24 March 2011

Ana Daai..hehe

video

P/S:suka dengar lagu ni bila teringat cerita zaman kanak-kanak...


pagi tadi, dengar HOT FM. Sibuk bercerita tentang binatang yang paling anda FOBIA...

Kalau Ina, lipas la...ada kejadian yang buat Ina fobia sangat-sangat...tapi,boleh lagi say 'hye-hye-bye-bye' kat lipas...


ANA DAAI : a friend of mine since primary school...

Satu hari,kami pergi sekolah agama sama-sama. Sampai depan rumah dia,terus panggil dia. Dengan kelam kabutnya, dia cium tangan maknya & lari amik kasut sekolah.Bila dia sarung kasut tu,dia cakap 'uish..apa dalam kasut ni?lembik je...'

Kami kena lintas jalan kalau nak ke sekolah. Dengan penuh kegelian,dia tanggal kasut & campak kat tengah-tengah jalan raya....


Terkejut, terkesima & geli hati tengok gelagat dia....

Tau apa yang keluar???
KATAK!!!!

Yekkkk!!!geli geleman tengok...selamat la masa tu dia pakai stokin.x la terasa geli sangat...
Tapi,sepanjang pergi sekolah, dia menyumpah-nyumpah marah & kegelian sebab katak tu...hehehe...

Sampai hari ni Ina ingat kejadian tu.... :)


20 March 2011

kerana EGO

  • EGO selalu dikaitkan dengan lelaki...BETUL??
  • kerana EGO, kita hilang peluang...BETUL??
  • kerana EGO, kita hilang cinta...BETUL??
  • kerana EGO, kita jadi malu...BETUL??
  • kerana EGO, kita kerugian....BETUL????
So, udah-udah le EGO tu...kurangkan sikit, kita akan dapat kebahagiaan yang kita cari...
InsyaALLAH, ada jalan...(MAHER ZAIN)

:)

16 March 2011

SeNyUm... :)

huhuhu...akhir-akhir ni, tanpa sebab musabab, Ina rasa sedih sangat-sangat. Sampai hampir setiap malam air mata ni mengalir.

Bila diteliti, Ina sebenarnya menangisi segala kesilapan lalu. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Dan mereka yang beruntung adalah mereka yang diingatkan tentang segala kesilapan tu supaya x terulang lagi...

BETUL!!!syukur pada YANG MAHA ESA kerana masih memberi peluang untuk Ina menginsafi diri. Kita hanya mampu berdoa supaya segala dosa-dosa lalu diampunkan oleh-Nya...

Teringat beberapa tahun dulu....

Ina x ada segala-gala yang kawan-kawan ada. Tapi Ina tetap gembira...

KENAPA???


Sebab Ina gembira membahagiakan mereka. Semua kawan-kawan rapat datang cari Ina untuk luah segala isi hati mereka. Yang menangis tu memang ramai. Tapi,dengan senyuman & kata-kata semangat daripada Ina,mereka bangkit & jadi manusia yang jauh lebih kuat....





Sekarang Ina dalam kesedihan. Tapi, Ina rasa Ina harus terus tersenyum kerana ada kawan-kawan yang masih perlukan senyuman ini....
Macam tu jugak dengan abang, kakak, adik, sepupu & anak-anak sedara Ina yang cumil-cumil tu...

Kalian, kamooo kekuatan Ina & Ina akan pastikan kalian jugak sentiasa kuat dengan senyumanku ini.....

12 March 2011

Perempuan & lelaki tak boleh jadi KAWAN.....????????

Korang rasa betul ke statement ni???
Pernah tertengok temuramah pasal tajuk ni kat TV...
Katanya bila lelaki & perempuan berkawan,mesti akan timbul cinta....

My opinion is IT'S NOT TRUE!!!!!!!!!!

BUKTI:

  1. Ina & Arif berkawan sejak sekolah menengah. Kami still contact even dia dah ada awek (sekarang dah jadi wife).Lebih seronok lagi,his wife become my friend also...soooo nice!!!
  2. Ateng (Halim) pun kawan yang agak baik la... Kami boleh kongsi apa-apa cerita bersama tanpa rasa CINTA!!! Dia tau apa yang dia nak & Ina pun tau apa yang Ina mahu...
  3. Rodeng, kawan sejak praktikal. Ina tau pasal kisah putus tunangnya lepas beberapa lama x jumpa. Still boleh berkawan dengan baik. Siap boleh tolong 'carikan' lagi...hehehe...
  4. Din, kawan rapat lepas habis sekolah. Still a good friend of mine even dah nak tamatkan zaman bujang...
  5. Pojie, kawan yang pernah kecoh digosipkan dengan Ina (gosip je OK!). Kenal sejak zaman kanak-kanak. Tetap berkawan dengan dia sampai sekarang.
PERSOALANNYA:
kalau ada 10 orang kawan lelaki, adakah seorang perempuan tu akan jatuh cinta pada kesemuanya????huhuhu...

RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL!!! (curi ayat Prof Izi jap..haha)

02 March 2011

Hang out.Kawan-kawan.Happy!!!

huhu...semalam, dapat hang out ramai-ramai sambil menghilangkan tensen.
Hari ni, aku rasa terlalu mengingati seseorang sampai rasa sedih...
Aku x sepatutnya ingat dia. Dia dah jauh dari diri ni. Dia yang nak berjauhan.
Biarkan la, aku harus kuat. Aku harus lupakan segala-galanya. Lebih baik pedih melupakan dari terus mengingati & sentiasa rasa kesedihan tu.

DUNIA BELUM BERAKHIR
BILA KAU PUTUSKAN AKU
MASIH BANYAK TEMAN-TEMANKU
DISINI MENEMANIKU!!!!