27 May 2011

Susah Faham Ina???

Huhuhu...susah ke nak faham perangai Ina???
Ramai yang cakap Ina cepat moody...Kalau orang yang betul-betul rapat dengan Ina,dorang memang faham sangat perangai-perangai Ina...

  • Diam tanda tak setuju:diam Ina tanda malas nak dengar,malas nak layan kerenah orang.
  • Kalau bercakap,xperlu la suara yang terlalu kuat...Ina mudah bingit & buat hilang mood nak dengar kisah-kisah orang.
  • Kalau berjanji masa (tetapkan masa),make sure korang xlambat sampai.Kalau lambat pun,tolong inform Ina awal-awal...sangat pantang dengan orang yang membohong 'ON THE WAY' tapi sebenarnye kat rumah lagi...
  • Jangan la reka cerita bukan-bukan...kalau benda-benda yang bohong ni sangat la Ina xgemar!!!
  • Kalau bercakap@chatting,berjaga-jaga dengan ayat-ayat korang...Ina sangat menjaga hati kawan-kawan...senang terasa kalau orang yang dianggap kawan xtau nak cakap elok-elok dengan Ina...
Kalau korang pernah buat semua ni,mesti korang faham kenapa Ina diam,buat-buat xdengar apa korang cakap,jawab soalan korang dengan malasnye&masam tiba-tiba....
Ina moody bersebab.Kalau bukan korang puncanye,Ina x akan masam muka dengan korang....

26 May 2011

Kenapa laaaa????

tengok ni...

Huhu..kenapa laaa ramai yang persoalkan mengenai my EX-BF???
Bukan ke die dah EX?!!!..dan die bukan la my first couple pun...
Cukup la aku ingat die...dah letih!!!xmo fikir lagi pasal benda-benda lepas...
Biar la die baca pun...aku xkisah.KISAH ANTARA KAMI DAH TAMAT!!!

So,sape-sape yang nak jadi 'YANG BARU' harus la...

  1. cukup solatnya :)
  2. menerima aku seadanya
  3. menerima keluargaku
  4. memahami
  5. bukan jenis perahsia & bersedia berkongsi SEGALA kisah hidup
  6. tak merokok..sangat benci perokok tegar!!!
  7. funny
  8. muka tak kisah..janji bukan 'MUKA PECAH RUMAH' :p
  9. penyayang
  10. baik orangnye....harus!!!
Hahaha..macam '10 things' collection lak...
Mintak tolong semua,BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG!!!!

25 May 2011

dah tua ke???

Kelmarin,Ina selak-selak rambut.Tetibe,nampak rambut warna putih!!!waaaa..dah ada uban ke???
Ada 2 helai rambut yang putih...sehelai separuh putih,sehelai lagi adalah uban sepenuhnyee..pendek je.Mak ai!!!dah macam Mak dah...camne ni????

Huhuhu...belum kawin lagi ni!!!!

18 May 2011

Pink TAPI Rock!!!

hehe...kisah ni jadi lebih kurang setahun yang lepas....

Macam biasa,Ina & kawan-kawan yang memang kaki merayau memenuhkan WQY-ku menuju ke JB (kalau xsilap la). Baru je keluar U,kami nampak 2 orang lelaki naik motor bawak CPU. Yang membonceng pakai helmet warna PINK TERANG!memang jambu abis la....

Dengan selamber,kami pakat nak kenakan mamat tu.Kawan yang dok kat seat co-pilot ready bukak tingkap.Ina pulak drive kereta tu dekat sangat-sangat dengan motor tu.Bila dah betul-betul kat sebelah dorang,kawan tu jerit...

'Lawa helmet!'

Ina drive semula jauh dari motor tu. Kami still pandang dorang.Nak tengok reaksi dorang.Kami nampak lelaki kat depan tu mengekek gelakkan kawan dia yang berhelmet pink tu.

Disebabkan rasa bengang dengan kami,dorang try pecut & bersaing dengan kami lagi.Yang membonceng tu jerit...

'Helmet pink tapi rock!!'

Sambil dia buat sign rock guna tangan ( \m/ ).
Hahahaha...berderai gelak kami time tu...seronok jugak buat perangai camni...
Tiba kat 1simpang,dorang menghala ke jalan lain.Sempat jugak kami tengok dorang melambai tangan sambil senyum-senyum kat kami :)
Selamat la dorang xkejar kami sampai dalam U...hehe

********************************************************************************

Kami reunion semula lepas setahun berlalu.Plan nak gi mandi sungai.Sekali lagi kami jumpe 'helmet pink' (orang lain..kat KL pulak).Kami buat perangai lagi....TAPI!!!!
Brader-brader kali ni lain macam.Bajet kami nak ngorat dorang lak kan..tersengih semacam lak kat kami...TAKUT LAK KAMI KAN....

Haha..kenangan terindah dengan geng-geng WQY-ku :)





16 May 2011

16 Mei 2011

Selamat Hari Guru untuk semua cikgu-cikgu!!!
Tiap tahun (masa zaman sekolah la...),mesti kita sambut hari guru dengan meriahnya...seronok!sebab lepas sambutan tu,kita dapat balik awal..hehehe...

Hari ni,x-bf Ina cukup umurnya 25 tahun.Ucapan untuk dia tetap ada.Hadiah rasanya xperlu la..Yang sebelum ni pun dia pulangkan semula...Tapi,Ina still harap kami masih berhubung sebagai kawan.(Tiada niat lain ok!)

Tarikh ni,2 tahun yang lepas,Tok ayoh pergi tinggalkan kami selepas azan Isyak...Hilang segala derita & kesakitannya.Sedih sebab x ada lagi penyeri rumah kampung kami tu.Tapi,itu yang terbaik untuknya...Moga rohnya dicucuri rahmat...Al-Fatihah untuknya...

Huhu..walaupun banyak kenangan 16 Mei,hidup ini tetap akan diteruskan...Segala kenangan akan sentiasa ada dalam ingatan & hati ini :)

11 May 2011

tido waktu Maghrib???

hehe..hari ni nak cerita pasal Abah!!!! (tanduk dah keluar... :) )

1 petang, Abah yang x keluar keje rasa sangat letih & mengantuk tibe-tibe. Abah memang akan tido walau macam mana cara & keadaan pun kalau dah mengantuk yang amat...
Tengah tengok TV, Abah terlena (tertido sambil duduk kat atas sofa).
Kami semua x perasan. Bila dah ternampak, Ina cuba kejutkan Abah. Masa tu dah Maghrib dah pun...x elok tido time ni kan???

Bila terjaga,Abah terus bangun,tengok jam dinding & bukak baju. Muka macam cuak je...

'Ish...Abah ada kelas kul 9 ni. Dah dekat kul 8 Abah xmandi & siap-siap lagi....'

Ina pandang muka Abah dengan pelik...Ada kelas ke malam ni??ke meeting???(Ina berfikir & berkata-kata dalam hati)

'Abah ada kelas apa?malam-malam camni ada kelas apa pulak?'

'Eh...malam ke???Abah ingat dah pagi.....'

HAHAHAHAHAHAHAHAHA.....


Puas kami gelakkan Abah...1st time rasa dapat gelakkan Abah dengan bahagianyeeee....

P/S:JANGAN TIDO WAKTU PETANG & MAGHRIB YE!!!!mudah 'sakit otak'...mereng seketika...ooopppsss...bukan Ina kata,ustaz kata...

tengok ni...


09 May 2011

Mode:Penat & Geram!!!

Sampai di bilik (tempat tinggal sementaraku), aku xboleh duduk diam. Kaki rasa gatal-gatal (elergi pada habuk), muka pun sama. Terus ke meja (a.k.a dapur sementara),ambil tisu & mengelap seluruh meja.

Yan mesej. Dia dah sampai, pegi ambil dia untuk beronggeng bersama. Lupakan sebentar segala kegatalan & rasa geram tu....

Balik malam tu, sambung pula menyapu & mop lantai. Susun segala barang-barang di tempat asal.

Selesai mengemas jam 1.30pagi. Tunggu segala keringat ni kering,masuk mandi. Pukul 2pagi, Yan dah lama terlena...aku baru dapat baring & lelapkan mata....huhuhu

MORAL: Tolong la kemaskan bilik/tempat anda sebelum kosongkan tempat tu...Kesian orang-orang yang macam aku ni...PENAT SANGAT-SANGAT (penat mengemas & penat dengan perangai manusia yang macam ni)

05 May 2011

RiNdU???

Hari Selasa lepas, aku turun AU3 untuk ambik kereta. Dalam tren,terserempak dengan member sekolah,Mu'adz Adzmi. Sungguh kecik dunia ni kan?? Abis segala kenangan zaman sekolah kami cerita....

Terkenang kawan-kawan lame...

Then, lepas ambik kereta,balik ke TPM. Jauh sangat nak teruskan perjalanan ke Kajang...
Jumpe dengan mereka-mereka yang dah hampir 3minggu xjumpe...sangat seronok!
Tetibe,ada sorang kawan cakap;

"Ko tau,kami bukak laptop dengar lagu je kami jerit 'haa..Ina suka nyanyi lagu ni time karok!'..."

Hikhikhik..terharu mendengar pengakuan jujur korang...rindu kat aku ye???hehehe...
Memang agak lame xjumpe kan...geng havoc time 6bulan dok situ.Pasni,masing-masing bawa haluan masing-masing...yang nak kawin,dah kena belaja-belaja jadi isteri&ibu dari sekarang. X boleh la nak huhahuha lagi...

Apa yang akan jadi pada kita semua lepas setahun???Ada kemungkinan untuk kita keluar ramai-ramai lagi x???huhuhu...(sedih tetibe...)