16 March 2011

SeNyUm... :)

huhuhu...akhir-akhir ni, tanpa sebab musabab, Ina rasa sedih sangat-sangat. Sampai hampir setiap malam air mata ni mengalir.

Bila diteliti, Ina sebenarnya menangisi segala kesilapan lalu. Setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Dan mereka yang beruntung adalah mereka yang diingatkan tentang segala kesilapan tu supaya x terulang lagi...

BETUL!!!syukur pada YANG MAHA ESA kerana masih memberi peluang untuk Ina menginsafi diri. Kita hanya mampu berdoa supaya segala dosa-dosa lalu diampunkan oleh-Nya...

Teringat beberapa tahun dulu....

Ina x ada segala-gala yang kawan-kawan ada. Tapi Ina tetap gembira...

KENAPA???


Sebab Ina gembira membahagiakan mereka. Semua kawan-kawan rapat datang cari Ina untuk luah segala isi hati mereka. Yang menangis tu memang ramai. Tapi,dengan senyuman & kata-kata semangat daripada Ina,mereka bangkit & jadi manusia yang jauh lebih kuat....





Sekarang Ina dalam kesedihan. Tapi, Ina rasa Ina harus terus tersenyum kerana ada kawan-kawan yang masih perlukan senyuman ini....
Macam tu jugak dengan abang, kakak, adik, sepupu & anak-anak sedara Ina yang cumil-cumil tu...

Kalian, kamooo kekuatan Ina & Ina akan pastikan kalian jugak sentiasa kuat dengan senyumanku ini.....

5 comments:

nurul said...

senyumlah selalu wahai sahabat biarpun kehidupan yang kita lalui ini amat pahit. kita memang tak boleh menjangka apa yang bakal terjadi tetapi kita boleh bersedia :)

ingatlah bahawa kita adalah dikalangan orang-orang yang beruntung itu :) Allah senantiasa ada untuk hamba-hambaNya.

p/s: saya pun ada untuk kamu biarpun jarak dan tempat yang jauh antara kita :) kita kan mujahidah yang solehah ^__^

Shukri Mohd Ali said...

teruskan tersenyum :)

InA aWiE said...

nurul:insyaALLAH sy ingt segala nasihat kamooo...thanx sahabat... :)

shukri:senyum..xperlu kata apa-apa :)

auny aqif said...

senyum mcm naufal..dunia dia xde msalah...sengih ngn gigi penuh dia

InA aWiE said...

huhu..alangkah gembiranya kalau boleh jadi kanak-kanak semula...hidup tanpa masalah!!