24 February 2011

Pitam untuk kali ke2!!

Semalam, aku excited nak gi derma darah. So, aku pun gi derma kat TPMC. Selepas kes pitam masa derma darah 4 tahun lepas, aku jadi takut nak derma. Tapi, disebabkan semangat nak cuba lagi, aku pun try la...

Petang tu, dalam kul 2, aku daftar dengan Yana (member sekelas). Bila cek, aku je yang lepas. Berat dah lebih 50kg. Nurse cakap boleh amik 450ml. Huhu..jauh lebih banyak dari dulu. Masa dicucuk sampai la habis 1 beg darah aku penuh, aku rileks je. Tiba masa nurse kepit & buangkan jarum, aku mula pening & pitam. Rasa macam x boleh langsung bukak mata,1 badan kebas,muka pucat lesi macam x ada darah. Nurse tu x pandang pun kat aku. Puas dah gapai-gapai tangan bagi dia nampak. Akhirnya, nurse yang jaga katil depan aku yang nampak.

Sorang angkat katil bagi tinggi bahagian kaki. Sorang lagi bagi glukos & ubat. Dalam setengah jam jugak la dok kat situ...lepas 2 gelas glukos & 1 gelas Milo habis. Yang peliknya, ada lagi orang yang jauh lebih kecik dari aku. Dorang rileks je, x ada lak kena tahan sampai setengah jam kat situ. X pening langsung pun ada...

Pelik sungguh...2 kali try nak derma darah. Berjaya derma, tapi dapat penyakit lain lak...
Seharian badan lemah & x boleh gi kelas. Sampai ke malam, kepala pening. Hari ni,tangan aku dah start lebam sikit. Hope x la lebam teruk...

Malam,sempat lagi melepak dengan member-member. Meluah segala rasa, bermain bergumbira di malam hari ditemani cahaya lampu court bola jaring...hehe...sangat seronok!!!