29 August 2011

Ramadhan & Syawal 2011

Ramadhan tahun ni selesai dengan baiknya. Dapat bersahur penuh sepanjang Ramadhan (dengan bantuan Mak yang sentiasa kejutkan dengan suara lantangnya). Kalau kat hostel dulu, kadang-kadang xnak bangun sebab xde makanan selain megi. Nak turun membeli, sangat la 'RAJIN'nye Ina ni....

Kad Raya untuk kalian.SELAMAT HARI RAYA. Maaf zahir & batin....

Syawal disambut sederhana je kot tahun ni. Xde keinginan nak balik beraya kat kampung...terasa nak beraya kat kampung tempat kami membesar ni. Sekian lama xmerasa raya kat Sungai Choh, tahun ni Abah kena akur dengan kehendak kami (anak-anak). Family pulak sentiasa xcukup. Masing-masing ada tanggungjawab & keluarga sendiri. Kak Ana beraya di kampung dengan suami, anak-anak & sepupu yang lain. Lan beraya sorang-sorang kat Mesir (sian dak ni..hehe). Lily, pagi raya baru sampai... (dia hantar 'wakil', anak-anak, untuk tolong Mak mengemas).