26 December 2012

Percutian Yang Panjang & Meletihkan.........

Huhu..actually, bukan percutian impian di kala menyambut ke'tua'an umur. Tapi, itu yang terjadi.

21 Disember 2012
Nenek meninggal dunia pukul 12.10pagi. Dah seminggu sakit, kami dah jangka semua ni. Ina dikejutkan dengan bunyi telefon bertalu-talu. Semua cuba sampaikan berita & ajak balik kampung. Mujur gerakan Tuhan, Ina terjaga pukul 1.30pagi bila Kak Lily call. Terus kemas baju, angkat beg dalam keadaan mamai, menghala ke KL. Tinggal kereta kat IMKEDA, gerak dengan Kak Lily & Am pukul 3.00pagi.

Sampai Kelantan dalam pukul 10.00pagi. Jenazah belum diurus lagi. Sedih sebab tak dapat sedekahkan Yassin (tengah 'cuti'). Selesai kebumi jenazah lepas zohor. Tahlil malam tu Ina tak mampu bertahan. Tidur dari pukul 8.00malam sampai pagi. Terjaga masa orang berzikir je. Adoi...letih sangat...

22 Disember 2012
Tunggu Kak Ana balik KB, kemas segala barang keperluan nak balik KL. Dah tengahari, baru bergerak balik. Maaf semua, kami ada urusan (janji) dekat Rawang pulak. Mesti tunaikan!

Sampai KL pukul 9.00malam, amik kereta & balik Putrajaya (dengan Kak Lily). Amik barang-barang persiapan majlis. Ada lagi yang tak sempat disiapkan. Mujur Ina & Izzaty (kawan kerja) dah start dari awal. Thank you Zaty!

Sampai rumah dekat pukul 11.00malam (sempat singgah cari makan dulu, kelaparan). Terasa nak sambung kerja menggubah, Ina duduk & buka semua barang-barang. Touch up mana yang perlu, buat sikit-sikit. Takut pulak tak sempat siap. 1 dulang lagi belum ada barangnya, kek. Esok sambung...

23 Disember 2012
Hari majlis. Hari lahir Ina jugak! Huhu..tak fikir pasal sambutan dah. Bergegas cari barang kat Rawang. Nasib baik Kak Lily rajin meneman. 

Sampai kat rumah, sedara-mara dah penuh. Terpaksa menggubah seringkas yang boleh, mandi & gosok baju. Terus bersiap untuk majlis.

Lepas majlis, bergaduh kecil dengan Kak Ana (misunderstanding). Puas menangis sampai tertidur sebelum maghrib. Bangun-bangun, badan dah rasa lain. Macam nak demam.

24 Disember 2012
Tiba-tiba, selsema. Huhu..badan dah start panas. Tapi, sempat lagi layan kerenah anak-anak buah.

25 Disember 2012
Merry Christmas! Selsema makin teruk, badan dah merah-merah tahan panas. Berusaha basuh kereta (home car wash), kemas barang-barang untuk balik Putrajaya.

Rumah kat Putrajaya kosong. Tak ada orang. Ubat-ubatan dah beli, roti & 100plus pun ada. Preparation sebelum jadi lebih teruk. Tengok keadaan esok kalau-kalau larat bekerja...

26 Disember 2012
Tetap bekerja. Rasa nak MC bila tengok banyak barang atas meja...Huhu...pengsan!!!