03 September 2011

Blog Kisah Cinta Mereka...???

Huhu...semalam berbual dengan kengkawan yang online kat FB. Masing-masing berkongsi kisah cinta dorang semua. Yang meluah perasaan & yang mintak tolong carikan calon pun ada...

Actually, dikalangan kengkawan, Ina ibarat 'kaunselor cinta'. Tapi, bercinta pun tidak...(buat masa ni la). Pengalaman sendiri & orang-orang sekeliling buat Ina berfikir lebih dalam untuk semua masalah cinta. Sebenarnye...kita boleh berfikir dengan lebih rasional untuk orang lain bila kita xmengalami tapi cuba memahami. Cinta tu membutakan hati & fikiran kita untuk fikir lebih jauh. Bila xbercinta,Ina ada masa untuk mendengar semua masalah mereka, tolong fikirkan penyelesaian & cuba bagi motivasi sikit kat dorang.

Rasa macam nak buat 1 blog 'Kisah Cinta'. Nak kongsi apa-apa pendapat & kisah cinta kengkawan. At least boleh jadi ingatan & pedoman untuk orang lain. yang nak berkongsi cerita pun boleh PM kat Ina kan....??? 

**sedang fikirkan rencana membuka blog ni...wajar ke??huhuhu.........