31 January 2014

Kerjaya

Dah bertahun bekerja kat sini. Rasa macam kurang lagi ilmu. Tiba-tiba Ina merancang nak 'tambah' ilmu dengan try benda-benda lain. Try softwares yang tak pernah Ina cuba, buat benda-benda baru. Mana laa tau, nak kembangkan kerjaya kat tempat lain dengan skills lain pulak. Tak salah mencuba. 

Dengan stress yang ada sekarang, Ina rasa boleh hindarkan stress tu dengan menambah ilmu. Sambil-sambil bagi penerangan dekat adik-adik praktikal, Ina search ilmu yang Ina kurang tu. Tulis dalam buku, simpan videos & pictures yang perlu. InsyaAllah ada gunanya nanti. Moh kite! :)


24 January 2014

Teringat Mereka...

Huhuhu...2-3 hari ni, asyik teringat& seronok bercerita pasal mereka yang dah tak ada.

Mula-mula, dok ingat arwah Tok Ayoh..cerita pasal telatah dia menegur cucu-cucu dia dengan cara berlawak. Lepas tu, teringat arwah Mek. Rindu cara layanan dia. Pendiam tapi sentiasa lebihkan cucu-cucu. Arwah Mok tak rapat dengan Ina. Tapi, kenangan tetap ada.

Tadi, bercerita pulak pasal Mr. Nor, cikgu matematik yang buat Ina sukaaaa sangat-sangat pada matematik. Kalau boleh, Ina nak turunkan ilmu matematik dia pada orang lain. Jasa dia sentiasa Ina ingat.

Hurm....rindunya kat mereka. Ya Allah, Kau semadikan mereka dengan tenang & aman disana. Tempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman...amin.