23 December 2013

Year 27th!!!

Orang lain dah sibuk nak tambah umo tahun depan, Ina pulak baru cukup umo....
Anyway, become the youngest among frens make me feel MUDA sangat!hihi

Semalam, Azran (abang) belanja KFC sempena cukup umo. Masa makan, Mak siap cerita pasal detik-detik kelahiran budak songsang yang tak sabar-sabar nak keluar 27 tahun lepas..hihi...

Cemas kot lahirkan anak tanpa suami disisi (Abah busy). Anak pulak sibuk nak menyongsang. Alhamdulillah, senang je lahir. Normal deliver. Hope Mak rasa senang je waktu membesarkan Ina. Kan Mak??? :)

Mak seorang ibu yang sangat AWESOME!!! Kalau Ina kat tempat Mak, mungkin Ina tak sekuat tu. Terima kasih sebab lahirkan budak nakal ni ye Mak....

***Tujuan menaip adalah untuk menyatakan bertapa bertuah & menghargai Mak yang melahirkan Ina ye...

02 December 2013

'Alam' Irfan

Hai! Salam...
Ni nak cerita pasal budak 5 tahun & pemikiran dia yang sangat jujur ni...
Irfan, anak buah Ina yang ke-5. Buat sementara ni, dia dok kat rumah kami dengan ayah dia. Peneman ayah katanya.

Satu hari, ayah dia bawak gi sembahyang Jumaat kat masjid...
Dia dok kat sebelah Ayah. Pastu, ada orang datang hulur tabung masjid kat saf tu. Dia dengan spontan & selamber, terus tanya...

"Ayah, masuk masjid kena bayar ke?"

"Tak la..tu derma ikhlas..."

"Haaa..tengok tu Ayah. Memang kena bayar la." (sambil tengok orang masukkan duit dalam tabung tu)

Orang yang ada dekat-dekat situ senyum & tergelak dengar Irfan cakap...
Malu Ayah, Irfan!hihihi



Semalam, dia buat lagi!
Dia lari naik atas jumpa Mak Tok dia yang tengah sibuk menjahit.

"Mak Tok, Irfan lapar laaa..."

"Alaa.. Irfan gi makan biskut dulu. Jap lagi Mak Tok masak. Ambil biskut dalam tin tu"

"Tin tu ape Mak Tok? Irfan tak tau laa"

Sambil tergelak, Mak Tok jawab "Tin tu bekas simpan biskut la"

"Mana Mak Tok letak tin tu?"

"Kat tepi peti ais"

"Ok. Nanti Irfan cari"

Dah lama dia turun...senyap je.

"Irfan jumpa tin tak?"

"Dah...Irfan dah makan..."

Adoi...budak zaman sekarang. Tab & segala macam game dia kenal. Tin biskut tak kenal? Kesian...hihihi





20 November 2013

Harapan....

Hidup ni kalau asyik mengharap & bergantung pada orang lain, mesti kita cepat rasa kecewa.
Bagi Ina, bila kecewa dengan orang sekeliling, Ina akan jadi lebih cekal..keras hati mungkin.

So, jangan sesekali fikir Ina akan terus menangis & jadi lemah. Ina akan jadi orang yang keras hatinya, cekal & kurang ambil tahu hal orang lain. Terima kasih kerana mengajar saya wahai sahabat-sahabat! (masih layak ke manusia-manusia sebegini dipanggil SAHABAT?)

Ina hanya perlu keluarga & Allah :)

13 November 2013

Puasa 9, 10 & 11 Muharam

Malam semalam, rumet Ina cakap nak puasa hari ni. Ina pelik kenapa puasa hari Rabu. Tengah-tengah online FB, terjumpa post kawan-kawan ajak puasa Tasu'a & Assyura. Kalau ikut puasa tanpa faham apa sebabnya umpama Islam yang diwarisi bukan difahami la kan???

So, Ina niat berpuasa ganti sahaja. Kalau diizinkan Allah, dapatlah pahala sunat sekali. Hari ni, Ina cari sumber dan fahamkan sebabnya. Meh Ina kongsikan apa yang dah Ina baca...

Kata sumber,

Puasa Tasu'a bermaksud puasa 'Hari Kesembilan'. Diamalkan untuk tidak menyerupai Yahudi yang cuma berpuasa Assyura. Dari kisah Nabi Musa, Nabi berpuasa Assyura sebagai tanda syukur kerana terselamat daripada ditenggelamkan Allah bersama Firaun & pengikutnya. Seelok-eloknya, kita berpuasa 9,10 & 11 Muharam. Kalau tak mampu, buatlah 10 haribulan & hari sebelum/selepas je.

Minta maaf kalau ada yang salah. Betulkan kalau perlu ye. Yang nak tau lagi, boleh la tengok link tu. Atau kalau ada yang nak kongsikan jugak, meh bagi link ye...

Sebarkan ilmu yang bermanfaat, hidup lebih berkat. InsyaAllah...

06 November 2013

Lesen Memandu???

Lama tak berblog. Azran & Epul dah start buat promosi.

Sesiapa nak buat lesen memandu kenderaan darat, boleh la contact mereka ye.

Tempat: Tingkat 1, Medan Selera Taman Melawati (Sekolah Memandu Azna)
Harga: depend on license that you want.
Contact No.:019-2406764 @ 017-3706763(Azran)
                    017-3226524(Epul)

**Kat Kuang pun boleh: Harmony Driving Academy 012-3868646 (Pak Cik Awie)
**Jangan risau, cikgu-cikgu bagus & baik. Tak garang..hihi. Cepat mendaftar, cepat dapat lesen. Jadual diatur ikut kesesuaian student.
 

03 October 2013

Amanah & Tanggungjawab

Dah beberapa minggu Dyeha gi Jepun. Kami yang menghantar pun tersentuh & terasa sedihnya....

Isnin 2 minggu lepas (kalau tak silap), Yan & Elin bagitau yang Dyeha nak gi Jepun, sambung PHD. Ina, Ili, Elin, Yan & Sha datang menghantar. Sampai KLIA, barulah kami semua tau yang dia gi Jepun sorang-sorang!

Wooo...kalau Ina pun tak tentu sekuat dia. Terpaksa tinggalkan anak umur 7 bulan & suami. Tak ada anak, mungkin kita boleh bertahan. Tapi, anak Dyeha kecil lagi & masih BF. Huhuhu...akhirnya, masing-masing tahan air mata, termasuklah kami.

Dyeha cakap, cuma untuk sementara waktu. Lepas dapat rumah, baru dia bawak anak & suami gi sana. Cepat-cepat cari rumah ye Dyeha. Sian Dhia...takut tak kenal mama dia...

Demi amanah & tanggungjawab, terpaksalah korbankan apa yang perlu. Bertahan & bersabar wahai sahabat!

19 September 2013

Buat Keputusan Sendiri

Huhu..dalam busy pun sibuk nak menaip jugak.

Nasihat yang nak disampaikan: 
Cuba jadi diri sendiri walaupun sukar.
Be yourself & be satisfied with your own attitude. If not, change it to a better one.
Orang lain cuma mampu bagi pendapat tentang apa yang dorang nampak. Kita lebih kenal siapa diri kita. Kita yang mampu buat keputusan untuk diri kita sendiri. :)

13 September 2013

Sikap Kita

Ina terfikir...bila minda masyarakat Malaysia akan maju?

Bila berbual dengan Alan yang baru balik dari Mesir, dia bercerita tentang negara tu. Katanya, dia jadi malas drive kereta kat Malaysia sebab 'jem' yang teruk. Kalau di Mesir, kereta banyak tapi 'jem' tak teruk. Kenapa? Sebab dorang tak kisah pun kalau jalan 3 lane jadi 5 lane janji selamat sampai dan tak 'jem'.

Ina perhatikan, sesetengah orang dengan selamber buang sampah dari kereta. Tanpa rasa bersalah. Tapi bila tempat kotor, dorang mengata. Pelik sungguh.

Dalam pejabat pulak, masing-masing ada berpuak-puak. Orang atasan tak berkawan dengan orang bawahan. Cemburu pada kejayaan orang lain, suka amik tau hal orang lain...
Cukup la kita jaga hubungan sesama manusia, bertanya khabar dan bergaul dengan semua lapisan manusia.

Kalau nak maju, jadilah mereka yang berpendidikan. Gunakan segala ilmu yang pernah dipelajari. Kurang-kurangkan la sikap Mazmumah tu...

Ya Allah, kurangkan la sikap-sikap Mazmumah yang ada dalam diriku. Gantikan la dengan sikap-sikap Mahmudah...amin!

04 September 2013

Laman sosial: tapislah sikit...

Akhir-akhir ni, ramai status kawan-kawan kat laman sosial tak ada tapisan. Telus sangat! Segala cerita 'dalam kain' orang boleh tau even jaraknya berbatu-batu. Ada ke patut pregnancy test pun ditayang? Tu satu contoh la ye...

Tolong la fikir dulu sebelum korang post. Benda-benda yang patut dirahsiakan dari umum, jangan diupload. Orang yang tengok mungkin akan mengutuk,caci&maki dari jauh. Tak perlu inform hal laki-bini&hal keluarga yang privacy...

Tak elok pun cerita semua tu kat orang. Kalau ada yang nak tau, boleh je kita whatsapp @ line. Lebih privacy&tak semua orang baca. Fikirkan sebab&akibat sebelum tayang semuanya pada umum. Jaga nama keluarga&agama kita. Renung-renungkan laaa... Salam.

28 August 2013

Anak Dato'? Tan Sri??

Sabtu lepas, sorang subcon ni ajak gi open house rumah dia. Kami yg seofis ni pun pergi la ramai-ramai...

Sampai rumah dia kat bandar manjalara, kami salam mak ayah dia.rumah agak besar&cantik. Tapi, orangnya biasa je nampak.

Tengah makan, datang 1 keluarga dengan suara yang agak kuat menyapa..
"Selamat hari raya dato'"
Wohooo..kami berpandangan sesama kami. Patut pun.. Baru la kami tau yang si subcon ni anak dato' yang very low profile.

Sempat jugak ofismate bagitau yang sorang lagi staff ni anak tan sri. Wow! Lebih kagum sebab dia sangat laa low profile...

P/s: anak dato' & tan sri pun tak sombong, kita ni tak payah laaa nak berlagak sangat ye...semuanya setaraf disisi Allah kecuali kerana amalannya semasa di dunia. ;)

27 August 2013

Rindu!!!

Apa yang Ina rindu???

Huhu..Ina rindu zaman remaja.Zaman persekolahan/belajar. Zaman bercinta. Zaman nakal-nakal skema...(ada ke??hihi).

Hai...dah tua dah rasanya. Zaman tu dah berlalu. Tinggal sejarah dan kenangan untuk diingat. Terasa macam nak jadi student balik. Tapi, sanggup ke nak belajar lagi ni??huhuhu...

22 August 2013

Yassin Itu

Yassin itu
Dulu dihias cantik
Buat hatiku selalu terusik
Dibacakan penuh asyik

Yassin itu
Punya kenangan indah
Kini hanya sejarah
Aku pasrah

Yassin itu
Tetap kugenggam
Hilang segala dendam
Penguat hati seorang Islam

*ingatan yang kukuh dalam kenangan. Terima kasih wahai sahabat....

15 August 2013

Rambut & Peribadi

Korang tau tak apa kaitan rambut & peribadi kita? Ina pernah baca pasal kedua-dua ni.

Orang yang rambutnya mudah diurus,lurus & rapi maksudnya orang tu lembut hati,menyenangkan & menurut kata.

Orang yang rambutnya keras & susah diurus maksudnya dia orang yang keras hati & berpendirian.

Pakai la tudung untuk elak segala judgement & menutup aurat seperti yang disuruh dalam islam :)

11 August 2013

Raya!!!


Me & my cousin
Salam. Raya tahun ni tanpa insan bergelar 'nenek' lagi..huhu. Tapi, kami tetap balik Kelantan jumpa sedara mara.
Family kecil kami tak lengkap. Sorang balik kampung lambat, sorang jadi perantau di bumi Mesir, sekeluarga lagi tak tau di mana rayanya.

 
Perantau di bumi Mesir: Alan
Tahun 2013 ni bertambah 2 lagi cucu Zawawi&Rohani. Welcome to this family wahai Imran Muqri & Wan Muhammad Kashaf! Hope tahun depan ada pertambahan lagi...amin.
Syukur. Ina masih diizinkan Tuhan untuk tatap wajah mak,abah & keluarga lagi. Buat mereka yang tak dapat/tak sempat lagi balik jumpa parent, ambil kesempatan yang ada untuk jenguk mereka k. At least, call your parent. Apa pun salah&silap mereka, kenangkan la segala jasa mereka lahirkan&besarkan kita.
Selamat Hari Raya! Maaf zahir&batin.
Yang berkawin&timang anak time raya ni pun tahniah Ina ucapkan. Tak sempat jenguk semuanya. Moga keluarga islam kita makin membesar&kukuh.insyaAllah...
 

08 July 2013

Ramadhan & Pengetahuan Agama Kita...

Assalamualaikum....

Lama tak luangkan masa tulis entry kat my blog. Busy katanya...

Ramadhan dah hampir sangat. Excited nak rasa suasana meriahnya Ramadhan. Kat ofis, semua dah bercakap-cakap pasal puasa.

Tadi waktu makan tengahari, Ina macam biasa la ajak kawan-kawan join makan. Tetiba, ada sorang kawan bagitau yang dia berpuasa. So, kami tinggalkan dia dalam ofis. Masa berjalan keluar, sorang kakak tegur. Dia cakap yang hari ni memang tak boleh puasa. Bila diingatkan, memang betul tak boleh!

Reason???

Kalau pernah belajar tapi tak ingat, meh Ina ingatkan. Kalau tak tau, Ina bagitau....
Hari ke-29 setiap Syaaban, kita akan tengok anak bulan untuk tentukan esoknya 30 Syaaban ataupun 1 Ramadhan. Hari ke-29 ni orang panggil "Hari Syak". Maksudnya, kita tak tau sama ada esok akan bermula puasa atau tak. "Hari Syak" ni diharamkan berpuasa (mesti ada selang sehari antara puasa bulan Syaaban dan Ramadhan). Biasanya kita tak akan berpuasa pada 10 hari terakhir bulan Syaaban. (Kalau ada statement yang salah, sila beri pendapat).

Mungkin entry ni terlewat info pada yang tak tau. Tapi, dah tau, jangan lupakan pulak untuk tahun-tahun akan datang. Sebarkan pada mereka yang belum tau/terlupa ye...

**Berusaha menerangkan apa yang Ina paham supaya Islam lebih difahami. :)

14 June 2013

Adik Beradik

Masa kecik-kecik dulu, selalu Ina terfikir seronoknya kalau tak ada adik beradik. Mak Abah tumpu pada kita sorang je. Tapi, bila dah semakin membesar, seronok pulak ramai adik beradik macam kami. 

Bila semua berkumpul, mesti rasa macam tak cukup. Kak Ana akan bangun kira. Tengok siapa yang tak ada. Bila balik kampung, berhimpit satu kereta. Bayangkan kancil / saga dipenuhkan 7 beradik + Mak + Abah. Abah, Mak & yang kecik sekali kat depan. 3 yang besar meriba 3 yang kecik kat belakang. Hah...padat! Bila singgah mana-mana, laju je turun kereta sebab masing-masing dah kebas kaki, sakit punggung & pinggang. Pengalaman indah!

Bila kakak & abang balik dari asrama, berkumpul semuanya kat rumah. Mak masak sedap-sedap untuk 'anak-anak kesayangan' dia. Berbual kat ruang tamu / dalam bilik macam orang tengah bergaduh. Riuh sangat!

Sekarang, masing-masing dah besar. Ramai yang dah berkahwin, duduk jauh & ada keluarga. Jarang sekali kami berkumpul. Kalau telefon pun, cerita hal-hal serius. Susah sangat nak bergurau-gurau macam dulu. Tapi, inilah keluarga Ina. Gaduh, marah & benci macam mana pun, sayang tetap ada. Huhuhu...tetiba rindu kat keluarga. 

Dan-dan  rindu. Dok asrama bertahun-tahun tak pernah homesick pun! Gedik benar laa tu kalau dok dekat-dekat ni pun rindu lagi kan.... Jom balik rumah, semua adik beradik!!!!


09 June 2013

Awesome Weekend!!!

Huhu..unplan weekend memang awesome!

Lepas kerja semalam, Ina jumpa Yan kat Wanga Maju. Bermalam kat sana. Malam tu Yan sibuk nak ajak karok...layankan je la.... Sampai ke tengah malam ye! 

Elin tak dapat join malam tu. Tapi, pagi-pagi tadi dia dah mesej. Ajak swimming la, main boling la, tengok wayang la...semua laaa...

Lepas Zohor, kami rayau pergi Wangsa Walk. Makan. Boling. Karok...lagi!!! Puas hati laa Elin tu. Semua yang dihajat, kami tunaikan. Sengih je walaupun tak menang boling. Hahaha...

Thanks friends! Jumpa kawan-kawan macam korang, hilang kejap segala tension. Hope this friendship will never end. 

Kan lebih seronok kalau ada Sha & Dyeha. Malangnya masing-masing jauh. Ada keluarga & kehidupan yang perlu diuruskan. 

**Dulu tak pernah fikir akan kawan dengan dorang serapat ni & berterusan sampai habis belajar. Lagi-lagi Yan yang accidentally join SEE group. 

02 June 2013

Happy for Them!!!


Ingat lagi kisah ni?

Semalam, dorang berdua dah selamat ditunangkan. Sorry sebab tak dapat datang majlis tu... tak ada orang nak teman ke Pahang. Anyway, congrates to Norsyai & Ateng. Hope you'll be partners for the whole of your life...till Jannah! InsyaAllah. 

Happy sebab Allah telah gerakkan hati Ina untuk satukan dorang berdua. Dengan izin-Nya jugak hubungan tu kekal. :)

Percayakan Allah, hidup kita akan sentiasa gembira & bahagia....

26 May 2013

25 May 2013

It's not THAT bad when you know/see your EX getting married if you trust ALLAH's fate...

**May Allah bless their marriage till Jannah. Amin.

22 May 2013

Kuasa Minda Kita

Bila kita fikir kita tak mampu menghadapi satu situasi yang sukar, kita akan rasa susah & sentiasa merungut. Tapi bila kita teruskan menghadap sambil berdoa supaya dipermudahkan, kita sebenarnya boleh selesaikan masalah tu. Allah Maha Mengetahui kenapa kita dibiarkan dalam keadaan tu. Mungkin ada hikmahnya. Kalau kita fikir yang kita mampu lakukan, semuanya akan rasa mudah. Betul! Cuba laaa...

Allah itu adil ;)

17 May 2013

16 May Penuh Kenangan

Bila sampai tarikh ni, macam-macam perasaan timbul. Kenangan manis & pahit..semuanya ada.

Semalam, dapat tau roomate pun sambut birthday tarikh ni. Hepi besday to Effy!!

*Biarkan semuanya berlalu...jangan dikenang lagi

04 May 2013

Terkantoi!!!!

Huhuhu...

Tadi rasa tension dengan sorang bos ni. Pagi dia cakap lain. Bila dah siap kerja tu & tunjuk kat dia...dia totally ubah semuanya. Bengang punya pasal, Ina balik tempat duduk sambil ngomel bagi tau kat kawan lain. Sambil cakap, langsung tak pandang keliling. Angkat je muka, bos tu ada depan mata sambil senyum.

Dia dengar ke tadi??? Ok..control macho! Ina buat tak tau, terus jawab soalan dari dia...macam tak ada apa yang jadi. Siap masuk bilik dia buat discussion...

Mati la...abis contract nanti sure tak renew!! Prepare for the worst ye Ina...huhu (taktaunakreactcamnedah)

03 May 2013

Kak Long!

Semalam ponteng kerja sebab tak berapa sihat. Doktor tak mau bagi MC. Ina mintak sampai dia bagi..hehe.. (buat muka sedih)

Petangnya, Kak Ana telefon. Panjang borak sampai lambat solat asar! Adoi...
Kisah utama adalah tentang kakak yang sorang lagi. Sempat jugak tanya pasal anak-anak buah.
Katanya, kandungan matang masa hujung bulan 6. Mungkin akan lahir sama dengan Mak Tok atau sama dengan abang Aqif Naufalnya. Dijangkakan lelaki.

Kak Ana mintak nasihat letak nama baby tu. Wan A..... Qashaf. Yang tengah tu dia mintak isikan. Huhu..idea tak ada. Nak bagi nama yang pendek dan sedap didengar. Mesti la ada maksud & sesuai dengan nama belakang tu. Korang ada idea tak??? Meh la kongsi...huhuhu...

Kak Ana nak pantang kat rumah Rawang..yeay!!! Boleh la kumpul anak-anak buah kat rumah...
Ada jugak dia nasihat tentang jodoh. Sorry, Ina tak mencari. Cuma berdoa & berharap akan ada yang terbaik untuk Ina. Cinta akan datang tapi entah bila... Tak nak mengharapkan seseorang & perasan sendiri. Peritnya lebih dahsyat. Sungguh.

01 May 2013

Kisah SEJARAH

Gempar sekejap kat ofis bila ada kawan bagi satu kad jemputan ni pada Ina. Amanah katanya. Daripada siapa?? Hehe..my ex-bf. Nak kawin dah dia...

Alhamdulillah....dia dah jumpa jodohnya. Macam-macam nasihat yang kawan-kawan bagi. Kebanyakannya tak bagi Ina datang kenduri tu. Pada Ina, tak ada dendam dalam hati. Kisah kami cuma sejarah. Kalau datang majlis tu, Ina niat nak untuk berbaik dengan kedua-duanya.

Tapi, lepas diselidik, rupa-rupanya cik tunangan dia tak tau yang dia menjemput Ina datang. So, ada baiknya kalau Ina tak pergi. Takut nanti berubah muka pengantin bila nampak muka Ina.

Untuk si pengantin, maafkan segala kesalahan saya dan teruskan hidup dengan bahagia. Cintai pasangan awak dengan sepenuh hati & kerana Allah. Harap-harap segalanya berjalan lancar...

**Ina pun boleh jadi Nora Danish, melawat Fasha Sandha...hihi

24 April 2013

Luahan...

Huhuhu...letih. Stress. Penat bila ada DIA. Sampai bila???

Ada jawatan kosong tak kat tempat korang? Hukhukhuk...

19 April 2013

Bila Kita Iri Hati....

Bila kita iri hati dengan seseorang, kita mesti suka perhatikan dia.
Dah perhati, cari pulak kekurangan dia.
Cuba jatuhkan dia dengan bermacam cara..dalam sedar atau tidak.
Mengumpat pulak dengan orang lain.
Dosa?? Bertambah-tambah...

Jadi, jangan ada sifat iri hati...
Apa pun yang orang cuba buat pada kita; kalau boleh, kita elakkan je. Jangan bermusuh. Jangan dendam ye....

**Nasihat untuk diri sendiri & orang yang membaca. ;)

12 April 2013

Fanatik Politik

Huhu..gerun nak sebut pasal politik sebenarnya. Tapi, isu ni hangat diperkatakan akhir-akhir ni. Siap ada yang emo.

Adoi...pelik sungguh. Undian adalah rahsia. Hak individu dengan pemahaman masing-masing. Tak patut untuk kita bergaduh & bermusuhan sebab ideologi politik yg berbeza.

Mengundi dengan bijak ye kengkawan. Jangan berkelahi macam 13 Mei dulu. Takuuuuttt....!!!

06 April 2013

Impian Yang Terkubur

Huhu..baru-baru ni, Mai & Ina borak pasal kerja kami yang semakin dahsyat masalahnya. Susah bagi kami yang kurang pengalaman untuk buat kerja-kerja tu. Tekanan dari banyak pihak & staff yang kurang.

Masa tu, Ina pun 'ter'cerita tentang cita-cita & impian yang dah terkubur. Menyesal jugak la tak pilih jalan tu. Tapi, semuanya ada hikmah kan? Ina pun bercerita...

*********

Dulu, Ina study akaun sebab tak suka biologi yang banyak kena membaca & menghafal. Orang otak Matematik susah sikit bab-bab membaca & menghafal ni. Ina minat nak tau hal-hal perubatan. Tapi, lemah bab-bab pembacaan macam biologi & sejarah. Ambil akaun tapi tambah ilmu perubatan dengan bertanya kawan-kawan asrama. 

Bagi Ina, akaun macam Matematik. Banyak mengira & bermain dengan nombor (ramai yang cakap akaun tu susah & berbeza daripada Matematik). Ina sentiasa rasa study akaun tu mudah & seronok. Ada jugak bercita-cita jadi Akauntan. Tapi, bila jawab soalan SPM, Ina rasa Ina takkan dapat A1 untuk akaun. So, Ina mohon matrikulasi Sains - Fizik. 

Bila result SPM keluar, Ina terkejut sebab result akaun A1. Harap sangat kalau-kalau dapat matrikulasi kat tempat yang ada Sains & Akaun. Boleh la tukar bidang. Nasib tak baik, Ina ke Kulim. Matrikulasi kat sana cuma ada Sains. Jadi, tak dapat la Ina tukar kos. Terpaksa teruskan plan B - mengejar cita-cita jadi Engineer. 

Sekarang, ada sikit la rasa nak tukar profession..hihi. Siap cakap dengan Mai, pernah terfikir nak buat 2nd degree dalam akaun pulak. Tak apa la, ada hikmah semua yang berlaku. :)

**Impian dah terkubur!!!

26 March 2013

Weekend Di Wangsa Maju

Dah lama tak melepak dengan geng 'beronggeng zaman U'. Weekend lepas, Ina pun merayau pergi rumah Yan. Elin pun tinggal area situ jugak. 

Sabtu petang, Ina gerak ke sana. Jumpa Yan kat rumahnya. Pergi rumah Elin lepas maghrib. Dinner dengan hasil masakan Elin & Apek (suami dia). Perancangannya nak berkaraoke dengan dorang lepas makan. Tapi, tergendala kejap sebab nak tengok Fear Factor Selebriti. Sempat lagi tu...

Kat karaoke, Eni & Fiq (kawan dia) datang meramaikan. Fiq nyanyi best giler! Sebijik penyanyi asal... Elin pulak sempat ber'hindustan' sampai demam. Haha...sorry beb! Tapi, memang sempoi la Elin. Terkejut bila dia 'naik sheikh'.

Sebelum tidur, Yan meluah perasaan. Ina malas cakap banyak sebab isunya buat Ina jugak terfikir panjang... Soal 'JODOH'. 

Yan, sebagai kawan, Ina cuma nak nasihat....

"Fikirkan tentang kita lebih dari orang sekeliling. Bukan mementingkan diri, tapi, mencari kebahagiaan sendiri. Jangan menangisi nasib, menyalahkan takdir & menyesali apa yang dah jadi. Takut nanti jadi tak percaya pada kekuasaan Yang Esa. Doakan yang terbaik. Berfikir positif, teruskan mencari bahagia. Jangan mendera diri sendiri sampai jatuh sakit. Untuk apa? Jaga diri...sebab badan tu nak pakai lama! :)"

 Esoknya kami merayau lagi. Makan, tengok wayang & swimming (walaupun tak reti berenang!haha). Dah lepas dinner, baru la bergerak pulang. Badan letih sangat!!! Macam tak bercuti rasanya. Tapi, korang memang best....

21 March 2013

SPM 10 Tahun Lalu!

Semua orang update pasal SPM hari ni. Ina pun terfikir yang dah 10 tahun berlalu!

Time ambil result, Ina kat PLKN lagi. Berkumpul kat kantin, tunggu orang panggil nama. 
Dah la nama jauuuuhhh ke belakang. So, lambat sangat la dorang panggil.
Lepas sorang, sorang tunjuk result. Yang nangis ada, yang ketawa seronok pun ada. Bukan sebab straight A's tapi sebab dorang 'angkut' semua alphabet...hahaha

Sampai giliran Ina, Ina cuma pegang, tengok nama. Betul. Nama Ina. Bawak ke belakang, lipat dua. Tengok dari belakang je sambil kira berapa jumlah A yang dapat. Nampak B, sedih sikit la. Terbayang muka kawan-kawan gembira ambil result kat asrama dengan senyuman. Mesti result dorang gempak-gempak. Tak apa la, ini saja yang termampu Ina buat. 

Telefon Mak & Abah, bagi tau keputusan. Dorang langsung tak marah tapi faham keadaan Ina waktu SPM dulu. Antara anak yang dapat result OK jugak bagi dorang... 
Sampai Ina pelik, kenapa la family Ina tak marah tengok result Ina yang tak berapa baik tu??

Bila borak & tanya kawan-kawan PLKN, baru la rasa beruntung. Dengan senyuman Hajar bagitau 'OK la tu Ina, Hajar ni lagi dahsyat. Tapi, Hajar hepi sebab semua lulus!'

Allah bukakan mata Ina untuk faham...bersyukur la dengan apa yang kita peroleh, berusaha lebih untuk masa depan. InsyaAllah, dunia belum kiamat untuk kita.

Adik-adik, korang belum jatuh teruk lagi. Berusaha untuk lebih berjaya ye! Banyak jalan lagi untuk kita berjaya. So, GOOD LUCK SEMUA!!!

16 March 2013

Friendship..

For me, it is good if you have soooo many friends around you. But, Ina bukan jenis orang yang suka bergantung pada kawan. What I can do by my own, I will do it. 

Semua orang cakap Ina ramai kawan..merata-rata tempat. Tak terkira. Cuma berapa ramai kawan yang anggap kita kawan???

Huhuhu...it's random fact OK. Bukan nak cakap siapa-siapa.

Konsep mudah: Ina berkawan dengan orang yang nak berkawan dengan Ina. Ina ingat orang yang ingat Ina. Biar apa orang nak fikir pasal kita, kita tetap orang yang sama.... :)

11 March 2013

Seronok Pekena Orang Sombong!

Hah...ni nak cerita pasal pemandu Malaysia yang sombong dan bongkak bila di jalanraya.

Pagi ni, Ina gerak dari rumah family. So, kena datang awal. Tiba kat satu jalan, Ina di lorong kiri. Ada Myvi kat sebelah kanan. Tapi, masih di belakang. Ina slowly masuk lorong kanan sebab lorong kiri dah tamat. Pemandu MYvi ni dengan sengaja ke depan & himpit kereta Ina. Ina kasi can, bagi dia jalan dulu. Tapi........

Sebab nak bagi pengajaran, Ina follow rapat kereta tu. Macam nak kejar dia. Hahaha...biar dia rasa!
Disebabkan orang tu cuak, dia terus bawak laju & potong kereta-kereta lain & hilang dari pandangan. Tau pun cuak. Tadi sombong yang amat! Geram dengan orang-orang macam ni. Ina memandu bukannya masuk lorong kecemasan ke apa...Dah mintak laluan pun, still nak himpit-himpit orang...

Sedara semua... Malaysia ni kaya dengan sopan santun & adabnya. Kenapa bila kat jalanraya, kita boleh berubah perangai?? Malunya kalau orang luar perhatikan kita. Macam ni ke budaya orang Malaysia? Ikut peraturan yang betul demi menjaga keselamatan kita & orang sekeliling. Jaga adab sopan jugak...

10 March 2013

Jodoh Kita

Semalam, geng M&E kat site sempat makan semeja. Topik perbualan dorang adalah 'Bila korang nak kawin?'. 'Korang' refer to Ina & Mai. Aduih...malas benar nak jawab soalan macam tu...

Dorang siap buat calculation umur kami kalau kawin lambat. Nak buek camno laie? Kalau belum ada jodoh, nak kawin dengan sapa?? Jangan risaukan hidup kami... Sampai masanya, kami akan bagitau semua orang. Bukan tak nak, tapi belum lagi....

Ina tau pahala berkawin tu banyak. Tapi, ini jugak takdir Allah. Tak semuanya sengsara kalau sorang diri & tak semua bahagia kalau berkawin. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Bersedia hadapi, redha & tawakal pada-Nya. Kita mesti jumpa penyelesaiannya nanti.

Allah tak uji kita kalau kita tak mampu menanggungnya. Ye dak???
Syukur dengan apa yang kita ada hari ni. Berusaha dapatkan yang lebih baik & sentiasa mohon keberkatan dari Allah... :)


02 March 2013

Tak Terurus!!!

Huhu..akhir-akhir ni rasa tak terurus sikit. Rasa macam nak buat facial, nak pergi spa, nak ke salon!

Muka semakin OK. Cuma perlu lebih perhatian. Tadi Ina ke Dharan. Ingat nak ambik ubat. Tapi tutup pulak. Epul pergi aritu dorang cakap rekod hilang. Macam terpaksa MC je minggu depan...hihi..jumpa doktor! :)

Izinkan saya cari ubat saya ye encik bos!!!

24 February 2013

Aku, Dia & Batang Kali...

Siang tadi, Ina ke Batang Kali. Terimbau segala kenangan lalu...hihihi.

Dulu, Ina 'tersuka' kan seseorang & orang tu tau. Macam flash light, rasa tu datang & sekejap jugak rasa tu pergi. Tapi, segala kenangan tu tetap ada dalam ingatan. Kenangan di Batang Kali. :)

Biarkan semua yang berlalu itu pergi selamanya dari hati. Teruskan kehidupan dengan senyuman & harapan.

** Tiba-tiba Mak tanya pasal kawin tadi. Apa nak jawab? ...Jodoh belum sampai agaknya ;)

19 February 2013

Tempat Baru

Huhuhu...kerja semakin rumit!

Otak letih. Baru hari ke-4 bekerja kat sini tapi penat. Maybe sebab berulang dari rumah kot...

Kerja pun banyak walaupun skop kerja makin spesifik. Cuma Ina tak sampai tahap stress melampau macam yang dorang ceritakan sebelum ni.

Kalau cakap nama projek, mesti satu Malaysia tau. Projek besar. Tapi kami cuma orang kecil, tak mampu buat semuanya. Segalanya nak details...adoi laaa...

Mujur ada Cik Akmal a.k.a Mai yang membantu. Thank you makcik!!!

14 February 2013

14 Februari!

Bukan pasal Valentine Day ye!

Tarikh yang sama, 9 tahun lepas. Cinta pertama. 

Sukar dilupakan, tapi bukan bermaksud mencintai semula. Rindu detik tu. Teringin nak tau keadaan orangnya. Tertanya-tanya khabar berita dia.

Hope dia sedang bahagia & gembira dengan orang-orang tersayang. Ina sentiasa doakan.

***Barang yang lepas selalu dikenang... Kalau la otak boleh diprogramkan, boleh la kita lupa semua kenangan silam. Peace! ;)

13 February 2013

Trip to Ganu!!!

Huhuhu..perjalanan meletihkan.

9 Februari 2013 (9.45 malam)
Kami amik bas kat Putra. Sambil tunggu, sambil perhati keadaan sekeliling. Nampak 2 budak bawak beg besar. Dorang bersendiri, tak ada orang tua. Kami tengok salah sorang bangun bercakap dengan sorang penjual tiket bas. Orang tu cakap something, lepas tu tukarkan tiket dorang dengan orang kat belakang budak-budak tu. 
Hentian Putra - 9 Februari 2013

Kami tengok orang yang ditukarkan tiket tu buat reaksi pelik. Kami perhatikan & buat kesimpulan sendiri. Mungkin lelaki si penjual tiket tengah menipu budak 2 orang ni. Rahim (kawan kami) datang bercakap dengan budak-budak tu. Sah, dorang ditipu. Tiket bas dorang pukul 7. Tapi, sejak pukul 7, dah 3 kali tiketnya ditukar. Rahim cuba telefon kawannya, polis. Dia amik nombor telefon salah sorang budak tu. Dia cakap dengan budak tu...

'Kalau pukul 10.30 ni korang tak naik bas, bagitau abang. Abang terus contact kawan tu suruh datang tengok...'

Kami naik bas pukul 10.30malam. So, bila kami naik bas, Rahim terus telefon tanya budak tu. Mujur dorang dah naik bas... Seronok orang  tu menipu budak-budak ye! Geram je tengok....

10 Februari 2013 (5.30 pagi)
Kami sampai stesen bas. Tunggu sorang lagi yang naik bas lain. Telefon pengantin mintak tolong hantar kami ke tempat menginap. Pengantin dah selamat diijabkabulkan. Cuma agak letih sebab tidur lambat malam tu. Thanks Kamil untuk segala kemudahan. Bersyukur dengan apa yang ada.

Puas tidur sebelah pagi, kami bangun cari makan. Merayau cari Masjid Kristal & Pantai Batu Burok. Dapat jugak menjelajah Ganu walaupun dengan GPS je. Solat di Masjid Kristal, bersiar-siar kat pantai & makan pulak 'Celup Tepung' entah berapa kali... Kenyang!!!

Malamnya, kami jumpa kawan Zaty (orang Ganu). Makan kat tempat yang kami jumpa je. Walaupun hidangan lambat sampai, makanannya boleh tahan OK la. Sedap. Balik bilik, semua dah ngantuk. Sambung tidur & ready untuk majlis esoknya...

11 Februari 2013 (9.00 pagi)
Kami cari breakfast dekat-dekat tempat menginap. Makan pagi yang mngenyangkan. Nasi lemak & roti canai. Balik, bersiap pulak untuk pergi majlis Kamil. 

Rumahnya dah tak jauh dari situ. Senang cari. Tapi, bila sampai sana, macam terawal sangat la pulak. Tak tau nak ke mana. Lastly, kami ikut photographer amik gambar pengantin kat depan. Siap berarak dengan keluarga perempuan. Hahaha...kompius kami dari mana...

Lepas makan, mesti la sibuk-sibuk nak tulis guest book, amik gambar. Yang lelaki dok diam-diam kat luar tunggu kami berdua. Dah dapat apa yang nak, baru kami gerak balik bilik.

Petang tu, kami sibuk cari kedai keropok lekor kat Losong. Jumpa yang berkenan. Tapi, dekat 2 jam kami tunggu untuk 16 bungkus keropok lekor. Hehe..4 orang punya bekal ye! Balik bilik, semuanya rushing. Nak bersiap untuk pergi rumah Kamil sebelum ke stesen bas. 

Mujur sempat sampai, terus naik bas. Naik tren dari Putra. Lepas tu naik teksi pulak ke rumah. Ina sampai rumah dalam pukul 7.00 pagi jugak la.


08 February 2013

Ganas...!!!


Teringat zaman kanak-kanak...

Ina budak yang panas baran masa tu. Tak boleh diganggu lelaki. Siapa berani kacau? Memang malang nasib orang tu...hihihi...

******

Pernah sorang budak lelaki ni tahan Ina tengah jalan masa Ina kayuh basikal turun bukit sekolah agama. Ina sempat jerit kat dia...

"Basikal ni tak ada brek. Jangan hadang..."

Budak tu ingat Ina main-main. Dia terus dok tengah-tengah jalan. Ina pulak tak sempat nak elak..terus langgar dia. Tayar basikal masuk tepat-tepat celah kelangkang dia. Bayangkan apa yang jadi.....hihi.
Ina mampu mintak maaf je & ulang kata-kata tadi.... :)

******

Sorang lagi budak lelaki suka mengejek nama Abah. Ina yang tengah marah time tu, lempar pemadam kat muka budak tu. Dia sempat mengelak. Tapi, sebab marah, Ina capai pencil box besi & baling kat dia. Masalahnya, bukan dia yang kena. Sorang kawan lain yang lalu depan kami yang terkena. Mau bengkak bibir dia seminggu. Puas mohon maaf kat budak tu...adoi!!!

******

Ni sebahagian kisah 'ganas' Ina zaman kanak-kanak. Kerja nak marah je kot time tu...
Semua budak lelaki tak berani nak kacau lebih-lebih sebab dorang tau Ina akan balas apa yang dorang buat. ;)
 


07 February 2013

Sedih...

Semalam, emosi Ina sangat terganggu. Siap balik rumah melepak tidur waktu lunch hour. Nangis gila-gila.

Tapi, cuma nama Allah yang Ina sebut berkali-kali. Solat & baca Ar-Rahman seround. Sungguh. Itu la ubat penenang Ina semalam. Mengadu & berdoa pada-Nya. 

Amalkan surah Ar-Rahman setiap kali gelisah atau sedih, insya-Allah semua akan jadi tenang semula. 
Syukur pada-Mu ya Allah...ingatanku hanya pada-Mu....

Petangnya, sambung kerja dengan penuh semangat. Siap sempat pergi site check pressure test untuk cold water :)

**Tiap-tiap bulan emosi wanitaku pasti terganggu, walau sedar ataupun tidak. Hihi.

06 February 2013

Kerja Oh Kerja!!!

Huhuhuhu...dah tinggal beberapa hari bekerja je lagi ni. 
Tiba-tiba kerja bertambun banyak. Semua orang start nak 'tiaw' Ina. Boleh tak Ina cuti panjang, tinggalkan semuanya. Siap-siap untuk berkemas pindah je... Syoknyeee kalau dapat!

Kalau dapat la..masalahnya, Ina kena menghadap semua ni sementara masih bekerja kat sini. Cepat la transfer!!! Penat dah fikir masalah tak selesai kat sini...... :(

04 February 2013

Rindu Zaman Kanak-kanak....

Hihi..boleh tergelak sendiri kalau fikir balik semua cerita zaman kanak-kanak. Memang Ina selalu dijadikan 'bahan' gelak kakak-kakak & abang-abang.

3tahun.
Ina jenis budak yang lasak. Tapi, suka melawa. Pernah jatuh depan rumah sebab tersipu-sipu orang tegur...
"Cantiknya Nina pakai baju kurung..."
...dan baju kurung adalah baju kegemaran Ina sampai abis sekolah rendah.

5tahun.
Nak keluar main, mesti dengan abang & adik lelaki. So, perangai macam lelaki sikit. Semua mainan lelaki Ina main. Laga semut, biji getah, spider & kumbang tanduk. Berudu pun main jugak..hihi. Kalau main masak-masak (dengan jiran), tak main anak patung. Kami guna barang-barang macam 'sepit udang' basikal, kain perca & daun-daun sekitar rumah. Pelik, tapi itulah kanak-kanak...

Sekolah rendah.
Huhu..zaman paling syok. Memanjat memang dah jadi minat Ina. Sampai tiang buaian kat taman pun Ina panjat. Panjat pokok kedondong sampai dahan patah, Ina jatuh! Hahaha... Tapi, tak serik-serik. Pernah ikut Am (abang) pergi cari biji getah sampai taman-taman sebelah & kebun orang. Balik rumah mesti kena pukul dengan Mak. Ish..ish..ish..budak nakal!
Kalau hujan, anak-anak encik Awie ni memang bermandi hujan. Kadang-kadang Mak bagi, kadang-kadang kami yang lari keluar.Sampai Kak Ana pun join... Kalau ada carpet yang nak dibasuh, Mak akan letak kat luar rumah, bagi sabun & berus untuk kami sental sambil mandi hujan. Best!
Walaupun nakal, Ina tetap disayangi cikgu tau... Budak baik kat sekolah.

Owh...rindunya semua kenakalan.... Korang ada moment indah tu???

02 February 2013

Sedih & Gembira Serentak

Hari Khamis sebelum balik kerja baru-baru ni, bos masuk kabin M&E. Bagitau yang Ina kena transfer secepat mungkin. Huhuhu...siap mintak pergi Isnin ni (4hb). Bising jugak mulut ni menjawab. Yelah, banyak kot barang nak kemas. Mana sempat nak terus mengemas semuanya. Ina mintak postpone tarikhnya. Mujur Senior Engineer nak tarik Ina stay sini sampai 14hb. Syukur...

Dalam hati, dah bermacam rasa. Sedih sebab dah lama kat sini. Kawan-kawan semua best. Tiba-tiba nak kena tinggalkan dorang. Pergi tempat baru pun tak tau apa akan jadi..walaupun ada kawan jugak kat sana. Banyak kenangan dengan team site office kat sini... Ada yang tak best, tapi mesti la kenangan yang seronok tu kita ingat...

9hb ni kami beramai-ramai ke Terengganu. Tu kira percutian terakhir dengan team site office ni. Kamil kawin! Abang Azmi pun sama...tapi, kami tak dapat pergi. Congrates to both pasangan. Moga berkekalan hendaknya. Percutian kat Terengganu mesti jadi the best untuk Ina...hope sooo...

Izzaty, cepat-cepat transfer. Ada jugak geng gosip kat sana nanti..hihihi. Geng lelaki pun, thanx sebab korang banyak membantu sepanjang Ina kat sini. 

Ina orang baru yang awal sangat kena pindah...sedih!!! Good Luck to me! 

**S.M.I.L.E....


31 January 2013

Tagged & Ina ;)

Semalam, Ina tergerak nak bukak Tagged yang dah lama tak dijenguk. Tengok profile pun gambar time bukak puasa tahun lepas.

Ina cek segala friend request, tukar profile comey sikit, tengok apa-apa request lain yang ada. Tak minat sangat pun nak aktifkan benda alah tu. Cuma kemas segala semak-samun.

Bila bukak hari ni, penuh mesej & friend request. Apakah? Kenapakah? 
Huhuhu..semua pun tegur sebab profile picture tu gambar Ina dengan topi putih & ves ijau. Nampak gaya-gaya engineer buat kerja kat site. 

Adoi...Ina tak perlukan kawan-kawan yang memandang pangkat & rupa ye. Kenapa la manusia selalu menilai orang dengan apa yang dorang nampak? 

> Kalau kecantikan yang dorang cari, Ina bukan orangnya.
> Kalau mata jadi tarikan, cabut la mata ni.
> Kalau pangkat yang dorang pandang, Ina bukan orang kaya @ anak si kaya.
> Kalau akhlak & hati yang dilihat, Ina bersedia untuk jadi lebih baik...insyaAllah.

***Tapi, memang laman sosial hanya mampu kenalkan kita dengan rupa seseorang je...kan? Hurmm...

29 January 2013

Kisah Di Pudu Sentral

Sampai Pudu Sentral, Ina dah pun terlepas bas. Saja confirm kan dekat kaunter. Dengan muka 'kerek', abang kaunter tu pandang jam & cakap...

'Ni dah pukul berapa, dah gerak dah laa..'

Cukup tak ramah ye! Tak apa, boleh beli tiket lain. Ina terus mencari tiket lain. Ada, tapi pukul 1 tengahari. Maknanya, kena berkampung kat situ dalam 2 jam. Sabar je la...

Bateri HP dah nak padam. Sibuk otak ni berfikir kat mana boleh cas HP. Tiba-tiba terpandang sorang abang ni tengah cas HP kat 1 sudut. Ina pun menunggu dia dari jauh. Sampai selesai, Ina bergerak ke tempat tu. Terus menghadap HP sambil dicas.

Ina perasan ada sorang lelaki tiba-tiba duduk kat bangku belakang Ina. Mula-mula jauh, kemudian makin dekat. Dia betul-betul belakang Ina. Ina terdengar dia bersuara menyapa. Tapi, Ina abaikan sampai la waktu Ina nak bergerak ke platform. 

'Akak nak gi mana?'

'Kuantan'

'Dari mana?'

'Putrajaya', jujur je jawab; entah kenapa...adoi!

'Akak kerja apa?'

Malas nak panjangkan perbualan, 'Contractor'

'Hah..kejap kak, saya nak tanya pendapat. Jangan takut, sekejap je. Bukan nak ngorat'

Dalam hati 'Apa pasal dia mention 'bukan nak ngorat'? Nampak sangat nak ngorat...'

Layankan aja, Ina duduk semula. Dengar apa yang dia nak tanya. Ina jawab apa yang tau. Kemudian, pandang jam. Bagitau yang Ina tengah rushing. So, nak cepat bergerak ke platform. Sempat jugak dia mintak no HP. Sekali lagi, dengan jujurnya Ina bagi. Dalam hati dah was-was. Takut jugak dijual nombor tu atau jadi mangsa kena kacau.

Malamnya, budak tu telefon. Ina angkat. Tapi, terus padamkan semula. Takut.
Dia call lagi. Ina letak bawah bantal, tak jawab. Huhuhuhu...
Ina mesej tanya 'Ada apa? Saya busy..'
Jawapannya, tak ada apa...pelik!

Esoknya, Ina masih diganggu. Tapi, ada saja alasan yang Ina bagi..hehe.
Sorry, Ina tak berminat nak melayan orang macam ni. Kalau nak berkawan, ini bukan caranya.

Adik-adik perempuan kat luar sana, tolong berhati-hati dengan lelaki yang tak dikenali. Kita tak tau apa yang akan dia buat. So, sentiasa beringat ye. Jangan mudah terima segala ajakan...walaupun kita desperate nak kawin! Maruah diri lebih penting daripada segala-galanya.

**Sebelum orang tu tegur, Ina teringat kisah Kak May yang bertemu jodoh dengan lelaki yang dia kenal kat stesen bas. Huhu..rahsia Allah. Dia saja yang tau... :)

28 January 2013

Letih Yang Seronok!

Huhu..3 hari bermalam di Kuantan. Memang best menghabiskan masa bercuti. Letih buat segala persiapan majlis. hari-hari tidur lewat, bangun awal. Tapi, puas hati. Dapat menyibuk kat sana. Dapat jumpa kengkawan U yang dah lama tak berjumpa. Dapat bergelak ketawa tak berhenti...hihihi...

Terima kasih pada keluarga Kak Mazu (Mak, Ayah, Kak Long, Kak Mas, Kak Jaja, Da, Medan & anak-anak buah). Semuanya baik-baik. Gembira tengok dorang tekun menyiapkan semuanya bersama-sama. Lama tak rasa rewang macam ni. 

Kami membantu apa yang terdaya sambil menghabiskan masa bujang Kak Mazu dengan kami. Dapat jumpa geng-geng G2B & kengkawan yang sarat bawak perut masing-masing. Tak sabar nak tunggu G2B Junior dari Kak Mazu & Mus. :)

Semalam sampai KL dalam pukul 11 malam. Balik Putrajaya, sampai rumah pukul 12. Huhu..pagi ni bangun lambat. Sampai tengahari pun mata nak layu je. Almaklum la bekerja time semua orang cuti Thaipusam. Memang Monday Blues sangat!!!

OK...jom tidur!Oooopppsss! :p

23 January 2013

Kelemahan Diri

Hoho.. cerita pasal kelemahan diri Ina.

Paling tak boleh nak cover ialah kurang berkeyakinan. Macam-macam cara dah try. Tapi, still a very low confident person.

Zaman Sekolah.
Cikgu suka nak bagi jawatan pemimpin pada Ina. Memang la Ina anak murid yang baik (sila muntah!haha). Tapi bila bab bercakap dekat public, Ina sangat tak reti! Mula la suara-suara pelik yang keluar dari mulut. Memang lawak. Bayangkan Ina bagi arahan kawad dengan suara terketar-ketar. Buruk gila! Memalukan tapi, Ina tetap mencuba. Sampai 1 tahap, Ina boleh conduct mereka dengan baik. Thanks cikgu!

Zaman Universiti.
Ada lecturer yang tau Ina jarang-jarang bersuara dalam kelas & kurang keyakinan. Bila jumpa depan dia, Ina boleh bertanya & bercakap dengan baik. Dia pernah suruh Ina jadi ketua untuk presentation projek. Hasilnya, Ina boleh! Cuma ketakutan & neves tu melampau je...hehe.

Dah kerja.
Ina sanggup berhenti kerja sebelum ni bila ada peluang baiki diri. Masuk training program yang buatkan Ina lebih confident cakap English depan orang. Ada perubahan sikit.

Sekarang, Ina boleh bercakap depan orang ramai. Tapi, bukan untuk presentation atau apa-apa yang formal. Huhu..darah gemuruh agaknya. Memang orang boleh perasan bila suara Ina jadi lain. Pada korang yang ada masalah yang sama, try atasi. Cabar diri untuk buat apa yang korang tak boleh buat. Lama-lama, OK la tu. Sampai bila-bila pun Ina akan terus berusaha baiki diri. InsyaAllah. 

22 January 2013

Pengajaran & Pengalaman Hari Ni...

Sila jangan bergantung harap pada manusia lain. Apa yang boleh kita lakukan sendiri, kita buat je la.

Ina dapat pengajaran hari ni sebab perut dah sakit! Aduh..mood pun hilang.
So, untuk lebih gembirakan hidup, jangan terlalu berharap. 
You are strong & matured enough to do all the things by yourself, Ina!

**Thanks to Abah because you educate me to be a stronger person. :)

19 January 2013

Tak Sabar Nak Holiday!!!!

Hoho...just next week!

Hurm..24hb nanti nak ke Kuantan. Majlis kawin lagi! Tak sabar nak beronggeng dengan kengkawan U. Tak sabar nak melaram...hikhik! Almaklum la...lama dah tak sarung baju-baju kurung/kebaya ni. Dia punya teringin tu lain sikit..hehe. Kak Mazu, wait for us ok! Seronok tengok Kak Mazu yang excited nak kawin..busy sangat dengan persiapan dia.

Kemudian, nak sambung pulak kat Terengganu 9 Februari. Vacation sambil attend majlis kawin Kamil, my officemate. Yeahh!!!

OK...actually, I need rest. Rasa penat melayan kerja yang.... (tak tau nak describe..huhuhu).

18 January 2013

Bila Kita Percayakan Allah...

SubhanAllah! Pengalaman hidup...

Bila kita percayakan Allah sepenuh hati, kita takkan mudah kecewa. Hidup penuh ketenangan, penuh kebahagiaan. Ina dapat rasakan bila Ina terlalu yakin & pasti dengan segala ketentuan yang Allah beri.
Tak ada rasa sedih, tak ada rasa nak nangis. Cukup tenang! Pasrah & rela hati je. Indahnya hidup bersama Islam. 

Syukur ya Allah...

**Frenz, I'm OK. Very calm. Bahagia. :)

15 January 2013

Perangai Nakal Ina!

Hehehe...tajuk bajet best...

Apa pendapat korang pasal lelaki pemalu? Patut ke seorang lelaki terlebih pemalu?
Malu biar kena pada keadaan ye. Jangan terlalu pemalu, nanti melepas... :)

Perangai nakal Ina yang ramai tak sangka & tak tau; Ina suka mengusik lelaki pemalu. Hehe..
Ina agak pemalu kalau lelaki tu jenis suka mengacau perempuan. Tapi, Ina jadi berani mengacau pulak kalau lelaki tu yang pemalu. Pada Ina, Ina suka tengok dorang tunduk-tunduk malu bila kena kacau...

Dan, selalunya lelaki-lelaki macam ni akan jadi kawan baik Ina bila dah lama kenal! Pelik kan? Itulah salah satu cara untuk Ina tambah kawan. Bukan niat nak mengusik sangat pun. Tapi niat nak bagi dia berani bercakap dengan Ina & kawan perempuan. Tak perlu la sampai boleh bertepuk tampar. Cukup sekadar boleh di bawak berbual.

**Mesti ramai kawan lelaki berterima kasih bila tau Ina buat semua ni untuk kebaikan dorang..hihi..perasan!

"Kau Pun Patut Bahagia..."

Jawapannya...

Ina bahagia dengan keluarga tercinta.
Ina bahagia dengan adanya kawan-kawan yang baik & caring sekeliling Ina.
Tentang cinta, biar Dia yang temukan bahagia untukku. Doa sentiasa ada. Menolak kehadiran seseorang tu memang tak pernah. Cuma Ina cukup berhati-hati untuk tak kecewa lagi. :)

Lihat senyuman korang, kebahagiaan korang; Ina jadi lebih bahagia daripada korang sendiri. Jangan risaukan Ina... Korang boleh nampak kebahagiaan Ina dengan badan yang bertambah-tambah berisi ni. Comel sangat rasanya..hahaha. Chubby OK!

Si dia akan datang menceriakan hidup ni..satu masa nanti. Ina yakin dengan takdir jodoh & pertemuan yang Allah tetapkan untuk kita. InsyaAllah...amiiinnn...

12 January 2013

Rakan-Sahabat-Kawan-Teman KaribKu!!!(Perempuan)

Ingat lagi entri ni? Ina terlupa nak sambung untuk edisi perempuan.
Hari ni, Ina tertengok & rasa nak buat lak...

Of course, the BEST of the best friends that I ever have are my 2 elder sisters. Dengan dorang, Ina tidur sekali, gaduh, makan sama-sama, bergurau... Bila ada masalah pun, Ina akan tanya pendapat dorang. Ina sayaaaannnggg Kak Ana & Lily! :)

Kawan-kawan pulak....
  • Nurul Farhana (Ana Daai) - Kami kenal sejak darjah 2. Still contact, melepak kat kampung sama-sama bila masing-masing balik.
  • Nurul Farhana (Ana Hery) - Kawan dari darjah 4. Jarang contact akhir-akhir ni sebab masing-masing sibuk...
  • Hafsah (Ica) - Kenal dari tadika lagi. Sekarang dah ada anak dah pun...
  • Suraya (Sue) - Berkawan dari darjah 5. Baik orangnya. Sekarang, suami dia 1 ofis dengan Ina...ish3...
  • Shafiza (Sha) - Dari tahun 1 kat U, kami dah jadi rapat. Kebetulan sama birthday. Segala cerita kami kongsi bersama.
  • Erlin (Kecik) - Kawan baik selain Sha. Kenal kat U jugak. Member beronggeng! Hehe
  • Azian (Yan) - Kenal dari KMK lagi. Cuma tak pernah bertegur. Mula rapat sejak join KLM.
  • Madihah (Dyeha) - Sejak tahun 3, baru kami rapat. Ina selalu jadi tempat untuk dia menangis... (cengeng jugak ni..hehe)
  • Nurul 'Ain (Ain) - Tahun 3 jugak rapat dengan dia. Banyak kongsi ilmu agama & kehidupan dengan dia. Terima kasih Ain!
  • Izzaty (Zaty) - Sejak kerja kat Putrajaya, Ina kenal dia. Seronok jadi buddy meronggeng! Hehehe...
 Ini kawan-kawan yang selalu & masih Ina contact. Mintak maaf kalau ada kawan baik yang baca & tak jumpa namanya dalam ni. Bukan tak ingat, tapi ini antara mereka yang sangat rapat dengan Ina & still contact. Nak masukkan semua nama, takut terlalu panjang pulak kan...

**Mak cakap Ina ada kawan kat mana-mana... Terlalu ramai kalau nak diceritakan semuanya... :)


11 January 2013

Counting Days...

Huhu..tinggal berapa hari je nak abiskan segala kerja kat sini. Nak kena berpindah site pulak...
Rela dalam paksa. Sedih nak pindah sebab team kat sini best. Banyak kawan, ramai yang membantu & banyak program muda-mudi :)

Apa lagi yang sedih?? Huhuhu..terpaksa tinggalkan 'Abang Taff' kat sini...

Siapakah dia???  Rahsia! Hahaha...
Abang Taff...
Jangan risau ye, kalau jodoh, tak ke mana ;)


07 January 2013

Kebaikan & Keburukan Berkening Tebal

  1. Tiap kali amik wuduk, kena wipe kening; ala-ala wiper kereta gitu..haha
  2. Bila berpeluh, kening terasa berat; banyak air tertakung :p
  3. Tak perlu beli pelukis kening & segala set make up untuk kening; dah lebat kan...
  4. Sebagai pengenalan diri; orang senang cam muka kita walaupun kita tak ingat siapa dia.
  5. Kuat cemburu...???; cemburu tanda sayang, tak gitu? Hehe 
**Jangan marah ye. Just joking. Anyway, Ina salah sorang! :)

04 January 2013

Gemuk???

Hoho... dulu Ina si kurus keding! Ada budak-budak lelaki kat U panggil 'papan'. Kebetulan Ina rapat dengan sorang lagi kawan yang sama kurus... Tak pasal-pasal dia dapat nama 'plywood'. Kesian kami...

Sejak menderma darah, badan ni naik tak nak berhenti pulak. Hehe.. gemuk ke? No laaa..masih comel!hihi..
Kawan-kawan perempuan & family semua cakap muka makin berseri. Seronok dengar. Ina tak nak kurus lagi...betul! Janji!!!

Kalau nak turunkan pun...sikit je laa... Nak maintain takat tu je. Untuk kengkawan yang dah terlebih berat, you all need to do something. Joging paling mudah. Even busy dengan kerja, petang-petang, Ina try jugak berjoging... Jom kita! Hidup sihat ye...

Tak kurus, tak apa. Janji kita sihat sentiasa. Barulah naik seri wajah :)

03 January 2013

Dr L.O.V.E: Agensi Cari Jodoh! Haha

Errrrmmmm... Pelik je title nya kan??

Hehe..Ina sedang usahakan benda ni. Secara privacy ok!

Sorang kawan laki ni sibuk mintak Ina kenalkan dengan aweks cun. Kebetulan pulak, sorang kawan perempuan ni tengah bermasalah. Ina rasa penyelesaian untuk kawan perempuan ni adalah mencari KAWAN lain. Yelah, tak perlu pikirkan masalah sebelum ni sangat. Ye tak?

Timbul idea nak menyatukan dorang berdua ni! Hehe..sama cantik, sama padan... Ikut firasat Ina la.
Tak sangka jangkaan tu betul. Dorang serasi! Dah selesai jumpakan dorang. Lepas ni, pandai-pandai korang la nak date ke apa lak ye. Kalau bertemu kat pelamin nanti, jangan lupa jemput!! Hikhikhik


Suka terlebih lak. Bak kata Izzaty, 'Nasib si telangkai...'
Calon untuk diri sendiri tak jumpa-jumpa, untuk orang lain lak yang disibukkan! 
Haish...dah jodoh lambat...nak wat camno? :)

02 January 2013

Check List 2012 & Plan 2013...

Checklist 2012: (sumber)


  1. Mencari kerja tetap: dapat dah..tapi, dapat jugak berita kena transfer
  2. Kumpul duit..nak ada kenderaan milik sendiri: tengah kumpul lagi..ASB!tak nak terburu-buru..WQY masih OK
  3. Kawin..eh, tak-tak! Nak mengenal orang baru & lupakan segala kesedihan: kenal sudah, bercinta masih belum.Kawin? Huhu...this coming year mungkin!
  4. Bercuti dengan GREENERS, G2B & kaum keluarga!!: dengan GREENER tak plan, dengan G2B pun. Family setakat konvoi ramai-ramai balik kampung je :(
  5. Mencari ilmu tambahan..perkukuhkan segala ilmu yang ada :): masih berusaha menambah apa yang perlu!

Plan 2013:
  1. Kawin! Hai...dimanakah calonnya? Awak tak jumpa cari saya ke???
  2. Percutian menyeronokkan
  3. Tambah ilmu masakan, jahitan & agama
  4. Kerja lebih baik...cari lain!!
  5. Menjaga WQY sepenuhnya...atau mungkin beli baru :)