21 April 2012

Boleh Percaya Tak????

2 hari lepas,sorang jiran datang nak tempah buat baju dengan Mak. Dia sempat bercerita tentang sorang anak saudara dia yang selalu juga keluarganya datang ke rumah, tempah baju. Macam ni kisahnya....

Anak saudaranya, Ina namakan Liza la ye. Liza ni pernah berkawan dengan Ina waktu kecik-kecik dulu, bila dia datang ke rumah mak cik dia ni la. Kalau tak silap, tahun lepas dia berkawin. Tak lama lepas tu, dia mengandung. Sepanjang di Johor (tempat tinggal dia), dia ke klinik untuk cek keadaan bayi dengan sorang bidan ni. Setiap bulan, mesti bidan tu bertanya khabar melalui telefon. Bila sampai umur kandungannya 7 bulan, dia balik ke rumah keluarganya. Senang sikit ada ibunya...

Bila cukup masanya, dia terasa nak bersalin. Dia ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Bila cek, bukaan baru 4cm. Yang peliknya, doktor tak tahan dia di wad. Tapi, suruh dia balik semula. Semuanya jadi sebanyak 3 kali. Kali yang ke-3, doktor terus tolak dia ke wad, sambut kelahiran bayi dan tempatkan dia di Wad 12.

Lepas semuanya selesai, dia pun bersiap nak balik. Dia keluar wad dan tanya pada doktor, mana anaknya. Doktor tanya butir-butir peribadi dan cek rekod mereka. Nama dia TIADA DALAM SENARAI PESAKIT DAN BAYI JUGA TIADA. Dia menceritakan segalanya pada doktor tu. Dia cuba cari doktor yang menyambut kelahiran anak dia tapi tak jumpa. Ternyata WAD 12 TAK PERNAH WUJUD dan DOKTOR TU JUGAK TAK ADA!!!

Bila dia balik, dia cari kad-kad rawatan sebagai bukti. SEGALA-GALANYA TIADA. HILANG! Yang lebih memeranjatkan, NOMBOR TELEFON BIDAN YANG SELALU MENELEFON DIA PUN HILANG DARIPADA TELEFONNYA. 

Kemudian, dia ceritakan tentang mimpinya. Dia pernah bermimpi (waktu mengandung), sorang tua datang padanya nak minta anaknya. Liza cakap, dia tak mahu bagi. Tapi, anaknya sudah tiada...

Pelik kan?? Boleh percaya ke dengan logik akal kita? Kenyataannya satu keluarga tau yang dia mengaudung dan melahirkan dengan selamat tapi bayi tu TIADA!!!!