21 February 2011

WQY buat hal lak...huhu

Semalam, aku balik hostel dengan linangan air mata. Banyak perkara yang aku fikirkan. Rasa penat fikirkan semua masalah tu....

Aku drive sorang-sorang dengan penuh syahdunya. Sampai kat Rawang, aku berhenti kat Shell, try cucuk duit. Kelmarin aku try, mesin tu xmo terima..macam cip dia rosak je...Dah la masa tu ada RM3 je kat dalam poket...haish..(salah 1 masalah yang aku fikir)..mujur la dapat...Aku cuma beli topup untuk HP aku je. Minyak masih ada lagi....

Aku teruskan perjalanan walaupun aku tau ada mata-mata yang pandang pelik pada aku masa kat Shell tu...Yelah, aku keluar kereta dengan air mata kat pipi. Sampai kat Ulu Kelang, aku cari Shell lagi. Kali ni nak isi minyak. Masa turun, aku nampak sorang pakcik teksi kat sebelah kiri & sorang abang dengan familinya. Selesai isi minyak, aku hidupkan enjin. TAPI,X BERJAYA!!! Mati aku kali ni..dah la sorang-sorang, duit pun cukup-cukup makan je...

Aku pandang kiri sambil cuba hidupkan enjin lagi. Bila pakcik teksi pandang, aku 'miming' cakap dengan die sambil buat muka sedih. Yess,berjaya!!! Pakcik tu datang dekat & tanya apa masalah...
"kereta xleh start la..."
Pakcik tu pun tanya macam-macam sampai la dia offer nak tolong tolak. Dia panggil abang kat sebelah kanan aku tadi untuk tolong sama. Xsangka abang tu kurang upaya,kakinya nampak lemah. So,pakcik teksi minta dia tolong duduk dalam kereta & try hidupkan. Aku & pakcik teksi tolak...
Berjaya dihidupkan...Aku teruskan semula perjalanan lepas ucap terima kasih....

Baru 2-3 flyover aku naik,kereta jadi berat, temperature naik..akhirnya stop kat tengah-tengah jalan lepas aku turun flyover. Kesian WQY (kereta pinjam kesayangan aku tu), aku xtau apa nak buat...terus capai HP,call Lily & Epul...
Mujur Epul baik hati nak datang tolong. Siap panggil kawan-kawan sekali. Disebabkan temperature naik, kereta dah overheat, nak start pun payah. Kesimpulannya, Epul x berjaya hidupkan enjin semula... Lepas beberapa jam duduk kat tengah jalan tu, aku teringat yang aku xsolat lagi. Terus aku minta Epul jaga kereta & aku jalan kaki cari surau kat taman sebelah dalam...jauh berjalan,hampir dikejar anjing lagi tau...huhuhu..sungguh 'berpengalaman'....

Lily datang bila aku jalan cari surau tu. Kereta terpaksa ditarik ke bengkel;rosak teruk!!! Lily pula yang hantar aku balik hostel...

Hajat aku nak sampai awal kat hostel sebab nak siapkan 'kerja sekolah'...lastly, sampai malam dengan keadaan sangat letih & lapar. Aku cari makan kat MESRA mall then naik bilik,mandi...
Selesai solat, mata dah sangat berat. Cuba siapkan kerja, x berjaya daaa...Aku terlelap dalam kepenatan & kesedihan yang x terpadam lagi...

Pagi ni,cuba berlagak hepi. X berjaya juga. Tiba-tiba jadi sangat sensitif & xdapat kawal emosi...berpunca daripada semua kesedihan semalam...huhuhuhuhu....

  • Pengalaman buat kita jadi lebih dewasa...
  • Kebahagiaan pasti jadi milik kita suatu masa nanti
  • Kesedihan perlu diluahkan...kalau x, aku boleh jadi GILA!!!
**Sengaja tukar 'INA' kepada 'AKU' untuk label 'DiaRi HaTiku' sebab...diari 'aku'!!!

No comments: