07 January 2012

Jangan Pantas Menilai... (edisi CARI JODOH)

Selalu kita dengar kata-kata pujian lelaki....

"Bertuah dapat dia..cantik!"

"Bertuah bakal suami dia..dapat isteri rajin memasak"

....dan macam-macam lagi.


Meh Ina bagi pendapat. Bila lelaki cakap macam ni, Ina senyum dan terus berfikir. Bukan ke setiap orang ada kelebihan dan kekurangan??? Kelebihan pada A mungkin kekurangan pada B dan kelebihan B pulak adalah kekurangan si A. Contohnya...A rajin mengemas tapi x pandai memasak. B pulak pandai memasak tapi malas mengemas. 

Mana satu pilihan kamu wahai lelaki?? Tepuk dada,tanya hati. Jangan pantas menilai seseorang dengan luarannya sahaja. Kenal hati budi mereka dan buat keputusan terbaik. Solat istikharah la kalau perlu memilih. Allah yang Maha Mengetahui segalanya. 

Kapada kawan-kawan yang dah berumah tangga, jaga la hati pasangan kamu. Hargai mereka sebab itulah jodoh yang telah ditetapkan untuk kita. :)