05 August 2011

Ramadhan di zaman belajar

ermmm...ingat-ingat balik, terasa susah bangun sahur & berbuka masa belajar. Tapi, keseronokannya tetap ada.

Kat HUTAN LIPIS
Siren pukul 4 pagi kejut kami bangun sahur. Ina biasanya mandi dulu sebelum turun makan. Dalam sejuk-sejuk tu,turun DS, beratur amik makanan. Sepanjang puasa, prep petang mesti kat dalam library..sejuk skit..hehe
Bila petang, kecoh 1asrama. Sibuk nak pesan makanan kat member-member yang keluar gi bazar dengan Sir Zack. Panjang berjela pesanannya... Tiap-tiap hari, ada kelas yang kena serve makanan kat semua penghuni asrama. Kalau kami xterlibat, sempat lagi 'digging' bola tampar kat padang. Balik letih-letih, mandi. Ready barang-barang prep malam dan solat. Lepas tarawikh, terus prep. Waktu prep jadi singkat tapi, supper tetap tersedia :) Sangat gemuk Ina masa ni...

Kat PEKAN KULIM
Sahur ada makanannya. Tapi, jarang skali turun sahur. Almaklum la,jauh sangat perjalanan nak ke DS. Kalau mamai, boleh tertido sambil jalan tu...hehe...
Macam kat Lipis, ada dorm yang kena serve makanan. Makan sama-sama dengan dormate masing-masing. Kadang-kadang, makan dengan mentor masing-masing. Mr Liew tetap akan turun memeriahkan majlis... LUV U la Mr Liew!!!

Kat SKUDAI
Biasanya sahur dengan megi sampai habis 1badan sakit...masuk angin! Kalau ada assignment yang kena buat, kami stay up sampai pagi. Dalam pukul2-4 pagi, keluar la cari makan. Kalau rajin, gi kedai mamak kat taman U. Kalau agak-agak kurang rajin, makan kat cafe depan tu je. Ada masa-masa, langsung xsedar. X bersahur la hari tu. Perut pun buat perangai.
Petang-petang, tunggu bas nak gi FAB (bazar ramadhan UTM). Kalau lambat, dalam bas la berbuka puasa... Bila ada kenderaan, jauh lagi kami merayau. Cari bazar kat taman U pulak. Balik, kumpul kat 1bilik, makan ramai-ramai sambil layan muvi. Haish...Maghrib pun terlajak. Kalau ada iftar, makan free dalam dulang (ramai-ramai). Pastu tarawikh kat bawah khemah. Memang terbaik! x ada la yang kepanasan sebab surau berkuap...

Kat mana-mana pun Ina pegi, kenangan berpuasa di perantauan tetap jadi kenangan paling berharga. Seronok, rasa kesusahan bangun sahur & sakit perut, rasa nikmatnya berkongsi!!! :)

No comments: