29 August 2011

Ramadhan & Syawal 2011

Ramadhan tahun ni selesai dengan baiknya. Dapat bersahur penuh sepanjang Ramadhan (dengan bantuan Mak yang sentiasa kejutkan dengan suara lantangnya). Kalau kat hostel dulu, kadang-kadang xnak bangun sebab xde makanan selain megi. Nak turun membeli, sangat la 'RAJIN'nye Ina ni....

Kad Raya untuk kalian.SELAMAT HARI RAYA. Maaf zahir & batin....

Syawal disambut sederhana je kot tahun ni. Xde keinginan nak balik beraya kat kampung...terasa nak beraya kat kampung tempat kami membesar ni. Sekian lama xmerasa raya kat Sungai Choh, tahun ni Abah kena akur dengan kehendak kami (anak-anak). Family pulak sentiasa xcukup. Masing-masing ada tanggungjawab & keluarga sendiri. Kak Ana beraya di kampung dengan suami, anak-anak & sepupu yang lain. Lan beraya sorang-sorang kat Mesir (sian dak ni..hehe). Lily, pagi raya baru sampai... (dia hantar 'wakil', anak-anak, untuk tolong Mak mengemas).

21 August 2011

Syukur pada-Nya

di hari raya tahun 2006



bulan puasa tahun 2007 (kalau xsilap)

Satu masa dulu, Ina pernah menangis kerana keadaan wajah yang teruk ini...
Doa & usaha sentiasa mengiringi hidup. Alhamdulillah, Ina bersyukur. Dengan berkat usaha & doa itu, Allah makbulkan permintaan insan kerdilnya...

Walaupun belum sepenuhnya pulih, Ina tetap bersyukur sebab Allah mengurangkan masalah ini...
Untuk mereka yang senasib, berusaha & berdoalah...Allah itu Maha Mendengar...Dia sahaja yang Mengetahui segalanya....

17 August 2011

Jadi 'IBU MUDA' untuk 1 hari

**Teringat kat Auny...tetiba terfikir nak buat entry ni...

Masa Auny baru lahir, Ina stay kat umah dia dalam 3bulan. Ina praktikal kat Manara TM. Lagi dekat dari sana kalau nak berulang-alik.

Lepas tu, Ina balik ke Johor sambung study. Company mintak Ina hantar 1salinan report ke Menara TM tu. Disebabkan xsempat nak siapkan, Ina balik ke Johor dulu. Inform mereka kat TM yang Ina akan hantar report tu lambat skit.

Masa balik KL beberapa bulan lepas tu, Ina datang umah Auny lagi. Nak pergi hantar report la kononnye...Tetiba, Kak Ana (mama Auny) mintak tolong jaga Auny.

"Ina, tolong jaga Auny ye...pengasuh balik kampung kejap. Tak ada orang nak jaga Auny...." (sambil buat muka sedih..huhu)

Auny baru 3bulan. Masih menyusu, nak jalan pun xreti lagi. Kak Ana cadangkan drive kereta, letak Auny kat seat sebelah tu. Bawak naik ofis masa jumpe Manager...

Haish...fikir panjang jugak tu nak buat. Lastly, Ina siap-siap packing pampers, baju & botol susu. Bawak kereta tolak dia sekali. Terpaksa angkut Auny bersama :)

Masa drive ke Menara TM, Auny menangis je. Lapar ke, xselasa ke...xtau la. Ina drive pun xtenang. Asyik pandang kat dia je...huhuhu...

Sampai kat basement parking, terus bukak kereta tolak. Sandang beg barang Auny, suakan botol susu kat dia. Xmau pulak nak minum. Saje nak nangis je kan...nak bagi Cik Ina dia panik jap.

Kat lif, ada staf yang tegur...
'Anak cumil' katanya.
Cepat-cepat Ina jawab 'Anak sedara saya...'
Xnak orang fikir 'Muda-muda lagi dah kawin??'...hehe...

Kat tingkat bawah, Mak Guard bangsa India tahan. Suruh Ina amik kad pelawat. Baby dia xbagi bawak...

Haish!!!camne ni?? Spontan je, Ina mintak dia jaga kejap. Siap bagi botol susu lagi.

Masuk lif 1lagi, staf tadi tanya...
'Mana baby tadi?'
'Mak Guard tu xbagi bawak naik. Saya tinggalkan kat dia'
'Beraninya...nape xcakap kat saya? Boleh saya ngaku anak saya...Kalau hilang camne?'

Lepas dengar orang tu cakap, muka Ina boleh tahan gak la merahnya. Risau jugak ni...
'Xpe la,saya hantar report. Kejap je ni...' (cuba-cuba bertenang la...)

Jumpa manager, Ina terus tunjuk report. Boleh pulak manager nak berborak-borak dengan Ina. Cepat-cepat Ina bagitau dia...
'Encik, saya kena cepat ni. Anak sedara saya kat bawah. Mak Guard tu xbagi bawak naik. Baby lagi...'
'Laaaa...ye ke??Nape xbawak je? Xpe la, cepat-cepat turun...kang hilang, susah pulak...'


Huhuhu...selamat la bila turun, Auny duduk diam je dalam kereta tolak. Xmeragam langsung. Alhamdulillah, xhilang...takut!!!

Balik ke rumah, Ina ceritakan semuanya kat Kak Ana. Boleh lak dia buat lawak...
'Anak mama jadi anak angkat Amma la...hihihi'


Terasa seperti IBU MUDA yang kelam kabut...sangat!hahaha

10 August 2011

10 Tips Sihat!

erm...ada orang pernah soal pasal ni. So,rasa-rasa cam nak kongsi dengan semua...
Jom amalkan.Moga dapat turunkan berat badan..hehe..Ina pun sedang usahakan...

  1. Minum air sebelum atau selepas makan saja. Jangan makan bersulam air ye!
  2. Kalau boleh,minum air dalam 10-15 minit selepas makan.
  3. Sit up. At least twice a day, kiraan 10. Elak buncit!
  4. Elakkan tido selepas makan. Kalau ikut fakta, 2jam selepas makan baru boleh tido.
  5. Kunyah makanan sehingga lumat. Jangan makan terlalu cepat atau xkunyah dengan betul.
  6. Kurangkan makan malam. Makan sebelum 8malam.
  7. Kurangkan minuman berais & manis.
  8. Bersenam twice a week, selama 20minit.
  9. Rajin-rajin timbang berat badan. Boleh control makan sikit :)
  10. Makan makanan seimbang. Pastikan ada nasi, sayur & daging dalam hidangan.
**Ina dapat dari bacaan. So, kalau ada fakta yang salah,boleh tolong betulkan ye. Sumber bacaan sangat banyak.

Kira BMI kamooo:

BMI= Berat (kg)

Tinggi2 (m)

>>Apa yang Ina penah belajar, BMI yang normal around 20-25.



05 August 2011

Ramadhan di zaman belajar

ermmm...ingat-ingat balik, terasa susah bangun sahur & berbuka masa belajar. Tapi, keseronokannya tetap ada.

Kat HUTAN LIPIS
Siren pukul 4 pagi kejut kami bangun sahur. Ina biasanya mandi dulu sebelum turun makan. Dalam sejuk-sejuk tu,turun DS, beratur amik makanan. Sepanjang puasa, prep petang mesti kat dalam library..sejuk skit..hehe
Bila petang, kecoh 1asrama. Sibuk nak pesan makanan kat member-member yang keluar gi bazar dengan Sir Zack. Panjang berjela pesanannya... Tiap-tiap hari, ada kelas yang kena serve makanan kat semua penghuni asrama. Kalau kami xterlibat, sempat lagi 'digging' bola tampar kat padang. Balik letih-letih, mandi. Ready barang-barang prep malam dan solat. Lepas tarawikh, terus prep. Waktu prep jadi singkat tapi, supper tetap tersedia :) Sangat gemuk Ina masa ni...

Kat PEKAN KULIM
Sahur ada makanannya. Tapi, jarang skali turun sahur. Almaklum la,jauh sangat perjalanan nak ke DS. Kalau mamai, boleh tertido sambil jalan tu...hehe...
Macam kat Lipis, ada dorm yang kena serve makanan. Makan sama-sama dengan dormate masing-masing. Kadang-kadang, makan dengan mentor masing-masing. Mr Liew tetap akan turun memeriahkan majlis... LUV U la Mr Liew!!!

Kat SKUDAI
Biasanya sahur dengan megi sampai habis 1badan sakit...masuk angin! Kalau ada assignment yang kena buat, kami stay up sampai pagi. Dalam pukul2-4 pagi, keluar la cari makan. Kalau rajin, gi kedai mamak kat taman U. Kalau agak-agak kurang rajin, makan kat cafe depan tu je. Ada masa-masa, langsung xsedar. X bersahur la hari tu. Perut pun buat perangai.
Petang-petang, tunggu bas nak gi FAB (bazar ramadhan UTM). Kalau lambat, dalam bas la berbuka puasa... Bila ada kenderaan, jauh lagi kami merayau. Cari bazar kat taman U pulak. Balik, kumpul kat 1bilik, makan ramai-ramai sambil layan muvi. Haish...Maghrib pun terlajak. Kalau ada iftar, makan free dalam dulang (ramai-ramai). Pastu tarawikh kat bawah khemah. Memang terbaik! x ada la yang kepanasan sebab surau berkuap...

Kat mana-mana pun Ina pegi, kenangan berpuasa di perantauan tetap jadi kenangan paling berharga. Seronok, rasa kesusahan bangun sahur & sakit perut, rasa nikmatnya berkongsi!!! :)

01 August 2011

Ramadhan datang lagi!!!

Alhamdulillah..dipanjangkan umo, dapat bertemu Ramadhan tahun ni. Selamat berpuase utk semua umat Islam. Perbanyakkan ibadat. Kurangkan mengumpat. Bermaafan sentiase. Semoga mendapat keberkatan bulan mulia ini.

Terkenang 2 tahun yang lepas...Arwah nenek cume sempat berpuasa 25hari saje. Hari ke-26, Arwah menghembuskan nafas terakhirnye...Al-Fatihah buatnye dan kaum keluarga yang lain...Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.