05 February 2014

Kawan ke Ambil Kesempatan???

Dah banyak kali Ina alami benda ni. Terasa macam persahabatan tu tak ada nilainya. Bagi kami sekeluarga, persahabatan tu macam saudara. Satu family kenal, boleh datang jenguk mak ayah masing-masing, yang ikut balik kampung pun ada. Susah senang kita kongsi sama-sama.

Bukannya macam sesetengah orang. Nak berkawan sebab mudah nanti nak jalan sana sini; kawan ada kereta. Senang kawan dengan orang tu sebab dia anak orang kaya, boleh belanja makan...dan macam-macam alasan lain. (Mohon terasa pada yang pernah buat kat Ina). Bukan apa, Ina cuma nak orang yang berperangai macam ni fikir panjaaaaaaaannnggg sikit. Macam mana korang pilih kawan, macam tu jugak korang akan pilih pasangan hidup.

Bayangkan.

Kalau korang terima seseorang ni sebagai pasangan hidup sebab kaya. Time dia jatuh muflis, korang nak bercerai ke?

Kalau korang pilih dia sebab hensem/cantik, lepas mengandung akan kekal cantik macam tu jugak ke? Yang lelaki pulak, tak boroi ke? Kalau tua nanti kacak/cantik lagi ke?



Letak diri kamu semua sebagai kawan yang diambil kesempatan tu. Suka ke orang buat macam tu kat korang? Bumi ini bulat. Kadang kita kat atas, kadang kat bawah. Jangan sampai satu masa, korang pulak menangis teresak-esak sebab tak jumpa sahabat yang baik. Mungkin jugak korang akan menyesal tengok betapa baiknya kawan tu...korang ambil kesempatan, dia masih teguh jadi sahabat.
Renungkan laaa. Kalau ada yang dipulaukan, tengok balik, selidik peribadi kita. 

**Ingatan untuk Ina jugak.....