10 June 2011

2,3,4,5...Hari Kepenatan&Bergumbira!!!!

2 Jun
>>Majlis nikah & kawin sepupu Ina, Nurul Fadhliah dengan Norshamri. Kejadian di Machang (masjid&umah Fadhliah). Yang bestnye,ade 4 pasangan nikah serentak kat masjid tu. Sempat la jumpe pengantin-pengantin lain. Majlis start lambat sebab salah sorang pengantin lelaki accident.. Yang x bestnye pulak, pengantin & tetamu perempuan dipisahkan jauh sebelah tirai sampai x dengar pun akadnye...

3 Jun
>>Majlis nikah & kawin sepupu Ina jugak, Azhana dengan Zakaria. Kejadian kat Machang (masjid Pangkal Jenerih & umah nenek kami). Selamat kali ni imam pakai microfon & benarkan tetamu duduk dekat-dekat tempat nak akad tu...Ina sempat sumbangkan idea menggubah hantaran kakakku yang sorang ni...Alhamdulillah, selesai 2 pasangan...

4 Jun
>>Majlis bertandang Nurul Fadhliah di Kota Bharu. Tersesat jugak la kami 1 kereta sebab terpisah dengan yang lain masa kat Machang.
>>Majlis tunang sepupu Ina sorang lagi,Qalbi Amri dengan Azyanti kat Kota Bharu jugak (sebelah petangnye). Ade barang hantaran yang Ina buat tau!

5 Jun
>>Majlis kawin sepupu sebelah mak Ina, Mohd Radhuan. Oppsss..x ingat la nama isterinye... Majlis kat Jerteh. Ringkas tapi cukup untuk diraikan...Keluarga sebelah perempuan x ramai sebab ibunye saudara baru (Cina Islam).
>>BBQ keluarga (sebelah malam) hasil dari daging yang lebih masa kenduri 3 Jun. Sedap makan satay ayam, daging bakar, sotong, udang dengan nasi lemak (cadangan Abe Azrul).

Syukur...semuanye berjalan lancar. Seronok dapat membantu ape yang termampu. Puas hati sebab hantaran yang dibuat pun cantik!!hahaha
Setelah sekian lama x berkumpul,kali ni kami berkumpul semula kat rumah baru!!!BESTTT SNGATTTT!!!!


No comments: