10 March 2014

Asas Agama Anak-anak

Salam. Baru berkesempatan menaip apa yang difikiran.

Keadaan Malaysia kita sekarang buat Ina fikir... 
'Apa punca masalah anak-anak muda kita mudah terpengaruh dengan segala gejala tak sihat & keganasan?'

Banyak yang simpulkan sebab utama adalah asas didikan. Dalam Islam, kita berpegang teguh pada agama ini untuk setiap perlakuan kita. Tapi, kalau anak-anak kita tak pernah diajar asasnya, macam mana mereka nak ikut?

Ina pernah dengar satu ceramah agama. Katanya, banyakkan buku-buku sirah Nabi kita di rumah. Biar anak-anak baca & fahamkan. Pada Ina, asas agama tu sendiri kena diterapkan sejak kecil. Bila anak-anak pandai membaca, bagi la mereka buku-buku sejarah Islam. 

Ina sendiri pernah dihadiahkan buku '100 Soal Jawab Mudah Tentang Agama' (lebih kurang la tajuknya) waktu berumur 8 tahun. Abah yang bagi. Katanya, Ina suka membaca. Sebab tu dia carikan buku tu. Dari soalan yang mudah-mudah tu, Ina tau apa yang kanak-kanak lain tak pernah baca.

Macam belajar Matematik, kita terangkan asas pengiraan. Kalau anak-anak ni faham, mereka boleh jawab soalan yang lebih sukar. Kalau tak faham, kita buat mereka faham dengan cara lain pulak. Qias mungkin.

Semalam, Ina & Yan solat maghrib kat shopping mall. Memang la tak akan dengar azan kat dalam tu. Bila Yan tanya 'dah masuk waktu ke? Kalau ikut jam ni, dah masuk..'
Ina pandang muka dia. Ina tanya 'waktu nya pukul berapa?'
'Pukul 7.28pm'
Sambil tengok jam kat handphone, Ina jawab 'Kuncinya yakin...Jom solat!'
Lepas Ina mula bangun, ramai yang ikut...
Apa yang Ina nak sampaikan ialah kita tau asasnya 'yakin', maka buatlah. Kalau tak, kena tunggu sampai keyakinan tu datang...atau tunggu bunyi azan laaa....

Kawan-kawan yang tengah membesarkan anak-anak, jom kita terapkan ilmu agama untuk kebaikan generasi Islam akan datang...