23 June 2011

Auny Firdyna


Teringat kisah ni...jadi masa tahun 2008. Budak yang namanya Auny ni baru berumur lebih kurang 7bulan....

Auny ni anak buah Ina. Sejak dia lahir sampai umur 4bulan, Ina duduk kat rumah Kak Ana (rumah Auny la) sebab masa tu Ina tengah praktikal industri kat area sana (PJ). Selalunya, Auny dihantar kat rumah pengasuh (jiran depan rumah, 1 flat jugak). Kadang-kadang, Ina jadi baby sitter dia kalau weekend Kak Ana kerja. Sepanjang Ina kat sana, Ina tengok Auny akan menangis setiap kali dihantar & macam orang 'blur' setiap kali diambil. Sampai rumah, baru la nampak senyuman dia. Ina fikir maybe seba
b budak kecik lebih selesa dengan ibu dia...man
ja sikit la...

Lepas bulan Julai, Ina masuk sambung belajar kat Johor semula. Dalam akhir bulan Oktober, Ina dapat mesej dari Kak Ana.
"Auny pengsan siang tadi. Sekarang kena tahan kat PPUM. Ada kesan pendarahan dalam otak."
Terkejut dengan mesej tu, Ina terus berbalas mesej dengan Kak Ana. Kak Ana kata dia ambil Auny kat rumah pengasuh tengahari tu dalam keadaan pengsan. Kak Ana dapat tau Auny dah pengsan lebih kurang sejam.

Kebetulan Ina tengah exam akhir semester. Tahun 3 bukan la mudah. Subjek pecah kepala semuanya. Jadual exam pun dekat-dekat je tarikhnya. Tensen jugak nak study...tambahan pulak risaukan Auny. Ina buat keputusan nak balik tengok Auny kat PPUM masa 'gap' exam yang lebih kurang 2 hari tu. Gerak balik l
epas habis 1 paper (petang jugak la). Sampai KL lebih kurang pukul 12 tengah malam. Naik LRT pun yang terakhir (sampai pukul 12.30). Bila call Abang ipar, dia dah tertidur kat PPUM. Terpaksa tunggu dia sampai pukul 1 pagi & terus ke PPUM, tidur kat katil hospital.

Dalam dingin pagi tu, Ina tengok Auny kat katil tu dengan tangan yang bengkak dicucuk air...kesian dia. Kak Ana cerita sikit pasal Auny. Katanya kaki kanan Auny patah, ada kesan pendarahan dalam otak (setiap lapisan otak). Doktor nak pantau perkembangan dia, takut kena sawan pulak. Bila minum susu pun dia muntah-muntah balik. Siap ada 1 malam doktor suruh Auny x diberi susu atau apa-apa makanan sebab nak operate (kononya la...bila pagi, x jadi pulak nak operate!!kesian Auny...).

Semalaman teman Kak Ana kat katil hospital. Bangun tidur pukul 5 pagi sebab Auny termuntah. Lepas tu, Kak Ana bawak Auny turun untuk CT scan. Doktor dah syak ini kes PENDERAAN sebab kesan jatuhnya sangat teruk. Masa tu sempat la Ina membaca buku untuk exam seterusnya...

Dalam pukul 11 pagi, ramai doktor-doktor pakar datang melawat. Dah pun jadi kes polis & JKM. Sah la ini kes pengasuh dera budak. Ina pulak x jadi nak habiskan study dalam kecoh-kecoh tu...

Petang tu, Auny kena pindah ke wad kawalan pulak. Doktor nak pantau perkembangan dia. Bercampur dengan orang lain yang macam-macam sakitnya. Ada bayi kat katil sebelah kena jantung berlubang. Umur lebih kurang macam Auny. Bila berbual dengan ibunya, hati makin sayu...bayi tu satu-satunya anak le
laki dia. Hampir 10 tahun menunggu anak lelaki, bayi ni lahir dengan jantung berlubang. Tapi, dia tetap akan berusaha jaga anak comel tu sampai sembuh. Kat katil depan tu, sakitnya kritikal jugak (Ina x ingat sangat sakit apa, tapi dia x boleh tapis segala cecair dalam badan. Doktor atau maknya yang akan masukkan 1 tiub melalui mulutnya & sedut kahak/cecair dalam badan). Sayu sangat bila dengar jeritan suara anak kecik tu...

Malam tu, Ina balik rumah. Tapi, buku yang nak dibaca tertinggal kat hospital. Semalaman pulak x dapat study. Aduh la...macam mana la result ni nanti....

Esoknya, Ina datang PPUM ambil buku & bersiap untuk balik Johor semula. Huhu..letih, x dapat study. Tapi, kalau x balik pun still x dapat study sebab risaukan Auny...
X apa la,mesti ada hikmahnya semua gerak hati Ina untuk buat keputusan ni.

Subjek tu Ina GAGAL. Pengorbanan...untuk tolong Kak Ana yang kepenatan jaga Auny & untuk Auny yang Ina sayang. Kak Ana terpaksa bawak Auny keluar dari PPUM lepas hampir 2minggu kat sana. Sebabnya...Auny ibarat barang eksperimen, darah dia diambil banyak sampai dia jadi fobia dengan semua orang BAJU PUTIH!!

Lepas dibawak keluar, Auny duduk kat rumah kami. Mak yang jaga. Dia lebih ceria, tembam & sihat walaupun kakinya patah. Doktor kata kesan pendarahan tu akan beransur hilang bila dia membesar. Kaki yang patah tu akan bersambung semula dengan sendirinya. Pengasuh tu direman beberapa hari tapi diikat jamin sebab DIA MENGANDUNG!!!Maybe ni la penyebab penderaan...tekanan perasaan & keletihan dengan bawakan budak dalam perut. Tapi, dia tetap salah sebab x pernah bagitau Kak Ana!!!!

inilah budak itu,selepas 3 tahun kejadian...

Kepada pengasuh-pengasuh; jaga la anak-anak itu seperti anak-anak kamu sendiri...mereka x salah apa pun pada kita....