24 May 2012

Rawatan Resdung Ghurah

Sebelum ni, macam-macam cara Ina usahakan. Tapi, kurang berhasil. Dari perubatan tradisional sampai la doktor pakar kulit. Kalau ada yang OK pun, ubat-ubatannya susah nak dapat. Dari sekecil-kecil pil sampai ke corong asap, serbuk-serbuk kayu & petua-petua...semuanya kurang berjaya. Mungkin sebab Ina dah lama terkena penyakit ni. Seingat Ina dah 16 tahun...lama kan?

Ina tau teruknya resdung Ina. Ina pernah give up jugak la. Menangis pun pernah. Tapi, kita kembali kepada Yang Esa. Doa & harapan. Terus mencari jalan....


Baru-baru ni, Ina meng'google' cari tempat untuk rawatan sekitar Rawang. Then, Ina jumpe ini. RAWATAN RESDUNG GHURAH. Ina terus buat temujanji & datang hari tu jugak.

Awalnya, Kak Ida (tukang rawat) masukkan serbuk yang boleh buat Ina sakit hidung sampai ke kepala. Buang lendir resdung tu, tersumbat lubang hidung. Langsung tak boleh bernafas. Kemudian, dia asapkan muka dengan corong resdung yang disalut lilin madu. Ina buat bekam darah jugak atas nasihat Kak Ida.

Kesan rawatannya buat hidung ni tersumbat hampir 3 hari. Mungkin sebab resdung Ina agak teruk. Lebam bekam pun hampir seminggu baru hilang (kulit Ina sensitif, lambat hilang kesan). Pakej Ina ambil ni sekali dengan 2 biji sabun resdung, serbuk sumpahan resdung & corong resdung. Pakai sabun tu untuk cuci muka setiap hari. Ina beli jugak garam bukit, buat basuh muka & bilas badan. Kak Ida pesan; makanan laut, ayam & pedas-pedas kena kurangkan (16 tahun dah tak makan makanan laut..huhu).

Hari ni cukup seminggu rawatan. Rasa lebih sihat, jerawat makin kurang & kulit pun dah makin OK. Alhamdulillah... kita berikhtiar, Allah yang mengizinkannya. Harap-harap muka ni pulih sepenuhnya...amin.

So, pada kalian yang ada masalah yang sama, tak mahu mencuba? Jangan lupa berdoa pada-Nya sebab Allah yang memberi penyembuhan, bukan ubat-ubatan ni.... :)