29 January 2012

KOSONG!


Puas pk apa yang Ina pk sekarang...


Rasa kosong sangat-sangat. Tak rasa bermasalah. Tak rasa sedang berangan. Tak Rasa happy. Tak rasa sedih. KOSONG!

Kredit pun tengah KOSONG! Kalau tak,boleh kacau orang..hehe

BOSAAAAAANNNNN!!!!

22 January 2012

Perempuan Tak Pandai Pandu Kereta Manual????

Baru-baru ni, Ina dengar kat radio topik "Perempuan Tak Pandai Pandu Kereta Manual". Rasa macam nak bagi pendapat jugak. Tapi, waktu x mengizinkan (nak masuk kerja secepat mungkin).

Orang zaman sekarang x macam dulu. Perempuan dulu-dulu takut nak drive kereta pun. Sekarang, ramai yang dah sedar kepentingan untuk belajar kereta (mana-mana yang x sedar lagi tu, meh la baca entri ni).

Cuba korang fikir kalau 1 hari, suami sibuk bekerja dan korang ada kecemasan. Mesti pergi 1 tempat tu secepat mungkin. Takkan nak bawa anak-anak yang ramai tu naik bas? Teksi pun susah nak dapat kan? Kalau time dapat gaji, mesti nak membeli barang-barang peribadi, bercuti dengan anak-anak. Takkan sentiasa nak tunggu suami?DAN situasi paling teruk...kalau suami main kayu tiga, kita yang kat rumah x tau. Nak tengok bukti kecurangan tu sendiri pun x boleh kan? Kalau berlaku pergaduhan, takkan nak guna ayat-ayat biasa "Hantar saya balik rumah Mak!" Kalau suami x nak, camne???

Dulu masa mula-mula belajar drive kereta, Ina langsung x berani. Dekat 3 tahun x drive. Akhirnya, kakak Ina suruh belajar semula. Senang nak pergi praktikal. Perlahan-lahan, Ina mencuba. Sampai hari ni, walaupun x tau sangat jalan-jalannya, Ina redah sampai jumpa :)

DAN Ina x pernah belajar pandu kereta AUTO! Manual, boleh dikatakan dah biasa. Auto, boleh bawa. Tapi, slow sikit sebab x biasa.

Wahai wanita semua, belajar la untuk kebaikan diri kita & untuk mudahkan urusan keluarga.





19 January 2012

R.I.N.D.U!!!

Huhuhu...Ina rindukan rasa itu....

Ina rindu rasa BERCINTA dan DICINTAI   :)

P/S:saya manusia biasa

15 January 2012

Kening-Ku!

Masa merayau-rayau dalam kilang, tiba-tiba terdengar sorang laki cakap...

"Muka boleh tahan, tapi kening macam kartun!"

Ohho...keningku jadi bahan bualan ye! Kalau Ina ada kekuatan nak menjawab,nak je pusing pandang mamat tu & cakap kt dia:

"Jangan menghina ciptaan Tuhan"

Biar yang bercakap tadi tu insaf sikit... Ina bukan macam sesetengah orang tu..sanggup cukur kening untuk nampak cantik. Jawab la nanti bila kita pergi menghadap Tuhan....

******************************************************************************

Teringat lebih kurang 15 tahun lalu...

Masa tu kat kantin sekolah agama. Kakak kantin tegur...

"Dik, kening bercantum la...ni bawak malang ni. Kena gosok dengan batu permata ni...."

Balik rumah, Ina cerita kat mak. Karut sungguh! Selama Ina wujud, family Ina semakin dilimpahi rezeki tau kak... X ada yang malang pun... Semua tu kehendak Allah...Bukan sebab kening bercantum atau x...

Masa tu (zaman kanak-kanak) terfikir jugak kenapa kening x jarak & x lurus macam orang lain. Tapi, mujur Ina x ubah apa-apa....masih kuat ajaran agama....




So, pada orang yang senasib dengan Ina (ada kening lebat,terjungkit & bercantum), tolong la jangan cabut/trim ye... Kecantikan seseorang bukan letak pada paras rupa je. Hati kena jaga. Pemakaian jugak. Apa yang kita rasa x cantik pada kita mungkin buatkan orang rasa kita cantik & unik :)

DAN..kening ni jugak penah ditegur cikgu sekolah menengah....

"Kamu trim kening ke?"

Hoho...secantik ditrim ke??? Alhamdulillah..itu ciptaan Allah. Ina x cantik tapi syukur..cukup sifatnye... :)




11 January 2012

Janji Punye Pasal...

Bulan 12 yang lepas result PMR keluar. Ramai update status FB pasal result relative dorang...
Sorang daripada sepupu Ina, Fareth, pun amik result & update status FBnye. Tetiba, Ina terbaca Fareth post kat wall sorang kakak sepupu, Kak Gee:  

"beyeh result dh keluar n dpt apa yg nk........jd tunaikn la jnji kak g tu......hahahahaha~:)"

"dapat apa yg nk" = "dapat straight A's"

Nak tau apa janjinye? Kak G a.k.a Gee janji kalau Fareth dapat straight A's untuk PMR,dia akan taja tiket gi Beijing!!! Huhu..silap orang la Kak Gee nak cabar...Dak Fareth ni sangat bijak & pantang dicabar. Dia akan buktikan yang dia boleh buat. Pokai la duit Kak Gee sebab berjanji dengan si Fareth ni...hehehe...
Sekarang, kakak si Fareth ni pulak timbulkan isu..budak bawah umur kena ada penjaga. Tak kan nak taja penjaga sekali? Haha..abis la...

Actually, Kak Gee ni bertugas sebagai anggota polis kat Beijing (ada kursus selama 3 tahun). Dia menetap kat sana & gajinye agak lumayan...Memang tak jadi masalah nak tunaikan janjinye...Tapi...moral of the story: Nak mencabar, biar kena pada orangnye ye!!! 

Kami tumpang bangga dengan kejayaan Fareth..Congrates! ...dan Ina mampu gelakkan je Kak Gee yang terkena dengan janjinye sendiri :p

07 January 2012

Jangan Pantas Menilai... (edisi CARI JODOH)

Selalu kita dengar kata-kata pujian lelaki....

"Bertuah dapat dia..cantik!"

"Bertuah bakal suami dia..dapat isteri rajin memasak"

....dan macam-macam lagi.


Meh Ina bagi pendapat. Bila lelaki cakap macam ni, Ina senyum dan terus berfikir. Bukan ke setiap orang ada kelebihan dan kekurangan??? Kelebihan pada A mungkin kekurangan pada B dan kelebihan B pulak adalah kekurangan si A. Contohnya...A rajin mengemas tapi x pandai memasak. B pulak pandai memasak tapi malas mengemas. 

Mana satu pilihan kamu wahai lelaki?? Tepuk dada,tanya hati. Jangan pantas menilai seseorang dengan luarannya sahaja. Kenal hati budi mereka dan buat keputusan terbaik. Solat istikharah la kalau perlu memilih. Allah yang Maha Mengetahui segalanya. 

Kapada kawan-kawan yang dah berumah tangga, jaga la hati pasangan kamu. Hargai mereka sebab itulah jodoh yang telah ditetapkan untuk kita. :)

02 January 2012

Check list 2011 & plan 2012...

Checklist : Azam 2011

  1. Kerja & duit terkumpul: kerja dah penah dapat..tapi sedang usaha untuk lebih baik. Duit pun sedang diusahakan jugak...
  2. Target kawin 2012: errrmmmm...sedang DICARI calonnya ye..so, dilewatkan target tersebut
  3. Bahagia ke tahun 2011?? : ada suka & duka. Tapi bersyukur dengan apa yang Allah beri :)
  4. Tambah kenalan: Yup!!sangat ramai kenalan tahun 2011. Sejak masuk GEMS, lebih 200 orang!
  5. Tambah ilmu & akal (mature): Berjaya menambah ilmu & insyaAllah bertambah matured...

Plan 2012:

  1. Mencari kerja tetap..at least, kumpul pengalaman
  2. Kumpul duit..nak ada kenderaan milik sendiri
  3. Kawin..eh, tak-tak! Nak mengenal orang baru & lupakan segala kesedihan
  4. Bercuti dengan GREENERS, G2B & kaum keluarga!!
  5. Mencari ilmu tambahan..perkukuhkan segala ilmu yang ada :)