28 December 2012

Cinta Dari Ilahi

Dia malu
Cuma dengan aku
Diam dan kaku
Pelik bila dia membisu

Aku tenung matanya
Aku nampak cahaya
Aku percaya
Itu cahaya CINTA

**Ya Allah, jika itu yang terbaik untukku, temukan rasa itu juga dalam hatinya.

26 December 2012

Percutian Yang Panjang & Meletihkan.........

Huhu..actually, bukan percutian impian di kala menyambut ke'tua'an umur. Tapi, itu yang terjadi.

21 Disember 2012
Nenek meninggal dunia pukul 12.10pagi. Dah seminggu sakit, kami dah jangka semua ni. Ina dikejutkan dengan bunyi telefon bertalu-talu. Semua cuba sampaikan berita & ajak balik kampung. Mujur gerakan Tuhan, Ina terjaga pukul 1.30pagi bila Kak Lily call. Terus kemas baju, angkat beg dalam keadaan mamai, menghala ke KL. Tinggal kereta kat IMKEDA, gerak dengan Kak Lily & Am pukul 3.00pagi.

Sampai Kelantan dalam pukul 10.00pagi. Jenazah belum diurus lagi. Sedih sebab tak dapat sedekahkan Yassin (tengah 'cuti'). Selesai kebumi jenazah lepas zohor. Tahlil malam tu Ina tak mampu bertahan. Tidur dari pukul 8.00malam sampai pagi. Terjaga masa orang berzikir je. Adoi...letih sangat...

22 Disember 2012
Tunggu Kak Ana balik KB, kemas segala barang keperluan nak balik KL. Dah tengahari, baru bergerak balik. Maaf semua, kami ada urusan (janji) dekat Rawang pulak. Mesti tunaikan!

Sampai KL pukul 9.00malam, amik kereta & balik Putrajaya (dengan Kak Lily). Amik barang-barang persiapan majlis. Ada lagi yang tak sempat disiapkan. Mujur Ina & Izzaty (kawan kerja) dah start dari awal. Thank you Zaty!

Sampai rumah dekat pukul 11.00malam (sempat singgah cari makan dulu, kelaparan). Terasa nak sambung kerja menggubah, Ina duduk & buka semua barang-barang. Touch up mana yang perlu, buat sikit-sikit. Takut pulak tak sempat siap. 1 dulang lagi belum ada barangnya, kek. Esok sambung...

23 Disember 2012
Hari majlis. Hari lahir Ina jugak! Huhu..tak fikir pasal sambutan dah. Bergegas cari barang kat Rawang. Nasib baik Kak Lily rajin meneman. 

Sampai kat rumah, sedara-mara dah penuh. Terpaksa menggubah seringkas yang boleh, mandi & gosok baju. Terus bersiap untuk majlis.

Lepas majlis, bergaduh kecil dengan Kak Ana (misunderstanding). Puas menangis sampai tertidur sebelum maghrib. Bangun-bangun, badan dah rasa lain. Macam nak demam.

24 Disember 2012
Tiba-tiba, selsema. Huhu..badan dah start panas. Tapi, sempat lagi layan kerenah anak-anak buah.

25 Disember 2012
Merry Christmas! Selsema makin teruk, badan dah merah-merah tahan panas. Berusaha basuh kereta (home car wash), kemas barang-barang untuk balik Putrajaya.

Rumah kat Putrajaya kosong. Tak ada orang. Ubat-ubatan dah beli, roti & 100plus pun ada. Preparation sebelum jadi lebih teruk. Tengok keadaan esok kalau-kalau larat bekerja...

26 Disember 2012
Tetap bekerja. Rasa nak MC bila tengok banyak barang atas meja...Huhu...pengsan!!!

15 December 2012

Paham Tak Perasaan Tu???

Islam ajar kita untuk menasihat dengan berhemah. Mungkin kita boleh jadi 'model' untuk yang lain ikut...

Bila Ina cuba buat macam tu...dan ada yang terdorong melakukan perkara baik lepas Ina buat....

Eeeerrrrmmmm...PERASAAN tu laaa!!! 

Paham tak???

Terharu...gembira..seronok!!!!




Rasa nak buat lebih banyak kebaikan supaya orang bukan Islam pun boleh terdorong ke arah tu.... :))

11 December 2012

C.I.N.T.A

Selalu hati ni bertanya-tanya...
'Cinta yang macam mana yang boleh buat hati ni tenang & sentiasa gembira?'

Maksudnya kita tak berusaha mengejar cinta tapi cinta itu wujud. Kita tak berusaha untuk jadi orang lain & dalam masa yang sama, kita ada rasa gembira tu. Tak terlalu taksub dengan rasa cinta tapi sentiasa redha dengan ketentuan Allah.

Sorang kawan kongsikan apa yang dia baca...
Katanya, 'Kalau kita suka seseorang, jangan cakap dengan orang tu sebab Allah akan kurangkan rasa itu. Tapi, 'cakap' la dengan Allah. Dia Maha Mendengar & Mengetahui. Dia akan tunjukkan jalannya nanti.'

BETUL...Betul...Betul!!!!

Ya Allah, simpanlah rasa cinta itu dalam hati ini kalau dia sememangnya untuk aku. Sampaikan rasa yang sama padanya...
Jauhkanlah dia dari aku kalau dia bukan untukku. Dan temukan aku dengan lelaki yang sepatutnya....amin...

04 December 2012

Pinggan Licin!!!

Huhu..dah banyak kali Ina ditegur...
"Lapar ke?"
"Ni order pinggan kosong ke?"

Pelik dengan mentaliti dorang. Perlu ke perli camtu??
Ina tak hirau apa orang nak cakap. Ina lebih risaukan pembaziran. Mujur ajaran Mak sejak kecil buat Ina jadi orang yang hargai rezeki...
Mak cakap...
"Nak makan, amik setakat perut kita mampu. Jangan tamak..jangan membazir."
Terima kasih Mak. Ina akan selalu ingat. Tak rasa malu pun kalau habiskan makanan kita sebab Islam tak amalkan pembaziran ;-)
 

30 November 2012

Muslim: Jom Baca Al-quran!

Ramai kawan-kawan cakap yang dorang jarang-jarang buka & baca Al-quran. Kenapa ye??
Ina rasa tak seronok dengar jawapan yang berunsur alasan...

Mak selalu pesan...
"Baca Al-quran setiap hari (selain 'waktu cuti') walaupun hanya satu muka."

Kalau tak baca, kita takkan fasih. Mak Adik (mak sedara Ina) yang pernah belajar di Al-Azhar cakap "Susah untuk perempuan belajar hafaz Al-quran sebab kita ada 'waktu cuti'. Bila nak hafaz, kami mesti baca setiap hari (melainkan waktu cuti tu)."

Sejak dengar kata-kata tu, Ina sedaya upaya cuba cari masa untuk baca. Lepas maghrib (kalau tak ada aktiviti lain), cuba amik Al-quran & baca sehelai dua. Tak lama pun sebenarnya.

Tau tak setiap huruf yang kita sebut pahalanya banyak? Tak perlu membanting tulang pun kita boleh dapat pahala...kenapa tak buat? Ina tak pandai/lancar membacanya tapi, Ina cuba baca untuk baiki setiap hari.
Bila membaca, kita dengan sendirinya jadi lebih lancar membaca. Betul! Cuba korang buat....
Kalau tak tau langsung membaca, tanya & berguru la. Itu yang terbaik...








Blog yang berjela-jela tulisannya kita boleh baca, Al-quran sehari sehelai takkan laaa tak boleh...ye dak???

Renung-renungkan! :)

25 November 2012

Adik-adik Datang Melawat..

Semalam,'adik-adiklainmak' Ina datang umah. Hantar motor untuk Epul baiki.
Masa nak balik, Fizi cakap...
'Kak Ina, kalau tengok WQY ni, orang mesti ingat kereta lelaki sebab ade but,ves&topi tu...'
'Ye ke?'

Belum sempat jawab panjang, Abah mencelah...
'Macam tak kena je kan Ji...kereta kancil dengan semua barang-barang tu??'


Adoi!! Ye Abah...Ina tak ada kemampuan beli kereta besar lagi...
Tak pasal-pasal Ina kena...huh!!
Sabar...insyaAllah...tak lama lagi...

23 November 2012

Terima Kasih Sahabat!!!

Hohoho...lama tak jenguk blog.

Tapi, Ina perasan ada orang 'STALK'/membaca blog Ina akhir-akhir ni...hehe

Terima kasih wahai sahabat. Sudi luangkan masa melawat blog yang tak seberapa ni. Tak ada yang menarik tentang Ina Awie ni haaa...

Walaupun tanpa sebarang komen, korang sudi baca entry yang ada...yang lama-lama pun!
Cepat je counter tu naik sejak 1-2 bulan ni. Ntah kenapa...huhu




Kalau sudi berkenalan, lebih baik. Boleh tambah kenalan alam cyber :)

17 November 2012

Belajar Dari Kehidupan: Bersabar Ada Hasilnya :)

Dulu...

Ramai orang cakap Ina hot temper. Salah sikit, ngamuk. Marah je memanjang. Banyak benda tak kena.


Sekarang!

Bila Ina cuba bersabar & bertahan dengan setiap masalah, Ina mampu tersenyum lepas tu. Ajaib kan? Cuba ambil ringan je masalah tu. Kalau masalah dengan kawan, Ina try fikir positif; mungkin cara dia memang macam tu..Ina kena terima. Tegur cara berhemah. Memang menjadi! Lepas Ina tegur perangai kawan tu dengan baik, dia berubah & tak ada masalah nak bermasam-masam muka.

Bila dengan situasi lain, Ina try fikirkan positif jugak. Semua masalah jadi simple. Tak stress. Tak masam muka. Tak sakit hati.

PENGAJARAN: Cuba bersabar, bertahan dengan segala masalah tanpa rasa marah. InsyaAllah..Tuhan bantu kita :)

11 November 2012

Kalau Stress...

Zaman kanak-kanak; Ina cuma stress belajar. Bila tak paham, rasa nak marah cikgu. Dalam hati cakap 'Nape cikgu ajar laju-laju?Huh! malas nak pahamkan...'

Zaman remaja; stress lebih lagi. Rasa nak marah orang sekeliling. Nak jerit sekuat hati. Nak nangis puas-puas. Tapi, still rasa tak cukup tenang kan?

Sekarang; bila stress, try cari jalan penyelesaian. Kalau tak jumpa, berhenti fikir semua masalah. Solat, ngaji. Mintak bantuan Allah. Kemudian, baru start fikir semula. 


**Makin matang, kita akan nampak jalan sepatutnya. Cuba mengadu pada-Nya. InsyaAllah, segala masalah ada penyelesaiannya. Jangan terburu-buru nak lepas geram. Berkat kesabaran, doa & usaha, semuanya akan jadi lebih baik. Terima kasih ya Allah! Syukur atas segala pemberianMu...

07 November 2012

Aduuuhhh...Cukuplah Jadi Hipokrit!

Huhuhu...cannot stand la!
Penat hidup dengan orang yang berpura-pura.
Best ke berpura-pura camtu? 
Bagi Ina, lebih baik jadi diri sendiri. Biar la nampak bodoh & dungu sekali pun..tak susahkan orang lain, tak perlu bermuka-muka. Ina bukan marah ye. Just terfikir, 'ada jugak orang yang nak nampak GEMPAQ walaupun tak GEMPAQ. Lebih menampakkan kebodohan diri...'

Nak ke korang hidup dengan pasangan yang masa couple, nampak sempurna sangat. Tapi bila dah kawin, dia bukan seperti yang korang kenal? Bahagia pun tak kekal kalau korang macam tu. Just be yourself & let people judge you on what they saw. So that, your partner will choose you because they can accept who you are...rite??

Kalau ada yang terasa, sedar-sedar la diri ye. Kengkawan akan rasa menyampah sangat kat korang kalau korang terus macam tu..huhuhu...

Renung-renungkan!!! :)


03 November 2012

Yang Solat..Cukuplah...

Ciri-ciri lelaki idaman?

Perlu ke buat list panjang-panjang?? Tak akan dapat semua yang kita nak tu pada seorang lelaki. Betul!
Setiap manusia ada kekurangan masing-masing. Bergantung pada kita untuk terima segala kekurangan pasangan tu atau pun tak.

Pada Ina, cukuplah lelaki yang menjaga solatnya. Kenapa???
Bila dia boleh jaga solat, maknanya dia orang yang menepati janji, bertanggungjawab dan berdisiplin.
Sesusah mana pun, dia akan cuba selesaikan solat. Macam tu jugak harian dia.
Bila dia solat, dia faham makna agama & apa yang agama tuntut. Dia akan dapat ketenangan dengan solat (dalam keadaan serabut, dia akan cari Allah. Bukannya mengamuk tak tentu pasal).

Bukan sebab asal keturunan dia dari sesebuah negeri atau keturunan bangsawan/berpangkat tinggi.
Ina cukup tak setuju dengan pandangan yang melibatkan negeri...
"Kalau orang Perak, perangai dia macam ni...."
"Kalau orang Selangor, perangai dia macam tu..."

Tak suka!!! ...dan tak betul.
So, carilah IMAM kamu!!!

29 October 2012

Ermmm...CUMA AKU!!!

Suka tak semestinya Sayang,
Sayang tak semestinya Cinta
..dan Cinta takkan wujud...
SELAGI TAK TERLUAH & TAK TERBUKTI! :)

Jom layan video comel ni....


25 October 2012

Hapacrita: Borak Panjang!!

Sempat borak dengan blogger Hapacrita, si Jamil yang kuat perasan tu tadi.

Ya ampun! Gelabah sungguh dia bila Ina cakap pasal dia, macam dah kenal lama..hehehe
Jamil, jangan takut naa..Ina Awie tak kenal hang pun :)

Syok borak macam kawan lama! Hati-hati drive ye, Selamat Hari Raya Qurban! Jaga Kak Lily elok-elok... 

22 October 2012

Nak Holiday!!!!

Huhu..kepala serabut. Rasa nak marah orang. Moody saja hari ni. Tak sabar nak cuti agaknya.

Rasa nak camping, cycling, picnic, flying fox, jungle tracking... Semua aktiviti luar nak buat...

Rindunya zaman BELAJAR!!!! Ina nak holiday.............. :(

20 October 2012

Left-handers: Baca Ni!!!

Susah jugak hidup dalam dunia majoriti right-handers kan? Ina ada masalah kalau guna pisau potong buah & pembuka tin. Pegang terbalik...untuk sesuaikan dengan arahnya. Tangan pun payah nak pegang.

Korang tau tak kat UK ada kelab left-handers untuk kita? Banyak benda-benda untuk left-handers yang dijual. Tips & pendapat, poster... Jom join group ni... Ambil benefits-nya saja.. Tak payah ambil kisah kalau yang dorang sampaikan melibatkan agama & bangsa. Yang penting, ambil kelebihannya.... :)

Sekarang dorang tengah promote left-handers calendar 2013. Macam comel je sebab tarikh & bulannya start dari kanan ke kiri...macam tulisan jawi dah rasanya. Ni link-nya.


17 October 2012

Lelaki: Tak Berani Meluahkan....

Huhuhu...come on la...Ni zaman cyber guys!

Okay...Ina just nak inform guys supaya KALAU KORANG SUKA SESEORANG, JUST BERSUARA...LUAHKAN ISI HATI....

Kalau perempuan, memang la agak pemalu. Nak cakap pun takut dipanggil perempuan tak tau malu. Ina agak malas nak layan lelaki yang bagi hint yang dorang suka kita tanpa meluahkan rasa hati. Ina anggap segala hint tu just mainan dorang. Ina akan fikir ini la perangai dorang bila jumpa perempuan. So, Ina tak akan pernah ambil serius.

Kalau korang sukakan seseorang, cakap je la... Mana tau orang yang di sana pun sebenarnya tunggu confession dari korang...kan??? Jangan takut meluahkan sebab korang 'gentleman'. Kalau pun perempuan tu tak suka korang, at least korang dah tau & ready to move to other people yang lebih berminat. Betul tak?

Ina pernah bagitau sorang kawan lelaki & dia berjaya dapatkan perempuan tu. Sebenarnya, Ina dah tau perasaan perempuan tu sebelum yang lelakinya mengaku :) Bijak kan? Hehe... 

Perempuan kurang berminat dengan lelaki yang hold the relationship without speak! Perempuan akan cari lelaki yang lebih meminati dia...

16 October 2012

Jodoh....errmmmm...

Alahai...tinggal 2 bulan lagi umur nak bertambah! Jodoh masih belum sampai...
Hati dah mula risau tapi tetap berdoa & berserah pada Yang Esa...sebab Ina yakin kuasa Allah.

Even bercinta 10 tahun pun, kalau Tuhan tak izinkan, tak kawin-kawin jugak...ye tak???
Kalau sampai jodohnya, 2-3 bulan kenal pun kita dah decide nak kawin. Semua tu rahsia Allah.

Perasaan risau & runsing tu bukan sebab teringin sangat-sangat nak tamatkan zaman bujang. Tapi sebab environment yang menekan. Sekeliling kita semua orang dah berkawin. Semua orang mula bertanya 'awak bila lagi???'. Nak je jawab 'tahun depan...'. Mesti ada yang tanya lebih lagi.. 'Siapa calon?Orang mana? Nak tengok...'

Hohoho...kengkawan, jawapan Ina buat masa ni tetap sama. Belum ada pengganti, sedang DICARI & masih mencari.... Doa-doakan Ina jumpa lelaki yang baik & tak tinggal solat. Tu je.

Siapa-siapa yang 'ter'berkenan, bolah la hantar testimonial korang..hahaha...
Abah yang bagi approval ye :)




13 October 2012

Biar Seteruk Mana Pun Ibu Ayah Kita.....

Dalam kehidupan, banyak kisah sedih, duka & dendam yang Ina dengar dari kawan-kawan yang membesar tanpa kasih sayang ibu & ayah. Dari kisah-kisah & pengalaman, Ina berfikir panjang untuk semua jawapannya....

Setiap ibu bersusah payah mengandungkan kita. Dorang terpaksa lalui morning sickness yang teruk, sampai kurus pun ada. Tak lalu makan... Bawak perut yang sarat dengan kita selama 9 bulan..letih dorang... Melahirkan kita dengan penuh seksanya...
Kalau sebab dorang abaikan kita lepas kita lahir, patut ke kita balas dengan dendam & benci??? Jasa dorang lahirkan kita & 'kekalkan' kita kat dunia ni tak kan pernah mampu kita balas!

Ayah orang yang memberi benih untuk kita wujud di muka bumi. Mungkin dorang tak ada apa-apa kepentingan pada kita. Tapi, cuba bayangkan kalau waktu kita kecik, dia cuba bunuh kita...mampu ke kita kekal di dunia sampai hari ni? Apa pun cara yang dorang buat pada kita, dorang tetap ayah kita. Kat hujung/awal nama kita tetap ada nama dorang....

Untuk Mak yang sentiasa berusaha membesarkan kami 8 beradik, terima kasih yang tak terhingga... Jasa Mak tak kan mampu Ina balas. Ampunkan salah silap Ina selama bergelar anakmu....

Abah, terima kasih sebab berusaha mencari rezeki untuk kami walau terpaksa menagih simpati... Silap & salah Ina harap dimaafkan... 

Ina sayang Mak & Abah selagi nyawa dikandung badan!!! :)

05 October 2012

'Anak-anak' Punya Pasal....

Petang Semalam
Nak balik umah, terfikir-fikir nak beli apa sebab kesiankan anak-anak buah. Mesti dorang tunggu Cik Ina beli something... Lastly, singgah kedai cari keropok.

Malam Semalam
Kena gosok baju siap-siap, tidur awal. Nanti nak gerak pagi-pagi gi Putrajaya. Lepas menggosok baju, terus tidur.

Pagi-pagi Buta Hari Ni
(Pukul 4 pagi) Bunyi riuh je kat bawah. Mesti Kak Ana 1 keluarga dah sampai. Biar la, tak puas tidur....
..
...
....
Tetiba, dengar suara nyaring budak-budak bercakap. Allah, rindu pulak kat dorang. Bangun la kejap tengok dorang....huhuhuhu


Hasilnya: Ina sangat mengantuk dalam meeting sebab tak sempat sambung tidur balik lepas pukul 4 pagi td. 'Anak-anak' Punya Pasal...haish!!!

03 October 2012

Last Day of September:Awsome!!!

Last minute plan, hampir-hampir Ina terlepas peluang enjoy sakan ni...

Kengkawan masa PNB training program dulu ajak ber'reunion' kat PD - Teluk Kemang. Disebabkan dah lama tak jumpa ex-housemate, Ina pun join la dorang...

Kononnya, nak sampai awal..main2 pantai dulu. Alih-alih, kami sampai masa matahari dah terpacak atas kepala. Nak cari parking pun payah. Orang terlalu ramai! Mujur dapat 1 khemah untuk kami berkelah & berBBQ.

Ayam yang dimasak abis hitam sebab angin pantai kuat sangat. Tapi, sedap! Hehe..terima kasih pada yang berusaha memasak... Nak mandi pun terasa sangat malas. Almaklum la...Puteri Lilin, takut sunburn :p

Bila dah menghala ke petang sikit, kengkawan sibuk nak main banana boat. Ina tak minat benda alah tu. So, dok tepi, jaga beg dorang. Lepas dorang balik, baru la Ina kuar dr khemah tu, bermandi-manda. Ejan, ex-housemate & ex-roomate Ina, berusaha nak pujuk Ina main pelampung besar yang 3 orang muatan tu, bot akan tarik macam banana boat jugak. Tapi, ni lebih extreme! Terpaksa la Ina join untuk cukupkan orang. Punya kuat berpegang sampai sakit tangan 3-4 hari..huhuhuhu...

Ohh..lupa. Ada sorang trainer kami yang join program ni dengan PA nya (kena bawak PA ke mana saja atas sebab masalah kesihatan). Doc (trainer) sangat kuat semangat. Sempat jugak Ina temuduga PA dia untuk tau perkembangan (terkesan dengan semangat dia...)

Walaupun Doc sakit, dia tetap senyum & enjoy. Siap ajak kami berkaraoke dekat 3 jam! Ada bunyi alarm lagi untuk Doc makan ubat on time...bagus sangat Doc ni.... :)

Anyway, thanx to Doc sebab meneman perjalanan balik Ina (sebab dia risau anak dara balik lewat malam). Kesimpulannya, this trip sangat AWSOME! Menghabiskan weekend dengan keseronokan... ;p

29 September 2012

C.I.N.T.A : Perlu Ke Menagih & Mencari??

Ni entry khas untuk wanita..mungkin. Sekarang ni, ramai orang sekeliling Ina bercakap/bercerita & mengadu pasal cinta & jodoh dorang. Apa, dorang tak sedar ke kami senasib? Hahaha...

Pada Ina, perasaan nak bercinta lagi, nak dapat jodoh cepat...tu semuanya normal untuk kita yang dah sampai umur 'MATANG'. Maksud matang tu ialah kita dah ready dari segi kewangan, mental & tak lagi menyambung pelajaran ye. Kita patut lebihkan DOA, bukan merungut & mengadu nasib. Ina selalu fikir yang Allah dah sediakan seseorang untuk kita. Mungkin kat dunia & mungkin kat akhirat nanti. So, redha dengan ketentuan-Nya, banyakkan doa & serah pada takdir.

Kalau pun kita ni bercinta, sayang bagai nak gila...tapi Tuhan tak izinkan kita dengan orang tu, hubungan kita akan putus walaupun sangat dijaga. Betul tak? Ada kawan Ina yang sanggup seksa diri sendiri...badan kurus kering sebab tak lalu makan, menagih cinta si pasangan macam seseorang yang desperate mencari cinta. Maaf kalau ada yang terasa. Tapi itulah yang Ina rasa kalau masih menagih cinta BF lama. Biarkan yang berlalu jadi kenangan & pengajaran.

Sakit putus cinta tu mestilah akan terasa.  Kita kena teruskan hidup. Jangan seksa diri & kesihatan kita untuk orang yang dah tak amik tau pasal kita lagi. Dalam agama Islam, kita tak boleh melebihkan rasa cinta kita pada seseorang lebih daripada cinta kita pada Allah & agama. Yang sedang putus cinta, teruskanlah hidup korang dengan senyuman kebahagiaan. Insya-Allah, Tuhan utuskan seseorang yang lebih baik untuk kita nanti... :)

12 September 2012

12 September!

Huhu..bangun pagi-pagi, terus teringat DIA. Bila diimbas-imbas semula......






...patut pun, hari ni genap umurnya 26 tahun. 

Happy Birthday wahai SI DIA! dah lama tak jumpa tapi ingatan tetap ada.... :)

- my first love story-


P/S: Apa petandanya ye? Tetiba pulak ingatan tu datang kembali....akan ada pengganti ke?hehe

11 September 2012

Giveaway dari EZ!

Semalam Ina dah merabakkan mata join kawan tengok pratonton Halim Munan. Kawan tu menang contest poster Halim Munan...tempat pertama!

So, why not Ina pulak try kan? Jom kengkawan bloggers...join this "Curi-Curi Suka" Giveaway
EZ, count me in! hehe...

06 September 2012

Kisah Rumahtangga

Akhir-akhir ni, banyak kisah masalah rumahtangga yang singgah kat telinga Ina. Kadang-kadang Ina terfikir, siapa yang harus dipersalahkan? Ada tak jalan penyelesaian terbaik untuk mereka? 

Kisah-kisah ngeri macam ni buat kami (orang-orang bujang) takut & trauma untuk hadapi keadaan berumahtangga. Kita selalu fikir untuk tak ulang semula segala kesilapan orang terdahulu. Tapi, kita cuma insan biasa. Emosi, terlupa tanggungjawab kita & cara terbaik elak masalah.

Nasihat Ina pada mereka yang dah berumahtangga, bertolak ansur la. Ingat semula segala kehangatan cinta korang. Jaga hati & perasaan si dia macam masa bercinta dulu. Macam mana korang berusaha kumpul duit kawin, korang usahakan jugak macam mana nak hidup aman bahagia. Yang lelaki kadang-kadang lupa yang mereka ketua keluarga; abaikan segala tanggungjawab. Yang perempuan, ada yang ambil kesempatan dengan segala duit suami, meninggikan suara sampai suami pun tak tahan. Kalau dipukul, kita jugak yang lebam...kan? So, beringat-ingat la. Suami isteri kena sentiasa MELENGKAPI. Kalau perlu, berbincang la....

**macam-macam cerita ngeri dah didengar ni....apa nak buat???

"Ya Allah, berikan aku jodoh yang baik, penyayang & sentiasa menegur kesalahanku dengan baik. Amin."

28 August 2012

10 Perkara Jangan Tayang di FB!

Tak semua benda kita harus cerita di FB. Bagi Ina, ni 10 perkara yang patut di rahsiakan...

  1. Hal rumahtangga, loving couple & cintan-cintun : orang menyampah nak baca ayat-ayat jiwang korang. Guna la SMS, Whatsapp, YM @ yang seangkatan dengannya untuk nyatakan rasa CINTA korang tu. Untuk yang dah kawin, tak elok cerita hal rumahtangga di khalayak ramai. Jaga la aib keluarga.
  2. Tarikh lahir (full) : takut ada yang guna untuk password bank, mudah pencuri nak cari password.
  3. Alamat rumah : memudahkan orang jahat kat luar sana mengesan kita.
  4. Lokasi kita berada : kalau kawan saja yang baca, tak apa jugak. Tapi kalau orang nak buat jahat, kita memudahkan cara untuk dia mengesan kita.
  5. Nombor telefon : habis segala jenis manusia akan cari kita. Apatah lagi kalau orang yang tayang nombor tu orang yang cantik. Bukan apa, takut diganggu lelaki gila seks!
  6. Setiap emosi kita : tak perlu update setiap saat ye! Orang tengok menyampah. Lagi mudah pulak orang nak tau perangai sebenar kita. Behave la sikit. Laman sosial bukan setakat kawan-kawan yang ada. Di negara barat, laman sosial jadi tempat rujukan untuk majikan kaji siapa kita (sebelum terima bekerja).
  7. Gambar kurang sopan : mat gian & orang gila seks suka tengok gambar-gambar perempuan yang mengghairahkan. Pada kita, mungkin biasa saja. Tapi macam mana pulak pandangan mata lelaki???
  8. Nombor akaun bank : macam-macam cara pencuri guna untuk dapatkan duit. Dorang leh dapatkan duit korang dengan nombor akaun tu je. So, tak perlu la tayang gambar yang tertera nombor akaun tu...
  9. Nombor Kad Pengenalan : sama macam tarikh lahir, penjahat boleh pergunakan.
  10. Nama ibu : kebanyakan password memerlukan nama ibu. Orang luar boleh hack laman-laman yang mereka mahu dengan nama ibu korang. 

27 August 2012

Peluang Atau Perkara Menyusahkan Diri?

Beberapa bulan yang lepas, Alan inform yang dia perlu duit untuk baharu visa & pasport. Ina dah sampaikan information tu pada Abah....

Tapi mungkin faktor usianya, Abah langsung lupa tentang semua tu. Sampai la Alan mengepos status FB dia 'terpaksa jadi pendatang tanpa izin'... Lepas ditanya, baru la Abah ingat tentang visa & pasport Alan yang dah tamat tempoh tu.

Daripada sempat untuk perbaharu semuanya, Alan sekarang terpaksa buat pasport sementara untuk balik Malaysia. Kemudian, buat pasport & visa di sini. Balik semula ke Mesir untuk sambung pengajian. Belanja yang diperlukan lebih banyak, tapi dia berpeluang melihat wajah-wajah keluarga yang dah lama tak jumpa. Peluang atau perkara yang menyusahkan diri sendiri??? 

Moral of the story: Pentingkan apa yang paling penting daripada yang terpenting. Renung-renungkan! :) 

25 August 2012

Dialog Kanak-kanak

Dengar anak sepupu bercakap...

'Papa, Apan suka la rumah ni...'

'Papa tak suka la. Tak ada orang. Rimas.'

'Apan suka sangat-sangat. Apan boleh lari-lari, main pasir...hehehe'

Gamaknyeee dia suka sangat! Dapat main pasir katanya. Rumah bandar tak jumpa pasir dah ke Apan?hikhik..cian Apan ye...

24 August 2012

Memperkenalkan....

This is my BIG family...Keluarga Zawawi bin Ismail.

Ni keluarga Kak Long a.k.a Azna / Kak Ana
 
 Ni keluarga Azran a.k.a Awey

 Ni pulak keluarga Azwani a.k.a Lily

Jangan bagi ayat-ayat ni pada Ina ye....
  • Besarnya keluarga...
  • Kenapa muka semua tak serupa?
  • Kenapa nama panggilan tak ada kena mengena dengan nama sebenar?
  • Mana keluarga 1 lagi?
  • Ina bila lagi?
Huhu...jawapan untuk semua soalan ni TUHAN SAJA YANG TAU...

Ina happy ada keluarga ni even sentiasa dilanda masalah, tak sesempurna keluarga lain...ini tetap keluarga kesayangan Ina! Oh...waktu ni my brother, Azran, tengah menunggu kelahiran anak ke-3 (baru beberapa bulan dalam kandungan) :)


22 August 2012

Raya 2012

Meriah jugak raya tahun ni. Ramai yang balik kampung walaupun ada sanak-saudara yang terpaksa raya kat laut, Mesir & Beijing. 

Rumah Mok Jenab yang sunyi tak berpenghuni tiba-tiba jadi kecoh dengan suara anak, cucu & cicit. Gembira tengok keluarga besar kami makin membesar :) Keluarga yang ada kat kampung pun sempat melawat rumah tu yang tak ada sangat pun makanan untuk dijamu.

Rumah Tok Ayoh pun ramai. Pemandu-pemandu lori dapat cuti. Cikgu-cikgu sekolah pun ada. Cuma penjaga Pondok Hidayah je tak sempat jumpa. Bz sangat kot...

Traffic jam sangat teruk kat Kelantan. Negeri miskin pun masih sesak dengan kereta kan??hehe.. 2 hari dok mengadap sedara mara yang dah lama sangat tak jumpa. 

Hari ke-3 terus kena gerak balik Rawang. Sekarang ni elok dok menaip dalam ofis sorang diri. Semua orang tak puas bercuti lagi gamaknya...(termasuk la Ina). Anyway, SELAMAT HARI RAYA!!!! :)

13 August 2012

Lefthanded Day??

Ada sorang kenalan bagitau..hari ni (13 Ogos) adalah Hari Lefthanded!
Gembira sebab kami unik!hehe.. Ramai kawan-kawan cakap orang lefthanded ni pelik,cacat. Tapi, dorang tak tau yang lefthanded adalah genius! ;p

Susah tau orang lefthanded nak memahamkan kerja orang right-handed & ubah ikut cara lefthanded. Contohnya menganyam tikar. Cuba suruh org right-handed tulis, pegang barang @ buat kerja dengan tangan kiri. Sure kekok! Tapi, orang lefthanded masih mampu buat sebahagian kerja dengan tangan kanan. Yang best, kami boleh makan nasi dengan menggunakan tangan sambil menaip keyboard komputer :)

Pernah 1 masa dulu, Ina dengar ada 1 kedai yang dipenuhi dengan barang-barang untuk lefthanded. Contohnya, gunting lefthanded & jam dinding yang nombornya start dari kiri ke kanan. Unik!

So, HAPPY LEFTHANDED DAY untuk semua orang-orang unik & genius! Hehehe....

06 August 2012

"Cik Ina ada berapa KAMPUNG?"

Waktu berbual dengan anak buah, dorang bagitau yang dorang nak balik kampung dengan penuh gembira...
Ina kacau dorang...
'Eleh..Cik Ina pun ada kampung jugak la...banyak lagi!'
'Cik Ina ada berapa kampung?'
'Cik Ina ada 5 kampung!' ,spontan je jawab..hehe

Meh kita kira berapa sebenarnya kampung Ina....
  1. Tempat tinggal sejak kecil - Rawang
  2. Kampung sebelah Abah - Machang
  3. Kampung sebelah Mak - Rantau Panjang
  4. Keluarga angkat di Johor - Mersing
  5. Kampung bakal suami...hahaha...siapa la tu!
OK. Betul la ada 5...kan??? hikhikhik ;p

28 July 2012

Dugaan Sungguh!

Pernah tak rasa serba salah dalam memilih/buat keputusan?

Huhu...kalau minta pendapat Mak Abah, macam Ina tetap kena fikirkan sendiri. Bila dah tetapkan hati, datang pulak pilihan lebih baik. Tapi mesti ada pro & cons nye... Banyak kali berada dalam keadaan macam ni. Mungkin ini dugaan dari Allah...

Ya Allah, permudahkan jalan hidupku & permudahkan segala urusanku...amin!

**Moga ini keputusan terbaik untuk Ina.

21 July 2012

Perut Gastrik!!!

Huhu.. 2 tahun kebelakangan ni, sakitnya makin teruk. Mujur tak berguling-guling lagi...

Nurses & doctors, can U help me? Ada cara tak untuk elakkan sakit perut time buka puasa? Perut kosong memang sakit nak masuk makanan..terpaksa cari air panas dulu; makan dengan slow motion & tak boleh makan lebih...bantu saya!!!!

20 July 2012

True Friend

Pernah ada sorang kawan yang dalam kategori ni?

Ina nak cerita pasal sorang kawan ni (dia tau siapa dia, tak perlu bagitau nama). Kes kami diklasifikasikan sebagai PLATONIK..NO HEART FEELING! Of course dia seorang lelaki tapi dia cukup JUJUR memberi nasihat & teguran.

Sepanjang kenal dia, Ina boleh kongsi banyak benda dengan dia. Gaduh memang la pernah kan... Tapi, kami masing-masing ada cara nak selesaikan iaitu beralah.

Apa yang baik sangat???

Bermula dengan setakat kawan 1 pasukan. Ina tolong dia bila dia minta bagi idea. Jadi rapat, jumpa untuk discussion saja. Bila dah start berhubung dengan HP, kami kongsi cerita keluarga, kawan-kawan & kekasih. Sampaikan adik angkat dia pun Ina yang jaga (adik angkat perempuan). Mak ayah dia pun Ina rasa macam mak ayah sendiri (sebab selalu dengar cerita tentang mereka dari dia) walaupun tak pernah kenal. 

Kalau Ina ke kelas dengan baju kurung, Ina selalu bersila atas kerusi. Dia akan tegur cara Ina dengan berhemah & Ina sedaya upaya try ubah cara tu (dah jadi kebiasaan).  Bila Ina atau dia sakit, masing-masing akan ambil tahu. Try cari cara nak kurangkan sakit & tolong mana yang mampu. Bila dia cakap dia suka someone, Ina bagi nasihat supaya senang tackle awek tu. Akrabnya kami tak dapat orang sekeliling kesan. Cuma kami yang tau. Sampai pernah ada orang mengutuk dia depan Ina! 

Sambung belajar kat tempat lain-lain, kami jarang contact dah. Tup-tup dia dah berpunya. Yang bestnya, setiap kali dia cuba sorok, Ina akan tau. Then, Ina boleh pulak jadi kawan awek dia tu. Sekarang, dorang dah pun kawen & ada anak. Alhamdulillah...Syukur! Bahagia untuk dia... Bini dia tau semua pasal Ina & tak wujud rasa JELES kot sebab kami masing-masing tau kedudukan. Sejak dorang kawen, Ina tak ganggu sebab risau jugak hati si isteri terdetik yang bukan-bukan.


Ina nasihatkan...kalau berkawan dengan orang yang ada pasangan (BF/GF, suami/isteri, tunang), MAKE SURE PASANGANNYA TAU SIAPA KITA & KALAU PERLU, DATANG JUMPA PASANGANNYA TERUS. Boleh la kita elakkan rasa curiga mereka tu...insyaAllah...

**sangat berterima kasih & bersyukur sebab selalu dikelilingi kawan-kawan yang baik :)

18 July 2012

Pengalaman Berjalan Jauh II

Kalau orang Kelantan, mesti tau ada banyak jalan alternatif ke sana kan? Dari rumah, kami akan rasa lebih dekat ikut Genting Highland & Fraser Hill. Kawasan hutannya segar & cantik. Tapi, jalannya penuh cabaran!

Tiap kali lalu Genting, kereta kena dalam GOOD CONDITION, terutamanya brek. Kami selalu balik dengan kereta Kelisa Abah je. So, banyak jugak masalah kalau ikut Genting. Antaranya, kereta berasap & kami muntah! Huhu...orang pun mesti GOOD CONDITION ye... Satu masa tu, kami berhenti dekat dengan pondok pengawal kt Genting tu. Cari air untuk siram bahagian tayar. Dah sejuk, baru boleh teruskan perjalanan. Tu pun kena TUKAR DISC BREAK (betul ke ejaan ni). Sampai ke bawah bukit tu, terus cari kedai untuk baiki kereta.

Kalau ikut Fraser Hill, sure la anak-anak kecil akan muntah. Beg plastik memang dah ready je. Ina suka tidur kalau naik sana. Setakat minyak angin, memang tak boleh hilangkan mual tu. 36 cerun nak naik, 36 cerun nak turun. Memang berpusing-pusing! Tapi, syok bila dapat berhenti tepi jalan, basuh muka dengan air bukit yang sejuk macam nak beku tu. Segarnya rasa....

Jalan-jalan ni kami akan lalu bila rasa kereta kami larat untuk lalu... Kalau tak, better guna Karak Highway. Kurang sikit pendakian. PENGALAMAN ITU MENYERONOKKAN! ;)

10 July 2012

Pengalaman Berjalan Jauh I

Banyak pengalaman susah payah berjalan jauh (balik kampung terutamanya). So, Ina nak kongsikan ceritanya kat sini....

Ada 1 tahun tu, kami balik beraya di Kelantan. Perjalanan pergi semuanya ok. Perjalanan balik je payah sikit.

Kami bergerak lebih kurang pukul 12 tengahari (agak-agak je, tak ingat). Berkonvoi 2 buah kereta sebab keluarga besar. Sampai di Merapoh (area Kuala Lipis), kami pun berhenti di rumah tok sedara kami. Tok sedara bagitau jalan kat luar dah mula 'jem' teruk. Malam sebelum tu ada kemalangan. 2 buah bas accident kat jalan yang bakal kami lalu. Tapi, sampai waktu tu jalan masih sesak. 

Kami mulakan perjalanan semula pukul 3 lebih. Kalau kebiasaan, dalam sejam kami dah boleh keluar dari kawasan hutan tu (dikenali sebagai BUKIT TUJUH). Tapi kali ni, pukul 6.30 petang kami masih kat dalam kawasan hutan.Kiri kanan jalan penuh dengan kenderaan dari arah sama (dah macam jalan sehala). 'Jem' sebab nak betulkan semula laluan tu. 

Sampai kat 1 bukit, tiba-tiba Aeroback Abah buat hal. Klac habis kata Kak Ana. Ditekan pun tak berfungsi lagi. Terpaksa tolak kereta ke tepi. Kakak & Abang Ina semuanya kena mula bekerja esok paginya. Walau apa pun jadi, dorang still kena balik hari tu. Ina, Adik & Mak terpaksa la ditinggalkan semula kat rumah tok sedara tadi. Penyelesaiannya....

Kami tinggal Abang & Kakak dalam hutan tu. Ina, Adik, Mak & Kak Lily patah balik ke rumah tok sedara. Kak Lily cuma tinggalkan kami kat kedai makan sepupu Mak (dekat kampung yang sama). Kami bertiga terpaksa tidur kat surau belakang kedai semalaman sementara tunggu sepupu Mak tu habis berniaga. 

Sementara tu, Abang & Kakak habis dihurung nyamuk dalam kereta Aeroback tu (tengah hutan). Kak Lily patah balik ke sana, ambil dorang & balik rumah. Katanya dorang sampai rumah pukul 5 pagi keesokan harinya. Terus bersiap-siap untuk pergi kerja.

Kami pulak, dah telefon Abah, tunggu Abah datang ambil kami. Kereta dibaiki oleh orang kampung tu jugak...

Jauh berjalan, banyak pengalaman!!! :)

 

28 June 2012

Tanggungjawab: Di Rumah VS Di Tempat Kerja


Huhu..saja nak tulis pasal tajuk ni. Terfikir jugak....

Zaman sekolah dulu, cikgu Ina selalu sebut 'Pentingkan yang lebih penting daripada yang terpenting'. Paham maksudnya???
Ringkasnya, utamakan perkara yang lebih penting. Mesti korang pelik, apa kaitannya dengan tajuk kat atas tu...kan?

Ina nak bagi contoh mengenai seorang isteri yang bekerja. Perkara yang sentiasa kita (seorang isteri, Muslim) kena utamakan adalah suami & keluarga. Tapi, bila bekerja, kita akan ada tanggungjawab di pejabat jugak. Kebanyakan wanita kata mereka letih bekerja, tak sempat nak uruskan rumahtangga. 

Perkara macam ni kena mereka fikirkan sebelum mula bekerja atau sebelum berkahwin. Tanggungjawab sebagai isteri & ibu seharusnya dipikul, tak mampu dielakkan bagi wanita yang dah kahwin. Tapi, kita boleh fikirkan untuk terus bekerja atau tidak. Bila bekerja, alasan 'dah berumahtangga' tak boleh la kita guna untuk elakkan segala tanggungjawab yang diberi. Kenapa bekerja kalau tak mampu menerima beban kerja?

Kalau sampai anak-anak terbiar, rumahtangga porak-peranda; baiklah kita berhenti kerja atau mencari kerja yang lebih sesuai....betul tak?
Apa guna duit banyak, kalau masa depan anak-anak tak terjamin & terurus???
Fikir-fikirkan la wahai semua...

***macam tu jugak dengan kaum Adam ye!

24 June 2012

Bila Dikelilingi Orang Bukan Islam....

Huhu..keimanan teruji. Kadang-kadang, agama kita pulak dipersoalkan. Siap direndah-rendahkan. Ditanya soal puasa, solat dan macam-macam lagi. Ina terpaksa menjawab dengan penuh berhati-hati. Risau tersalah fahamannya & Ina pulak yang terputar belit dengan semua jawapan Ina.

Tak apa, kita kena terus tunjukkan yang Islam itu indah, terus menghormati agama mereka dan kuatkan iman untuk terus perjuangkan Islam...

Ya Allah, kuatkan imanku. Bukakan hati mereka untuk menerima dan mencari kebenaran agama Islam yang indah ini. 


19 June 2012

Ayat-ayat Dari Otak Kecilku :p

Aku impikan seorang suami
Yang mampu membimbing diri
Menjadi isteri baik pekerti
Menjadi ibu sentiasa dikasihi

Aku ingin menjadi suri
Di dalam hidup seorang suami
Peneman di kala sepi
Penenang gelisah di hati


**Tiba-tiba je nak menulis ayat-ayat ni :)

P/S: Terfikir kenapa lelaki mencari sempurna pada seorang perempuan bila mereka sendiri tidak begitu..huhu
  

13 June 2012

Kerja...Makin KEMBANG!haha

Syukur dengan apa yang ada sekarang. Harap bertahan lama. Yang peliknya, makin kuat bekerja, makin mengembang. Risau sungguh... Apa nak buat ni? Perut pulak makin sensitif, tak makan je teruk memulas-mulas (sebab gastrik ye).

Puan Dyeha suruh Ina try 'clean diet';makan tanpa minyak, kurang garam dan gula. Mampu ke? Bersemangat Ina!...demi kesihatan yang lebih baik! :) Jom kawan-kawan, kita cuba cara ni 

05 June 2012

Lama Tak jumpa!


Lama tak jumpa kazen-kazen Ina yang sebaya. Bila jumpa,masing-masing dah bertukar status: Single-->Married!

Congrates both of them; Yani & Mie, Amira (Nong) & Pejal (Jejai).
Akhirnya dapat jugak borak-borak, tukar-tukar cerita terbaru masing-masing. Walaupun penat, hati terasa gembira.



Cik Nong, tak payah nak tunggu Yani ye...proceed with next level ok!Lagi satu, jangan terasa hati...bukan sengaja tak mau datang your wedding ye...

Yani pun kena la cepat-cepat follow the others...

Jangan lupa, doakan Ina ikut jejak korang pulak...amin!

24 May 2012

Rawatan Resdung Ghurah

Sebelum ni, macam-macam cara Ina usahakan. Tapi, kurang berhasil. Dari perubatan tradisional sampai la doktor pakar kulit. Kalau ada yang OK pun, ubat-ubatannya susah nak dapat. Dari sekecil-kecil pil sampai ke corong asap, serbuk-serbuk kayu & petua-petua...semuanya kurang berjaya. Mungkin sebab Ina dah lama terkena penyakit ni. Seingat Ina dah 16 tahun...lama kan?

Ina tau teruknya resdung Ina. Ina pernah give up jugak la. Menangis pun pernah. Tapi, kita kembali kepada Yang Esa. Doa & harapan. Terus mencari jalan....


Baru-baru ni, Ina meng'google' cari tempat untuk rawatan sekitar Rawang. Then, Ina jumpe ini. RAWATAN RESDUNG GHURAH. Ina terus buat temujanji & datang hari tu jugak.

Awalnya, Kak Ida (tukang rawat) masukkan serbuk yang boleh buat Ina sakit hidung sampai ke kepala. Buang lendir resdung tu, tersumbat lubang hidung. Langsung tak boleh bernafas. Kemudian, dia asapkan muka dengan corong resdung yang disalut lilin madu. Ina buat bekam darah jugak atas nasihat Kak Ida.

Kesan rawatannya buat hidung ni tersumbat hampir 3 hari. Mungkin sebab resdung Ina agak teruk. Lebam bekam pun hampir seminggu baru hilang (kulit Ina sensitif, lambat hilang kesan). Pakej Ina ambil ni sekali dengan 2 biji sabun resdung, serbuk sumpahan resdung & corong resdung. Pakai sabun tu untuk cuci muka setiap hari. Ina beli jugak garam bukit, buat basuh muka & bilas badan. Kak Ida pesan; makanan laut, ayam & pedas-pedas kena kurangkan (16 tahun dah tak makan makanan laut..huhu).

Hari ni cukup seminggu rawatan. Rasa lebih sihat, jerawat makin kurang & kulit pun dah makin OK. Alhamdulillah... kita berikhtiar, Allah yang mengizinkannya. Harap-harap muka ni pulih sepenuhnya...amin.

So, pada kalian yang ada masalah yang sama, tak mahu mencuba? Jangan lupa berdoa pada-Nya sebab Allah yang memberi penyembuhan, bukan ubat-ubatan ni.... :)




23 May 2012

Cinta & Kawin!

Bila umur-umur camni, semua pun sibuk tanya...

"Dah ada calon?"
"Dengan siapa sekarang?"
"Bila nak buat kenduri besar?"

..sampaikan Adik yang baru masuk 11 tahun tu pun sibuk-sibuk tolong fikirkan bila kakak dia nak kawin. Haish!!!!

Ina bagi jawapan senang je...
"Kak Ayu, Kak Huda pun tak kawin lagi Adik...Jodoh Kak Ina belum sampai, sabar la..."

Jatuh cinta & bercinta dah berkali-kali. Tapi, belum bertemu yang sesuai mungkin...bersabar la wahai hati.
Pada ex-BF, jangan risau, Ina tak kan ganggu hidup kalian walaupun Ina pernah fikir 'tak mahu hilang kawan sebab cinta'.

**TAK MAHU HILANG KAWAN SEBAB CINTA**
--> Dulu, Ina fikir kalau jadi apa-apa pada hubungan Ina dengan si dia, Ina akan still anggap mereka kawan baik yang pernah & sentiasa hadir dalam hidup Ina. Tapi kebanyakan GF baru mereka tak boleh terima. Takut masih ada cinta mungkin... So, Ina lost contact dengan mereka. Ina sentiasa doakan mereka bahagia. Amin.






19 May 2012

Online Shopping - Milik Para Kenalan Baru & Lama

Akhir-akhir ni, ramai kawan-kawan yang buat online shop terutama di FB. So, Ina nak amik kesempatan kat blog ni untuk promote kawan-kawan baik punya Online Shop & yang Ina suka jenguk. Moh le singgah ye. Mana tau memudahkan urusan kalian mencari apa yang dihajatkan :)

Tudung & aksesorinya:
http://stylish-hijab.blogspot.com/ (kurang update akhir-akhir ni)
http://www.radiusite.com/ (Famous like Famous Amos, cepat je sold out)
https://www.facebook.com/pages/AwlaScarf/112583938826399
https://www.facebook.com/butikalfaraudhah
https://www.facebook.com/RedRozette

Jubah & baju:
http://www.radiusite.com/ (Radiusite ada jubah jugak!)
http://sweetbatrisha.blogspot.com/ (banyak t-shirt muslimah)
http://dresslover84.blogspot.com/ (dress baru & bundle)
https://www.facebook.com/BusanaMuslimahImpian (jubah cantik)
https://www.facebook.com/pages/Jubah-Impian-Online-Boutique/209110419144428 (jubah jugak)

Lain-lain:
https://www.facebook.com/pages/Door-Gift-Passion/163631403694671 (door gift yang comel)
http://azlyacupcakes.blogspot.com/ (cupcakes)
http://lovecintacoklat83.blogspot.com/ (homemade choc)
http://ma-crafts-bakery-house.blogspot.com/ (macam-macam ada)
http://redaries-beauty.blogspot.com/ (barang mekap)
http://shidesigncompany.blogspot.com/ (men'design' untuk apa-apa majlis)
http://fendi.ws/blog/ (khidmat photographer)

Jom melawat links ni semua & sokong para sahabat berniaga! :)






10 May 2012

Bayi Mangsa Dera

Semalam banyak yang post di FB pasal bayi yang didera ibu kandungnya. Yang merakam video macam tak berusaha nak alihkan bayi tu dari terus didera.Ibu bayi tu dihukum 18 bulan penjara.

Tiba-tiba teringat semula kisah Auny. Memang kami tak ada rakaman video macam tu. Tapi, kecederaan dia lebih teruk. Kenapa la pengasuh tu dilepaskan macam tu je??? Hukuman yang dikenakan cuma denda RM2000 (kalau tak silap, itu la jumlahnya). Auny PATAH KAKINYA & ADA PENDARAHAN DALAM OTAK! Orang tu masih berani datang tuntut duit gaji asuhan dia. Geram nak tampar je muka orang tu. Mujur la Auny dah sihat & jadi anak yang comel...
Auny Fyrdyna

21 April 2012

Boleh Percaya Tak????

2 hari lepas,sorang jiran datang nak tempah buat baju dengan Mak. Dia sempat bercerita tentang sorang anak saudara dia yang selalu juga keluarganya datang ke rumah, tempah baju. Macam ni kisahnya....

Anak saudaranya, Ina namakan Liza la ye. Liza ni pernah berkawan dengan Ina waktu kecik-kecik dulu, bila dia datang ke rumah mak cik dia ni la. Kalau tak silap, tahun lepas dia berkawin. Tak lama lepas tu, dia mengandung. Sepanjang di Johor (tempat tinggal dia), dia ke klinik untuk cek keadaan bayi dengan sorang bidan ni. Setiap bulan, mesti bidan tu bertanya khabar melalui telefon. Bila sampai umur kandungannya 7 bulan, dia balik ke rumah keluarganya. Senang sikit ada ibunya...

Bila cukup masanya, dia terasa nak bersalin. Dia ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Bila cek, bukaan baru 4cm. Yang peliknya, doktor tak tahan dia di wad. Tapi, suruh dia balik semula. Semuanya jadi sebanyak 3 kali. Kali yang ke-3, doktor terus tolak dia ke wad, sambut kelahiran bayi dan tempatkan dia di Wad 12.

Lepas semuanya selesai, dia pun bersiap nak balik. Dia keluar wad dan tanya pada doktor, mana anaknya. Doktor tanya butir-butir peribadi dan cek rekod mereka. Nama dia TIADA DALAM SENARAI PESAKIT DAN BAYI JUGA TIADA. Dia menceritakan segalanya pada doktor tu. Dia cuba cari doktor yang menyambut kelahiran anak dia tapi tak jumpa. Ternyata WAD 12 TAK PERNAH WUJUD dan DOKTOR TU JUGAK TAK ADA!!!

Bila dia balik, dia cari kad-kad rawatan sebagai bukti. SEGALA-GALANYA TIADA. HILANG! Yang lebih memeranjatkan, NOMBOR TELEFON BIDAN YANG SELALU MENELEFON DIA PUN HILANG DARIPADA TELEFONNYA. 

Kemudian, dia ceritakan tentang mimpinya. Dia pernah bermimpi (waktu mengandung), sorang tua datang padanya nak minta anaknya. Liza cakap, dia tak mahu bagi. Tapi, anaknya sudah tiada...

Pelik kan?? Boleh percaya ke dengan logik akal kita? Kenyataannya satu keluarga tau yang dia mengaudung dan melahirkan dengan selamat tapi bayi tu TIADA!!!!

19 April 2012

Adik-adik Kita

Dahsyat budak-budak sekarang....

Zaman Ina sekolah dulu lain sangat. 

Nak gi sekolah pun,nangis-nangis bagitau Mak & Abah sebab nak sangat-sangat gi sekolah agama. Almaklumlah, umur lambat nak genap. Abah cakap "kecik lagi...takut tak berani jalan sorang-sorang tepi jalan raya besar". Tak berani ponteng sekolah, takut cikgu marah, Mak Abah tak bagi & takut ketinggalan banyak subjek. Sekolah tempat berkawan, kat rumah terhad masanya. Sanggup bawak beg sekolah berat dengan buku-buku teks. 

Nak jam tangan budak-budak pun susah dapat. Kebanyakan kuih-muih & sarapan pagi semuanya home made. Waktu mengaji, tadarus dekat setengah jam, baru la Mak atau Abah panggil mengaji. Nak makan pun kena bahagi sama rata untuk setiap adik-beradik, baru boleh makan (selalunya Ina jadi tukang bahagikan...). Antara adik-beradik akrab sangat tapi kat sekolah buat-buat tak kenal..hehe


Zaman Adik (budak Millenium)

Tak nak gi sekolah, penat...tak larat. Hujan je,ponteng.Dia cakap "Alah, cikgu malas nak ngajar. Buat penat je datang.". Gi sekolah Mak Abah hantar & ambil. Tak payah tunggu bas, kayuh basikal atau jalan kaki. Lepas balik sekolah, sempat lagi main bola sampai Maghrib. Malam, kalau ada ceramah kat surau, boleh ambil kesempatan gi merayau-rayau dengan kawan. Buku-buku sekolah pun tak berat macam dulu. Jadual tak padat. 

Jam tangan Abah yang ori lagi dipakainya. Sarapan pagi? Burger, keju, sosej...WOW!!! Waktu mengaji, duduk je depan Mak, terus boleh start baca, tak payah tadarus. Kalau dapat makanan, Adik keutamaan. Yang lain, boleh beli sendiri, dah besar...Sabar je la. Tak rapat dengan yang lain sebab masing-masing dah berkeluarga & bekerja. 
 
Wahai Adik,
Bersyukurlah...sebab kau lebih senang lenang daripada kami abang & kakak ni. Hargailah setiap pemberian Mak & Abah. Jangan terlampau memanjakan diri sampai tak mampu menjadi ANAK YANG BAIK.


**Tergerak taip semua ni sebab tengok Adik sarapan best hari ni..haha 

14 April 2012

G.E.M.U.K

Hoho..dah sebulan dok kat rumah sampai naik badanku...
Nak jogging pun dah rasa malas...apa nak jadi? Hilang sudah gelaran 'Ina fit'.
Akibat kebosanan dok kat rumah, Ina asyik makan,online & tengok TV je.
Tak boleh jadi, next week kena start rutin lain lak: bekerja, jogging & kurangkan makan.
Berusaha!!!

26 March 2012

Hati Luka

Huhu..apa jadi kalau hati luka?
Luka tu tak nampak
Tapi ia ada di situ
Walaupun kita cuba sembuhkan...
Parut tetap ada
Ia berkesan juga pada minda
Selagi hati itu luka, ingatan itu juga ada
Berkesan juga pada mata
Ingatan itu buat mata jadi merah..menangis!


Jangan lukakan sekeping hati itu...kerana lukanya akan melibatkan anggota lain

*bukan sajak atau syair, sekadar menulis :)



19 March 2012

17 Mac 2012


Kenal tempat ni??

Dek kerana rindukan suasana kat GVR, Ina melawat la tempat ni... Terkenang time mandi waktu subuh dengan air panas, berlari turun untuk morning exercise, berebut bilik air, pegi kelas dengan sweater & ubat batuk sentiasa ada dalam beg.
 
Huhu..x singgah GVR pun. Terus naik kereta kabel pegi puncak. X main apa-apa..sekadar jalan-jalan & menghirup udara segar dingin kat puncak GENTING HIGHLAND tu :)
 
GREENers mane? Katanye nak ke sana lagi..mengenang kembali saat-saat indah 'bersuka ria' kat GVR... Moh le kita plan naik Genting ramai-ramai!
 
 

09 March 2012

Kebersihan Yang Jarang Dititikberatkan

Apa yang orang selalu lupa nak jaga atau malas nak uruskan? Kebanyakan lelaki la yang jarang-jarang buat...
  • Bulu hidung - lupa nak trim atau cabut
  • Bulu ketiak - ish3...tau tak ni boleh sebabkan bau badan?
  • Kuku - jangan sampai awek atau orang luar tegur panjang & hitam ye...
  • Pakaian - sebelum sarung baju-baju anda, sila periksa baunya dulu
  • Badan - walaupun kat rumah, pakai la at least bedak (even malas pakai deodorant atau perfume anda tu)
  • Misai dan janggut - sunnah berjanggut tapi biar kemas dan orang selesa dekati anda
  • Muka - walau sepenat mana pun anda setiap hari, pastikan muka dicuci sebelum tidur
**Sekadar ingatkan sahabat dan diri sendiri. Banyak terserempak dan ada pengalaman dengan kes-kes ni. Orang sekeliling segan nak tegur; takut malukan kita. So, periksa diri sendiri ye.... ;)


01 March 2012

Bukan promote..Cuma berkongsi :)

Huhu..dah seminggu try U-Queen. Banyak perubahannya...

Kawan-kawan rapat mesti tau masalah Ina yang tak selesai-selesai. Yup!jerawat, jeragat & resdung. Dulu teruk, sekarang dah kurang. Tapi, still ada.

Sejak guna U-Queen, Ina rasa masalah angin dalam badan berkurang. Muka pun rasa licin sikit. Badan rasa ringan, mudah bangun pagi. Nak try guna lebih lama lagi...kita tengok perubahannya... :)

Minuman ni sesuai untuk anak dara 25 tahun ke atas & wanita berkahwin. Elok untuk kesihatan dalaman & luaran. Orang mengandung, berpantang & tengah period dinasihatkan berhenti minum sehingga selesai tempohnya...

Nak tau lebih, baca la kat website sebenar syarikat barang ni. Khasiat herba-herba kampung pun banyak...Meh kita minum sama-sama supaya sihat & cantik!hehe... 

28 February 2012

Chaiyokk!!!

Teruskan usaha memajukan diri...capai matlamat dan impian Ina Awie!!!! :)

20 February 2012

Gorgeous Gurl Engaged!

Hehehe...saja je buat tajuk camni. Semalam, my best fren sepanajng kat UTM a.k.a my "Kembar", Shafiza dah selamat bertunang dengan kekasih hatinya. Moga kekal sampai anak cucu la hendaknya....
Besties!

Sangat cantik dengan baju jahitan bakal kakak iparnya & manik-manik yang dijahit sendiri. Macam baju beli siap. Merah menyala! Manik-manik & bunga putih mencantikkan lagi baju tu. Sha bersanggul tinggi & selendang putih..macam gadis ayu zaman dulu-dulu...hehe...

Congrates to my beloved fren, Shafiza & Azzimi...akhirnya bertunang jugak walaupun banyak masalah sebelum ni :)

17 February 2012

Nasihat dan Permintaan

Tadi terbaca entry BEN. Terkejut sebab ramai yang x faham maksud Islam yang sebenarnya..bercakap macam orang yang x ada iman.

Tolong la...jangan pesongkan aqidah umat Islam yang ada ni. Kalau yang membaca adalah orang-orang yang baru nak mengenali Islam, mesti mereka fikir bukan-bukan...hilang percaya mereka pada agama ni.

Kalau bercakap / menulis, biar la dengan ilmu yang betul. Ada fakta sahih. Mengenai hukum hakam, fikir sedalam-dalamnya kenapa Islam ada hukum tu. Setiap sesuatu tu ada sebabnya...

Hari tu, Ina berbual dengan sorang contractor Jerman. Dia tertanya-tanya kenapa kawan dia, seorang Muslim, x pernah bersolat & selalu ajak dia minum arak. Apa betul ke orang itu Islam? atau cuma WARISI Islam dari keluarganya tapi, x pernah mengamalkan ajaran Islam???

Untuk semua ibu bapa Muslim,
Didik la anak-anak anda dengan sebaik mungkin sejak dari kecil. Jangan tambahkan lagi bilangan mereka yang fakir ilmu AGAMA ISLAM. Beri kefahaman yang betul untuk setiap perkara supaya mereka berpegang dengan ajaran Islam sepanjang hayat.

15 February 2012

Kembar Tiga UTM Skudai Femes!

Tiba-tiba teringat kisah kembar tiga ni. Femes sejak mendaftar masuk UTM lagi. x percaya, tengok ni

Rezeki dorang dapat jurusan & universiti yang sama. Keputusan pun masing-masing mantop!
Tahniah untuk dorang bertiga: Nadiah, Nadirah & Nadrah. Tumpang bangga sebab dapat grad & study sama jurusan dengan kembar femes ni..hehe...

Ni berita pasal dorang : Kembar tiga dapat keputusan cemerlang

Masing-masing dah jadi engineer dah kot....






10 February 2012

Obsesi!

Apa yang anda obses sangat??
Ni pun topik perbualan kat radio. Ina nak cerita tentang obsesi Ina pada TIGER STRIPE!

Dari zaman belajar kat Kulim sampai hari ni, Ina sangat suka simpan koleksi barang-barang yang ada corak harimau. Tak kira la leopard ke, belang-belang ke, zebra ke...semuanya Ina suka. Tapi, obviously Ina suka kumpul leopard. Corak tu nampak cantik pada pandangan Ina. Comel sangat!

Kawan-kawan semua ramai yang kenal Ina yang gilakan corak harimau ni. Ada pulak yang panggil Ina JAGUAR..haha...

*Nanti Ina uploadkan gambar-gambar koleksi corak harimau yang Ina pernah ada :) 

09 February 2012

Kamu Bagaimana...???

Semalam dengar topik AM crew kat Hot: Macam mana anda melupakan bekas kekasih???

Kalau Ina, Ina cari ramai kawan. Biar x ingat kisah lalu. Biasakan diri pergi tempat-tempat time date dulu. Dengar lagu-lagu yang biasa jadi 'lambang cinta' kami. Kenapa?? Sebab Ina nak biasakan diri dengan kehidupan tanpa Si Dia. Mula-mula, memang sedih. Lama-lama, OK la...

Kalau nak cari pengganti, Ina x fikir pasal character orang tu sama atau x dengan bekas kekasih. Yang penting, orang tu sayangkan kita seadanya...betul x?

Kamu bagaimana???

08 February 2012

Ramai Rupanya....hehehe

Bila fikir-fikirkan...ramai kawan yang tinggal & kerja kat Bangi/Kajang ni...

Dari zaman sekolah sampai la ke zaman universiti...semua ada!
Yang Ina tau: As,Syai,Yie,Din,Chye Li,Ejay,Aleya,Nurul,Raja,Zura Kecik,Imah,Ain Zafirah,Sarah.
Tapi x semua ada contact number..haha


Kengkawan yang rasa ada kat Bangi, sila cari saya ye... (boleh ke inform camni je??hehe)

**Thanx to Asmidar, Norsyaidatul & Zahari yang selalu ada kat Bangi menemani Ina  :)
    Yang lain jangan jeles ye.......

03 February 2012

5 Bentuk Tubuh Badan Wanita

Meh Ina kongsi info yang Ina pernah belajar masa zaman kat universiti dulu.

Bentuk tubuh badan wanita ada 5 jenis...Nak tau?
  • Bentuk A
--> Ala-ala J.Lo...bahagian atas kecil,bahagian bawah besar. Susah sikit nak jaga sebab mereka akan nampak gemuk jika paha terlalu besar.
**saya la tu..huhuhu...
  • Bentuk I
--> Ni bentuk badan orang yang kurus tanpa 'shape'. Straight & kurus sangat!
  • Bentuk H
--> Lebih kurang sama macam bentuk I. Tapi, yang ni xde 'shape' & berisi 
  • Bentuk Y
--> Bahagian atas lebih besar. Selalunya kaki mereka kecil. Macam bentuk badan Sharifah Aini. Perenang selalunya ada bentuk badan macam ni.
  • Bentuk X
--> Ni bentuk badan idaman wanita. Ala-ala jam pasir. Pinggang ramping. Bahagian atas & bawah seimbang. Beruntung la kalau dapat badan camni, senang jaga.


Just berkongsi info yang Ina tau...Lain kali, Ina bagi info lain yang Ina pernah baca ok.... :) 

29 January 2012

KOSONG!


Puas pk apa yang Ina pk sekarang...


Rasa kosong sangat-sangat. Tak rasa bermasalah. Tak rasa sedang berangan. Tak Rasa happy. Tak rasa sedih. KOSONG!

Kredit pun tengah KOSONG! Kalau tak,boleh kacau orang..hehe

BOSAAAAAANNNNN!!!!

22 January 2012

Perempuan Tak Pandai Pandu Kereta Manual????

Baru-baru ni, Ina dengar kat radio topik "Perempuan Tak Pandai Pandu Kereta Manual". Rasa macam nak bagi pendapat jugak. Tapi, waktu x mengizinkan (nak masuk kerja secepat mungkin).

Orang zaman sekarang x macam dulu. Perempuan dulu-dulu takut nak drive kereta pun. Sekarang, ramai yang dah sedar kepentingan untuk belajar kereta (mana-mana yang x sedar lagi tu, meh la baca entri ni).

Cuba korang fikir kalau 1 hari, suami sibuk bekerja dan korang ada kecemasan. Mesti pergi 1 tempat tu secepat mungkin. Takkan nak bawa anak-anak yang ramai tu naik bas? Teksi pun susah nak dapat kan? Kalau time dapat gaji, mesti nak membeli barang-barang peribadi, bercuti dengan anak-anak. Takkan sentiasa nak tunggu suami?DAN situasi paling teruk...kalau suami main kayu tiga, kita yang kat rumah x tau. Nak tengok bukti kecurangan tu sendiri pun x boleh kan? Kalau berlaku pergaduhan, takkan nak guna ayat-ayat biasa "Hantar saya balik rumah Mak!" Kalau suami x nak, camne???

Dulu masa mula-mula belajar drive kereta, Ina langsung x berani. Dekat 3 tahun x drive. Akhirnya, kakak Ina suruh belajar semula. Senang nak pergi praktikal. Perlahan-lahan, Ina mencuba. Sampai hari ni, walaupun x tau sangat jalan-jalannya, Ina redah sampai jumpa :)

DAN Ina x pernah belajar pandu kereta AUTO! Manual, boleh dikatakan dah biasa. Auto, boleh bawa. Tapi, slow sikit sebab x biasa.

Wahai wanita semua, belajar la untuk kebaikan diri kita & untuk mudahkan urusan keluarga.





19 January 2012

R.I.N.D.U!!!

Huhuhu...Ina rindukan rasa itu....

Ina rindu rasa BERCINTA dan DICINTAI   :)

P/S:saya manusia biasa

15 January 2012

Kening-Ku!

Masa merayau-rayau dalam kilang, tiba-tiba terdengar sorang laki cakap...

"Muka boleh tahan, tapi kening macam kartun!"

Ohho...keningku jadi bahan bualan ye! Kalau Ina ada kekuatan nak menjawab,nak je pusing pandang mamat tu & cakap kt dia:

"Jangan menghina ciptaan Tuhan"

Biar yang bercakap tadi tu insaf sikit... Ina bukan macam sesetengah orang tu..sanggup cukur kening untuk nampak cantik. Jawab la nanti bila kita pergi menghadap Tuhan....

******************************************************************************

Teringat lebih kurang 15 tahun lalu...

Masa tu kat kantin sekolah agama. Kakak kantin tegur...

"Dik, kening bercantum la...ni bawak malang ni. Kena gosok dengan batu permata ni...."

Balik rumah, Ina cerita kat mak. Karut sungguh! Selama Ina wujud, family Ina semakin dilimpahi rezeki tau kak... X ada yang malang pun... Semua tu kehendak Allah...Bukan sebab kening bercantum atau x...

Masa tu (zaman kanak-kanak) terfikir jugak kenapa kening x jarak & x lurus macam orang lain. Tapi, mujur Ina x ubah apa-apa....masih kuat ajaran agama....




So, pada orang yang senasib dengan Ina (ada kening lebat,terjungkit & bercantum), tolong la jangan cabut/trim ye... Kecantikan seseorang bukan letak pada paras rupa je. Hati kena jaga. Pemakaian jugak. Apa yang kita rasa x cantik pada kita mungkin buatkan orang rasa kita cantik & unik :)

DAN..kening ni jugak penah ditegur cikgu sekolah menengah....

"Kamu trim kening ke?"

Hoho...secantik ditrim ke??? Alhamdulillah..itu ciptaan Allah. Ina x cantik tapi syukur..cukup sifatnye... :)