22 June 2011

Rakan-Sahabat-Kawan-Teman KaribKu!!!(Lelaki)

Terfikir nak tulis pasal ni...

Sejak kecik, Ina ramai kawan karib lelaki...sebabnye bagi Ina, lelaki mudah bagitau ape yang dorang suke @ x suke tentang kite secara terus terang. Lebih mudah untuk dibawa berbincang & x hipokrit dengan jawapan dorang. Kalau dorang x suke, dorang terus je tegur....
Ina x tau la sape yang anggap Ina kawan karib dorang. Tapi, ini antara orang-orang yang Ina suke berbual & senang dengan dorang...

  • Mohd Fauzi Damiri (Pojie) - kawan sejak zaman kanak-kanak, nakal tapi sangat rajin membantu kawan-kawan.
  • Anuar Shahuddin (Nuek) - kawan time sekolah menengah, orang jawa yang smart memanjang, kawan time belajar akaun & musuh untuk dapat gelaran 'highest marks' dalam Matematik (seluruh tingkatan).
  • Mohd Arif Emir Mohd Sofi (Arif) - kawan mase zaman dok asrama kat hutan Lipis. Die teman yang rajin layan Ina berbual & selalu kongsi masalah. Sampai sekarang, his wife pun jadi kawan Ina. :)
  • Nordin Ahmad (Din) - Kami kenal mase kat Lipis jugak. Tapi, rapat sejak masuk PLKN. Kami contact sebab nak tau keadaan kat tempat masing-masing. Sejak tu, makin rajin la berbual.
  • Azami Akhiem (Akim) - Ina panggil die Big Bro sebab die macam abang & ketua pada kami semua masa PLKN. Kebetulan die 1 sekolah dengan Alan & kawan-kawan sekolah rendah Ina.
  • Mohd Zaidi Zainon (Zaidi) - Ina rapat dengan die mase Tahun 3 kat UTM. Die tau banyak tempat-tempat makan & rajin keluar ramai-ramai dengan kawan-kawan lain. Mesti wajib bawak die bile main boling & karok ramai-ramai.
  • Rusdi Hafiz (Rodeng) - kawan mase praktikal kat Menara TM. Orangnye kelakar tapi kadang-kadang melebih-lebih sengalnye. Ina suke layan die merapu sebab x nak rase bosan time keje.
  • Abdul Halim (Ateng) - Kawan time belajar kat Lipis jugak. Sejak die sambung belajar kat UTM, kami selalu jumpe, makan same-same sebab nak minta tolong & reunion dengan junior sekolah.