah Ina. Sejak dia lahir sampai umur 4bulan, Ina duduk kat rumah Kak Ana (rumah Auny la) sebab masa tu Ina tengah praktikal industri kat area sana (PJ). Selalunya, Auny dihantar kat rumah pengasuh (jiran depan rumah, 1 flat jugak). Kadang-kadang, Ina jadi baby sitter dia kalau weekend Kak Ana kerja. Sepanjang Ina kat sana, Ina tengok Auny akan menangis setiap kali dihantar & macam orang 'blur' setiap kali diambil. Sampai rumah, baru la nampak senyuman dia. Ina fikir maybe seba
b budak kecik lebih selesa dengan ibu dia...man
ja sikit la...

Lepas bulan Julai, Ina masuk sambung belajar kat Johor semula. Dalam akhir bulan Oktober, Ina dapat mesej dari Kak Ana.
"Auny pengsan siang tadi. Sekarang kena tahan kat PPUM. Ada kesan pendarahan dalam otak."
Terkejut dengan mesej tu, Ina terus berbalas mesej dengan Kak Ana. Kak Ana kata dia ambil Auny kat rumah pengasuh tengahari tu dalam keadaan pengsan. Kak Ana dapat tau Auny dah pengsan lebih kurang sejam.

Kebetulan Ina tengah exam akhir semester. Tahun 3 bukan la mudah. Subjek pecah kepala semuanya. Jadual exam pun dekat-dekat je tarikhnya. Tensen jugak nak study...tambahan pulak risaukan Auny. Ina buat keputusan nak balik tengok Auny kat PPUM masa 'gap' exam yang lebih kurang 2 hari tu. Gerak balik l
epas habis 1 paper (petang jugak la). Sampai KL lebih kurang pukul 12 tengah malam. Naik LRT pun yang terakhir (sampai pukul 12.30). Bila call Abang ipar, dia dah tertidur kat PPUM. Terpaksa tunggu dia sampai pukul 1 pagi & terus ke PPUM, tidur kat katil hospital.

Dalam dingin pagi tu, Ina tengok Auny kat katil tu dengan tangan yang bengkak dicucuk air...kesian dia. Kak Ana cerita sikit pasal Auny. Katanya kaki kanan Auny patah, ada kesan pendarahan dalam otak (setiap lapisan otak). Doktor nak pantau perkembangan dia, takut kena sawan pulak. Bila minum susu pun dia muntah-muntah balik. Siap ada 1 malam doktor suruh Auny x diberi susu atau apa-apa makanan sebab nak operate (kononya la...bila pagi, x jadi pulak nak operate!!kesian Auny...).

Semalaman teman Kak Ana kat katil hospital. Bangun tidur pukul 5 pagi sebab Auny termuntah. Lepas tu, Kak Ana bawak Auny turun untuk CT scan. Doktor dah syak ini kes PENDERAAN sebab kesan jatuhnya sangat teruk. Masa tu sempat la Ina membaca buku untuk exam seterusnya...

Dalam pukul 11 pagi, ramai doktor-doktor pakar datang melawat. Dah pun jadi kes polis & JKM. Sah la ini kes pengasuh dera budak. Ina pulak x jadi nak habiskan study dalam kecoh-kecoh tu...

Petang tu, Auny kena pindah ke wad kawalan pulak. Doktor nak pantau perkembangan dia. Bercampur dengan orang lain yang macam-macam sakitnya. Ada bayi kat katil sebelah kena jantung berlubang. Umur lebih kurang macam Auny. Bila berbual dengan ibunya, hati makin sayu...bayi tu satu-satunya anak le
laki dia. Hampir 10 tahun menunggu anak lelaki, bayi ni lahir dengan jantung berlubang. Tapi, dia tetap akan berusaha jaga anak comel tu sampai sembuh. Kat katil depan tu, sakitnya kritikal jugak (Ina x ingat sangat sakit apa, tapi dia x boleh tapis segala cecair dalam badan. Doktor atau maknya yang akan masukkan 1 tiub melalui mulutnya & sedut kahak/cecair dalam badan). Sayu sangat bila dengar jeritan suara anak kecik tu...

Malam tu, Ina balik rumah. Tapi, buku yang nak dibaca tertinggal kat hospital. Semalaman pulak x dapat study. Aduh la...macam mana la result ni nanti....

Esoknya, Ina datang PPUM ambil buku & bersiap untuk balik Johor semula. Huhu..letih, x dapat study. Tapi, kalau x balik pun still x dapat study sebab risaukan Auny...
X apa la,mesti ada hikmahnya semua gerak hati Ina untuk buat keputusan ni.

Subjek tu Ina GAGAL. Pengorbanan...untuk tolong Kak Ana yang kepenatan jaga Auny & untuk Auny yang Ina sayang. Kak Ana terpaksa bawak Auny keluar dari PPUM lepas hampir 2minggu kat sana. Sebabnya...Auny ibarat barang eksperimen, darah dia diambil banyak sampai dia jadi fobia dengan semua orang BAJU PUTIH!!

Lepas dibawak keluar, Auny duduk kat rumah kami. Mak yang jaga. Dia lebih ceria, tembam & sihat walaupun kakinya patah. Doktor kata kesan pendarahan tu akan beransur hilang bila dia membesar. Kaki yang patah tu akan bersambung semula dengan sendirinya. Pengasuh tu direman beberapa hari tapi diikat jamin sebab DIA MENGANDUNG!!!Maybe ni la penyebab penderaan...tekanan perasaan & keletihan dengan bawakan budak dalam perut. Tapi, dia tetap salah sebab x pernah bagitau Kak Ana!!!!

inilah budak itu,selepas 3 tahun kejadian...

Kepada pengasuh-pengasuh; jaga la anak-anak itu seperti anak-anak kamu sendiri...mereka x salah apa pun pada kita....

22 June 2011

Rakan-Sahabat-Kawan-Teman KaribKu!!!(Lelaki)

Terfikir nak tulis pasal ni...

Sejak kecik, Ina ramai kawan karib lelaki...sebabnye bagi Ina, lelaki mudah bagitau ape yang dorang suke @ x suke tentang kite secara terus terang. Lebih mudah untuk dibawa berbincang & x hipokrit dengan jawapan dorang. Kalau dorang x suke, dorang terus je tegur....
Ina x tau la sape yang anggap Ina kawan karib dorang. Tapi, ini antara orang-orang yang Ina suke berbual & senang dengan dorang...

  • Mohd Fauzi Damiri (Pojie) - kawan sejak zaman kanak-kanak, nakal tapi sangat rajin membantu kawan-kawan.
  • Anuar Shahuddin (Nuek) - kawan time sekolah menengah, orang jawa yang smart memanjang, kawan time belajar akaun & musuh untuk dapat gelaran 'highest marks' dalam Matematik (seluruh tingkatan).
  • Mohd Arif Emir Mohd Sofi (Arif) - kawan mase zaman dok asrama kat hutan Lipis. Die teman yang rajin layan Ina berbual & selalu kongsi masalah. Sampai sekarang, his wife pun jadi kawan Ina. :)
  • Nordin Ahmad (Din) - Kami kenal mase kat Lipis jugak. Tapi, rapat sejak masuk PLKN. Kami contact sebab nak tau keadaan kat tempat masing-masing. Sejak tu, makin rajin la berbual.
  • Azami Akhiem (Akim) - Ina panggil die Big Bro sebab die macam abang & ketua pada kami semua masa PLKN. Kebetulan die 1 sekolah dengan Alan & kawan-kawan sekolah rendah Ina.
  • Mohd Zaidi Zainon (Zaidi) - Ina rapat dengan die mase Tahun 3 kat UTM. Die tau banyak tempat-tempat makan & rajin keluar ramai-ramai dengan kawan-kawan lain. Mesti wajib bawak die bile main boling & karok ramai-ramai.
  • Rusdi Hafiz (Rodeng) - kawan mase praktikal kat Menara TM. Orangnye kelakar tapi kadang-kadang melebih-lebih sengalnye. Ina suke layan die merapu sebab x nak rase bosan time keje.
  • Abdul Halim (Ateng) - Kawan time belajar kat Lipis jugak. Sejak die sambung belajar kat UTM, kami selalu jumpe, makan same-same sebab nak minta tolong & reunion dengan junior sekolah.

14 June 2011

10 Perkara Yang Ina Suka

**gedik-gedik nak buat tajuk ni...xde keje katanyeeee :p

  1. Hang out dengan family & frenz (BBQ ke...kluar shopping ke...)
  2. Berjogging bila tension (rasa release kejap)
  3. Berchatting dengan kengkawan
  4. Karaoke! (gian nyanyi..haha)
  5. Wayang (cerita mesti berbaloi dengan harga)
  6. Bowling (walaupun xpandai main..hehe)
  7. Tengok tempat cantik & kemas :)
  8. Stay kat zaman U...sangat seronok walaupun tension
  9. Kacau hidup orang
  10. Lelaki yang romantik..hihi (x semestinya hensem!)

10 June 2011

2,3,4,5...Hari Kepenatan&Bergumbira!!!!

2 Jun
>>Majlis nikah & kawin sepupu Ina, Nurul Fadhliah dengan Norshamri. Kejadian di Machang (masjid&umah Fadhliah). Yang bestnye,ade 4 pasangan nikah serentak kat masjid tu. Sempat la jumpe pengantin-pengantin lain. Majlis start lambat sebab salah sorang pengantin lelaki accident.. Yang x bestnye pulak, pengantin & tetamu perempuan dipisahkan jauh sebelah tirai sampai x dengar pun akadnye...

3 Jun
>>Majlis nikah & kawin sepupu Ina jugak, Azhana dengan Zakaria. Kejadian kat Machang (masjid Pangkal Jenerih & umah nenek kami). Selamat kali ni imam pakai microfon & benarkan tetamu duduk dekat-dekat tempat nak akad tu...Ina sempat sumbangkan idea menggubah hantaran kakakku yang sorang ni...Alhamdulillah, selesai 2 pasangan...

4 Jun
>>Majlis bertandang Nurul Fadhliah di Kota Bharu. Tersesat jugak la kami 1 kereta sebab terpisah dengan yang lain masa kat Machang.
>>Majlis tunang sepupu Ina sorang lagi,Qalbi Amri dengan Azyanti kat Kota Bharu jugak (sebelah petangnye). Ade barang hantaran yang Ina buat tau!

5 Jun
>>Majlis kawin sepupu sebelah mak Ina, Mohd Radhuan. Oppsss..x ingat la nama isterinye... Majlis kat Jerteh. Ringkas tapi cukup untuk diraikan...Keluarga sebelah perempuan x ramai sebab ibunye saudara baru (Cina Islam).
>>BBQ keluarga (sebelah malam) hasil dari daging yang lebih masa kenduri 3 Jun. Sedap makan satay ayam, daging bakar, sotong, udang dengan nasi lemak (cadangan Abe Azrul).

Syukur...semuanye berjalan lancar. Seronok dapat membantu ape yang termampu. Puas hati sebab hantaran yang dibuat pun cantik!!hahaha
Setelah sekian lama x berkumpul,kali ni kami berkumpul semula kat rumah baru!!!BESTTT SNGATTTT!!!!


25 May 2011

dah tua ke???

Kelmarin,Ina selak-selak rambut.Tetibe,nampak rambut warna putih!!!waaaa..dah ada uban ke???
Ada 2 helai rambut yang putih...sehelai separuh putih,sehelai lagi adalah uban sepenuhnyee..pendek je.Mak ai!!!dah macam Mak dah...camne ni????

Huhuhu...belum kawin lagi ni!!!!

18 May 2011

Pink TAPI Rock!!!

hehe...kisah ni jadi lebih kurang setahun yang lepas....

Macam biasa,Ina & kawan-kawan yang memang kaki merayau memenuhkan WQY-ku menuju ke JB (kalau xsilap la). Baru je keluar U,kami nampak 2 orang lelaki naik motor bawak CPU. Yang membonceng pakai helmet warna PINK TERANG!memang jambu abis la....

Dengan selamber,kami pakat nak kenakan mamat tu.Kawan yang dok kat seat co-pilot ready bukak tingkap.Ina pulak drive kereta tu dekat sangat-sangat dengan motor tu.Bila dah betul-betul kat sebelah dorang,kawan tu jerit...

'Lawa helmet!'

Ina drive semula jauh dari motor tu. Kami still pandang dorang.Nak tengok reaksi dorang.Kami nampak lelaki kat depan tu mengekek gelakkan kawan dia yang berhelmet pink tu.

Disebabkan rasa bengang dengan kami,dorang try pecut & bersaing dengan kami lagi.Yang membonceng tu jerit...

'Helmet pink tapi rock!!'

Sambil dia buat sign rock guna tangan ( \m/ ).
Hahahaha...berderai gelak kami time tu...seronok jugak buat perangai camni...
Tiba kat 1simpang,dorang menghala ke jalan lain.Sempat jugak kami tengok dorang melambai tangan sambil senyum-senyum kat kami :)
Selamat la dorang xkejar kami sampai dalam U...hehe

********************************************************************************

Kami reunion semula lepas setahun berlalu.Plan nak gi mandi sungai.Sekali lagi kami jumpe 'helmet pink' (orang lain..kat KL pulak).Kami buat perangai lagi....TAPI!!!!
Brader-brader kali ni lain macam.Bajet kami nak ngorat dorang lak kan..tersengih semacam lak kat kami...TAKUT LAK KAMI KAN....

Haha..kenangan terindah dengan geng-geng WQY-ku :)





16 May 2011

16 Mei 2011

Selamat Hari Guru untuk semua cikgu-cikgu!!!
Tiap tahun (masa zaman sekolah la...),mesti kita sambut hari guru dengan meriahnya...seronok!sebab lepas sambutan tu,kita dapat balik awal..hehehe...

Hari ni,x-bf Ina cukup umurnya 25 tahun.Ucapan untuk dia tetap ada.Hadiah rasanya xperlu la..Yang sebelum ni pun dia pulangkan semula...Tapi,Ina still harap kami masih berhubung sebagai kawan.(Tiada niat lain ok!)

Tarikh ni,2 tahun yang lepas,Tok ayoh pergi tinggalkan kami selepas azan Isyak...Hilang segala derita & kesakitannya.Sedih sebab x ada lagi penyeri rumah kampung kami tu.Tapi,itu yang terbaik untuknya...Moga rohnya dicucuri rahmat...Al-Fatihah untuknya...

Huhu..walaupun banyak kenangan 16 Mei,hidup ini tetap akan diteruskan...Segala kenangan akan sentiasa ada dalam ingatan & hati ini :)

11 May 2011

tido waktu Maghrib???

hehe..hari ni nak cerita pasal Abah!!!! (tanduk dah keluar... :) )

1 petang, Abah yang x keluar keje rasa sangat letih & mengantuk tibe-tibe. Abah memang akan tido walau macam mana cara & keadaan pun kalau dah mengantuk yang amat...
Tengah tengok TV, Abah terlena (tertido sambil duduk kat atas sofa).
Kami semua x perasan. Bila dah ternampak, Ina cuba kejutkan Abah. Masa tu dah Maghrib dah pun...x elok tido time ni kan???

Bila terjaga,Abah terus bangun,tengok jam dinding & bukak baju. Muka macam cuak je...

'Ish...Abah ada kelas kul 9 ni. Dah dekat kul 8 Abah xmandi & siap-siap lagi....'

Ina pandang muka Abah dengan pelik...Ada kelas ke malam ni??ke meeting???(Ina berfikir & berkata-kata dalam hati)

'Abah ada kelas apa?malam-malam camni ada kelas apa pulak?'

'Eh...malam ke???Abah ingat dah pagi.....'

HAHAHAHAHAHAHAHAHA.....


Puas kami gelakkan Abah...1st time rasa dapat gelakkan Abah dengan bahagianyeeee....

P/S:JANGAN TIDO WAKTU PETANG & MAGHRIB YE!!!!mudah 'sakit otak'...mereng seketika...ooopppsss...bukan Ina kata,ustaz kata...

tengok ni...


05 May 2011

RiNdU???

Hari Selasa lepas, aku turun AU3 untuk ambik kereta. Dalam tren,terserempak dengan member sekolah,Mu'adz Adzmi. Sungguh kecik dunia ni kan?? Abis segala kenangan zaman sekolah kami cerita....

Terkenang kawan-kawan lame...

Then, lepas ambik kereta,balik ke TPM. Jauh sangat nak teruskan perjalanan ke Kajang...
Jumpe dengan mereka-mereka yang dah hampir 3minggu xjumpe...sangat seronok!
Tetibe,ada sorang kawan cakap;

"Ko tau,kami bukak laptop dengar lagu je kami jerit 'haa..Ina suka nyanyi lagu ni time karok!'..."

Hikhikhik..terharu mendengar pengakuan jujur korang...rindu kat aku ye???hehehe...
Memang agak lame xjumpe kan...geng havoc time 6bulan dok situ.Pasni,masing-masing bawa haluan masing-masing...yang nak kawin,dah kena belaja-belaja jadi isteri&ibu dari sekarang. X boleh la nak huhahuha lagi...

Apa yang akan jadi pada kita semua lepas setahun???Ada kemungkinan untuk kita keluar ramai-ramai lagi x???huhuhu...(sedih tetibe...)

27 April 2011

xtau nak senyum @ masam...

  • 2hari selsema teruk..hari ni beransur pulih
  • duit elaunku xmasuk lagi...huhu
  • kawan yang baru kenal tinggalkan aku (kerja luar Malaysia) dalam keadaan marah..aku yang buat dia marah :(
  • masalah keluarga
  • warden tempat aku tinggal (asrama) sekarang meng'kantoi'kan aku duduk secara HARAM..mati la aku...
  • projek robot kami selesai,cuma kena improve
  • praktikal dah nak selesai!!!
  • masih mencari 'calon teman'...berserah pada takdir yang ALLAH tentukan tanpa menutup pintu hati ini...

05 April 2011

kini...

huhu..even hati ni belum pulih,hidup ini rasa lebih tenang...
lebih bahagia...
insya-ALLAH, hati ini akan pulih...
Tuhan sentiasa ada...

SAHABAT,
Terima kasih kerana kalian sentiasa ada dengan Ina waktu Ina sangat-sangat perlukan sokongan.
Kalian tempat Ina mengadu segala suka & duka...

FAMILY,
terima la hakikat yang DIA bukan untuk Ina..
mayb a better person will come in my life...
Tuhan itu adil& sentiasa mendegar suara hati hamba-Nya!!!

SI DIA,
Terima kasih atas segala bantuan kamoo selama ni...
Hati ini akan sembuh dari lukanya...
dan Tuhan saja yang tau betapa pedihnya...
Ina redha...mungkin tiada jodoh antara kita.... :(

Ina mau hidup dengan penuh gembira, bahagia & menghargai diri ini...
Tuhan Yang Maha Mengetahui, temukan aku dengan TEMAN yang sepatutnya...AMIN!!!

24 March 2011

Ana Daai..hehe



P/S:suka dengar lagu ni bila teringat cerita zaman kanak-kanak...


pagi tadi, dengar HOT FM. Sibuk bercerita tentang binatang yang paling anda FOBIA...

Kalau Ina, lipas la...ada kejadian yang buat Ina fobia sangat-sangat...tapi,boleh lagi say 'hye-hye-bye-bye' kat lipas...


ANA DAAI : a friend of mine since primary school...

Satu hari,kami pergi sekolah agama sama-sama. Sampai depan rumah dia,terus panggil dia. Dengan kelam kabutnya, dia cium tangan maknya & lari amik kasut sekolah.Bila dia sarung kasut tu,dia cakap 'uish..apa dalam kasut ni?lembik je...'

Kami kena lintas jalan kalau nak ke sekolah. Dengan penuh kegelian,dia tanggal kasut & campak kat tengah-tengah jalan raya....


Terkejut, terkesima & geli hati tengok gelagat dia....

Tau apa yang keluar???
KATAK!!!!

Yekkkk!!!geli geleman tengok...selamat la masa tu dia pakai stokin.x la terasa geli sangat...
Tapi,sepanjang pergi sekolah, dia menyumpah-nyumpah marah & kegelian sebab katak tu...hehehe...

Sampai hari ni Ina ingat kejadian tu.... :)


20 March 2011

kerana EGO

  • EGO selalu dikaitkan dengan lelaki...BETUL??
  • kerana EGO, kita hilang peluang...BETUL??
  • kerana EGO, kita hilang cinta...BETUL??
  • kerana EGO, kita jadi malu...BETUL??
  • kerana EGO, kita kerugian....BETUL????
So, udah-udah le EGO tu...kurangkan sikit, kita akan dapat kebahagiaan yang kita cari...
InsyaALLAH, ada jalan...(MAHER ZAIN)

:)

12 March 2011

Perempuan & lelaki tak boleh jadi KAWAN.....????????

Korang rasa betul ke statement ni???
Pernah tertengok temuramah pasal tajuk ni kat TV...
Katanya bila lelaki & perempuan berkawan,mesti akan timbul cinta....

My opinion is IT'S NOT TRUE!!!!!!!!!!

BUKTI:

  1. Ina & Arif berkawan sejak sekolah menengah. Kami still contact even dia dah ada awek (sekarang dah jadi wife).Lebih seronok lagi,his wife become my friend also...soooo nice!!!
  2. Ateng (Halim) pun kawan yang agak baik la... Kami boleh kongsi apa-apa cerita bersama tanpa rasa CINTA!!! Dia tau apa yang dia nak & Ina pun tau apa yang Ina mahu...
  3. Rodeng, kawan sejak praktikal. Ina tau pasal kisah putus tunangnya lepas beberapa lama x jumpa. Still boleh berkawan dengan baik. Siap boleh tolong 'carikan' lagi...hehehe...
  4. Din, kawan rapat lepas habis sekolah. Still a good friend of mine even dah nak tamatkan zaman bujang...
  5. Pojie, kawan yang pernah kecoh digosipkan dengan Ina (gosip je OK!). Kenal sejak zaman kanak-kanak. Tetap berkawan dengan dia sampai sekarang.
PERSOALANNYA:
kalau ada 10 orang kawan lelaki, adakah seorang perempuan tu akan jatuh cinta pada kesemuanya????huhuhu...

RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL!!! (curi ayat Prof Izi jap..haha)

24 February 2011

Pitam untuk kali ke2!!

Semalam, aku excited nak gi derma darah. So, aku pun gi derma kat TPMC. Selepas kes pitam masa derma darah 4 tahun lepas, aku jadi takut nak derma. Tapi, disebabkan semangat nak cuba lagi, aku pun try la...

Petang tu, dalam kul 2, aku daftar dengan Yana (member sekelas). Bila cek, aku je yang lepas. Berat dah lebih 50kg. Nurse cakap boleh amik 450ml. Huhu..jauh lebih banyak dari dulu. Masa dicucuk sampai la habis 1 beg darah aku penuh, aku rileks je. Tiba masa nurse kepit & buangkan jarum, aku mula pening & pitam. Rasa macam x boleh langsung bukak mata,1 badan kebas,muka pucat lesi macam x ada darah. Nurse tu x pandang pun kat aku. Puas dah gapai-gapai tangan bagi dia nampak. Akhirnya, nurse yang jaga katil depan aku yang nampak.

Sorang angkat katil bagi tinggi bahagian kaki. Sorang lagi bagi glukos & ubat. Dalam setengah jam jugak la dok kat situ...lepas 2 gelas glukos & 1 gelas Milo habis. Yang peliknya, ada lagi orang yang jauh lebih kecik dari aku. Dorang rileks je, x ada lak kena tahan sampai setengah jam kat situ. X pening langsung pun ada...

Pelik sungguh...2 kali try nak derma darah. Berjaya derma, tapi dapat penyakit lain lak...
Seharian badan lemah & x boleh gi kelas. Sampai ke malam, kepala pening. Hari ni,tangan aku dah start lebam sikit. Hope x la lebam teruk...

Malam,sempat lagi melepak dengan member-member. Meluah segala rasa, bermain bergumbira di malam hari ditemani cahaya lampu court bola jaring...hehe...sangat seronok!!!

06 February 2011

Doakan rakyat Malaysia yang masih di Mesir...

Sejak kes rusuhan di Mesir berlaku,kami sekeluarga sangat bimbangkan Alan yang masih ada di sana. Panggilan telefon dan SMS dari Malaysia tak berjawab. Kami cuba bertenang sambil doakan Alan dan rakyat yang lain selamat...

Hari Jumaat yang lepas,dia sempat ber'facebook' lagi. Status kat FB bagitau yang dia baru je lepas dari tahanan. Kesalahan: cuba ambil gambar semasa rusuhan. Hampir-hampir dipenjarakan. Kemudian,semua perhubungan kami terputus. Ina cuba pulak hantar mesej kat FB dia..dengan harapan,bila dia online,dia boleh reply...

Balik dari JB semalam,cepat-cepat Ina online...Tak sangka ada berita daripada dia. Alan bertolak dari Mesir ke Jeddah semalam. Dalam masa seminggu ni,dia akan tunggu giliran balik ke Malaysia. Harap-harap dia selamat sampai ke Malaysia....

So,mari sama-sama doakan Mesir kembali tenang,rakyat Malaysia semuanya selamat & dapat sambung pengajian mereka yang tergendala....amin!