27 February 2011

Hilangkan segala DUKA & DENDAM dalam hati...

Huhu...dari 2-3 minggu yang lepas,Ina asyik rasa sedih & dendam dalam hati. Tapi,minggu ni,Ina temui kebahagiaan bila bersama kawan-kawan.Hilang seketika rasa sedih & marah...
Cuma tinggal rasa bahagia,tenteram,aman...Rasa gembira tengok senyuman di wajah mereka...
Mungkin ini yang Arif selalu cakapkan: "aku akan gembira bila tengok kawan-kawan aku gembira..."

Ina terus terfikir,mungkin bila Ina lupakan segala kesedihan & dendam,hati ni lebih mudah sembuh lukanya...Ina tau kebahagian pasti akan datang dalam hidup ni.Cukup la mengalirkan air mata atas segala yang berlaku.Segala ketentuan Tuhan itu pasti ada hikmah disebaliknya.Pasti ada yang lebih baik menanti kita...

Untuk si dia yang telah berlalu dari hidup Ina:
Saya pasti susah melupakannya.Tapi,suatu masa saya akan lupakan juga.Tiada rasa dendam untuk saya simpan lagi.Tiada rasa marah lagi untuk saya ingatkan.Segala yang dah berlalu,biarkan saja.Jangan menoleh lagi walaupun perit untuk meninggalkan...

Untuk sahabat-sahabat yang selalu ada dengan Ina:
Senyumlah kerana senyuman kamooo pasti memberi bahagia dalam hati ni...
Tinggalkan segala kenangan sedih itu & cipta kebahagian yang akan tiba...
Kejar impian & nikmati hidup ini...

BAHAGIA ITU MILIK KITA!!!!


24 February 2011

Pitam untuk kali ke2!!

Semalam, aku excited nak gi derma darah. So, aku pun gi derma kat TPMC. Selepas kes pitam masa derma darah 4 tahun lepas, aku jadi takut nak derma. Tapi, disebabkan semangat nak cuba lagi, aku pun try la...

Petang tu, dalam kul 2, aku daftar dengan Yana (member sekelas). Bila cek, aku je yang lepas. Berat dah lebih 50kg. Nurse cakap boleh amik 450ml. Huhu..jauh lebih banyak dari dulu. Masa dicucuk sampai la habis 1 beg darah aku penuh, aku rileks je. Tiba masa nurse kepit & buangkan jarum, aku mula pening & pitam. Rasa macam x boleh langsung bukak mata,1 badan kebas,muka pucat lesi macam x ada darah. Nurse tu x pandang pun kat aku. Puas dah gapai-gapai tangan bagi dia nampak. Akhirnya, nurse yang jaga katil depan aku yang nampak.

Sorang angkat katil bagi tinggi bahagian kaki. Sorang lagi bagi glukos & ubat. Dalam setengah jam jugak la dok kat situ...lepas 2 gelas glukos & 1 gelas Milo habis. Yang peliknya, ada lagi orang yang jauh lebih kecik dari aku. Dorang rileks je, x ada lak kena tahan sampai setengah jam kat situ. X pening langsung pun ada...

Pelik sungguh...2 kali try nak derma darah. Berjaya derma, tapi dapat penyakit lain lak...
Seharian badan lemah & x boleh gi kelas. Sampai ke malam, kepala pening. Hari ni,tangan aku dah start lebam sikit. Hope x la lebam teruk...

Malam,sempat lagi melepak dengan member-member. Meluah segala rasa, bermain bergumbira di malam hari ditemani cahaya lampu court bola jaring...hehe...sangat seronok!!!

21 February 2011

WQY buat hal lak...huhu

Semalam, aku balik hostel dengan linangan air mata. Banyak perkara yang aku fikirkan. Rasa penat fikirkan semua masalah tu....

Aku drive sorang-sorang dengan penuh syahdunya. Sampai kat Rawang, aku berhenti kat Shell, try cucuk duit. Kelmarin aku try, mesin tu xmo terima..macam cip dia rosak je...Dah la masa tu ada RM3 je kat dalam poket...haish..(salah 1 masalah yang aku fikir)..mujur la dapat...Aku cuma beli topup untuk HP aku je. Minyak masih ada lagi....

Aku teruskan perjalanan walaupun aku tau ada mata-mata yang pandang pelik pada aku masa kat Shell tu...Yelah, aku keluar kereta dengan air mata kat pipi. Sampai kat Ulu Kelang, aku cari Shell lagi. Kali ni nak isi minyak. Masa turun, aku nampak sorang pakcik teksi kat sebelah kiri & sorang abang dengan familinya. Selesai isi minyak, aku hidupkan enjin. TAPI,X BERJAYA!!! Mati aku kali ni..dah la sorang-sorang, duit pun cukup-cukup makan je...

Aku pandang kiri sambil cuba hidupkan enjin lagi. Bila pakcik teksi pandang, aku 'miming' cakap dengan die sambil buat muka sedih. Yess,berjaya!!! Pakcik tu datang dekat & tanya apa masalah...
"kereta xleh start la..."
Pakcik tu pun tanya macam-macam sampai la dia offer nak tolong tolak. Dia panggil abang kat sebelah kanan aku tadi untuk tolong sama. Xsangka abang tu kurang upaya,kakinya nampak lemah. So,pakcik teksi minta dia tolong duduk dalam kereta & try hidupkan. Aku & pakcik teksi tolak...
Berjaya dihidupkan...Aku teruskan semula perjalanan lepas ucap terima kasih....

Baru 2-3 flyover aku naik,kereta jadi berat, temperature naik..akhirnya stop kat tengah-tengah jalan lepas aku turun flyover. Kesian WQY (kereta pinjam kesayangan aku tu), aku xtau apa nak buat...terus capai HP,call Lily & Epul...
Mujur Epul baik hati nak datang tolong. Siap panggil kawan-kawan sekali. Disebabkan temperature naik, kereta dah overheat, nak start pun payah. Kesimpulannya, Epul x berjaya hidupkan enjin semula... Lepas beberapa jam duduk kat tengah jalan tu, aku teringat yang aku xsolat lagi. Terus aku minta Epul jaga kereta & aku jalan kaki cari surau kat taman sebelah dalam...jauh berjalan,hampir dikejar anjing lagi tau...huhuhu..sungguh 'berpengalaman'....

Lily datang bila aku jalan cari surau tu. Kereta terpaksa ditarik ke bengkel;rosak teruk!!! Lily pula yang hantar aku balik hostel...

Hajat aku nak sampai awal kat hostel sebab nak siapkan 'kerja sekolah'...lastly, sampai malam dengan keadaan sangat letih & lapar. Aku cari makan kat MESRA mall then naik bilik,mandi...
Selesai solat, mata dah sangat berat. Cuba siapkan kerja, x berjaya daaa...Aku terlelap dalam kepenatan & kesedihan yang x terpadam lagi...

Pagi ni,cuba berlagak hepi. X berjaya juga. Tiba-tiba jadi sangat sensitif & xdapat kawal emosi...berpunca daripada semua kesedihan semalam...huhuhuhuhu....

  • Pengalaman buat kita jadi lebih dewasa...
  • Kebahagiaan pasti jadi milik kita suatu masa nanti
  • Kesedihan perlu diluahkan...kalau x, aku boleh jadi GILA!!!
**Sengaja tukar 'INA' kepada 'AKU' untuk label 'DiaRi HaTiku' sebab...diari 'aku'!!!

19 February 2011

walau apa pun jadi....

walau susah....
walau gelisah...
walau parah...

walau seksa....
walau terpaksa...
walau sengsara...

SAYANGILAH ANAK-ANAKMU..
LIHAT KE DALAM MATANYA
LIHAT DUNIANYA
DALAMI HATINYA....
MEREKA TETAP BERNAMA 'ANAK'!!!!

18 February 2011

Huhu...I'm Back!!!

Rasa macam dah lama x menaip kat sini..Now,I'm back!!!
Sori la,agak bersedih untuk beberapa hari..
Tapi,cukup la setakat tu saja kesedihannya.Ina perlu bangkit dengan semangat baru.
Bak kata kakak iparku, "kamu tu muda lagi...."
Hehe..terasa sangat la mudanya kan.....walaupun nak masuk suku abad...haha

Semalam,ikut my fren,Ida, lepaskan gian karok...4jam dalam bilik sejuk tu...menjerit sampai x ada suara dah...sangat seronok melupakan kesedihanku....
Now,start a new life...a healthy life without thinking about 'that person' anymore!!!!
Help me,frenz!!!!

06 February 2011

Doakan rakyat Malaysia yang masih di Mesir...

Sejak kes rusuhan di Mesir berlaku,kami sekeluarga sangat bimbangkan Alan yang masih ada di sana. Panggilan telefon dan SMS dari Malaysia tak berjawab. Kami cuba bertenang sambil doakan Alan dan rakyat yang lain selamat...

Hari Jumaat yang lepas,dia sempat ber'facebook' lagi. Status kat FB bagitau yang dia baru je lepas dari tahanan. Kesalahan: cuba ambil gambar semasa rusuhan. Hampir-hampir dipenjarakan. Kemudian,semua perhubungan kami terputus. Ina cuba pulak hantar mesej kat FB dia..dengan harapan,bila dia online,dia boleh reply...

Balik dari JB semalam,cepat-cepat Ina online...Tak sangka ada berita daripada dia. Alan bertolak dari Mesir ke Jeddah semalam. Dalam masa seminggu ni,dia akan tunggu giliran balik ke Malaysia. Harap-harap dia selamat sampai ke Malaysia....

So,mari sama-sama doakan Mesir kembali tenang,rakyat Malaysia semuanya selamat & dapat sambung pengajian mereka yang tergendala....amin!