17 August 2011

Jadi 'IBU MUDA' untuk 1 hari

**Teringat kat Auny...tetiba terfikir nak buat entry ni...

Masa Auny baru lahir, Ina stay kat umah dia dalam 3bulan. Ina praktikal kat Manara TM. Lagi dekat dari sana kalau nak berulang-alik.

Lepas tu, Ina balik ke Johor sambung study. Company mintak Ina hantar 1salinan report ke Menara TM tu. Disebabkan xsempat nak siapkan, Ina balik ke Johor dulu. Inform mereka kat TM yang Ina akan hantar report tu lambat skit.

Masa balik KL beberapa bulan lepas tu, Ina datang umah Auny lagi. Nak pergi hantar report la kononnye...Tetiba, Kak Ana (mama Auny) mintak tolong jaga Auny.

"Ina, tolong jaga Auny ye...pengasuh balik kampung kejap. Tak ada orang nak jaga Auny...." (sambil buat muka sedih..huhu)

Auny baru 3bulan. Masih menyusu, nak jalan pun xreti lagi. Kak Ana cadangkan drive kereta, letak Auny kat seat sebelah tu. Bawak naik ofis masa jumpe Manager...

Haish...fikir panjang jugak tu nak buat. Lastly, Ina siap-siap packing pampers, baju & botol susu. Bawak kereta tolak dia sekali. Terpaksa angkut Auny bersama :)

Masa drive ke Menara TM, Auny menangis je. Lapar ke, xselasa ke...xtau la. Ina drive pun xtenang. Asyik pandang kat dia je...huhuhu...

Sampai kat basement parking, terus bukak kereta tolak. Sandang beg barang Auny, suakan botol susu kat dia. Xmau pulak nak minum. Saje nak nangis je kan...nak bagi Cik Ina dia panik jap.

Kat lif, ada staf yang tegur...
'Anak cumil' katanya.
Cepat-cepat Ina jawab 'Anak sedara saya...'
Xnak orang fikir 'Muda-muda lagi dah kawin??'...hehe...

Kat tingkat bawah, Mak Guard bangsa India tahan. Suruh Ina amik kad pelawat. Baby dia xbagi bawak...

Haish!!!camne ni?? Spontan je, Ina mintak dia jaga kejap. Siap bagi botol susu lagi.

Masuk lif 1lagi, staf tadi tanya...
'Mana baby tadi?'
'Mak Guard tu xbagi bawak naik. Saya tinggalkan kat dia'
'Beraninya...nape xcakap kat saya? Boleh saya ngaku anak saya...Kalau hilang camne?'

Lepas dengar orang tu cakap, muka Ina boleh tahan gak la merahnya. Risau jugak ni...
'Xpe la,saya hantar report. Kejap je ni...' (cuba-cuba bertenang la...)

Jumpa manager, Ina terus tunjuk report. Boleh pulak manager nak berborak-borak dengan Ina. Cepat-cepat Ina bagitau dia...
'Encik, saya kena cepat ni. Anak sedara saya kat bawah. Mak Guard tu xbagi bawak naik. Baby lagi...'
'Laaaa...ye ke??Nape xbawak je? Xpe la, cepat-cepat turun...kang hilang, susah pulak...'


Huhuhu...selamat la bila turun, Auny duduk diam je dalam kereta tolak. Xmeragam langsung. Alhamdulillah, xhilang...takut!!!

Balik ke rumah, Ina ceritakan semuanya kat Kak Ana. Boleh lak dia buat lawak...
'Anak mama jadi anak angkat Amma la...hihihi'


Terasa seperti IBU MUDA yang kelam kabut...sangat!hahaha