06 February 2011

Doakan rakyat Malaysia yang masih di Mesir...

Sejak kes rusuhan di Mesir berlaku,kami sekeluarga sangat bimbangkan Alan yang masih ada di sana. Panggilan telefon dan SMS dari Malaysia tak berjawab. Kami cuba bertenang sambil doakan Alan dan rakyat yang lain selamat...

Hari Jumaat yang lepas,dia sempat ber'facebook' lagi. Status kat FB bagitau yang dia baru je lepas dari tahanan. Kesalahan: cuba ambil gambar semasa rusuhan. Hampir-hampir dipenjarakan. Kemudian,semua perhubungan kami terputus. Ina cuba pulak hantar mesej kat FB dia..dengan harapan,bila dia online,dia boleh reply...

Balik dari JB semalam,cepat-cepat Ina online...Tak sangka ada berita daripada dia. Alan bertolak dari Mesir ke Jeddah semalam. Dalam masa seminggu ni,dia akan tunggu giliran balik ke Malaysia. Harap-harap dia selamat sampai ke Malaysia....

So,mari sama-sama doakan Mesir kembali tenang,rakyat Malaysia semuanya selamat & dapat sambung pengajian mereka yang tergendala....amin!


No comments: