28 March 2014

Hormat Orang Kalau Nak Dihormati

Dah banyak tempat Ina pergi lepas tamat ijazah. Macam-macam ilmu & pengalaman baru terkumpul. Banyak jugak kawan & musuh yang datang. Ina nak kongsikan perkara yang satu ni...

Dalam semua tempat yang Ina pergi, mesti ada kawan-kawan yang tak tahu nak hormat orang lain. Maksud Ina bukan dari segi perkataan je, perbuatan pun sama.

Bila kita berkongsi tempat tinggal dengan orang lain, kita kena la hormat privacy kawan tu. Jaga & pelihara barang-barang kegunaan bersama. Contoh yang Ina boleh bagi; toilet. Lepas guna, pastikan la tak ada 'barang' kita yang tinggal, sampah tak dibuang merata-rata & cuci bila kotor.

Kalau kat dapur, memang selalu jadi. Kalau rasa nak makan sama-sama, kita masak la sama-sama. Kalau tak pandai, tolong apa yang kita tau buat. Kalau masak sendiri, jangan pulak lupa cuci pinggan, mangkuk & kuali yang diguna. Milik bersama kan? At least, jangan kacau tempat untuk orang lain membasuh & memasak. Kalau ambik makanan orang, pleaseeee laaa INFORM. Bukan susah sangat pun, sekarang dah ada whatsapp,wechat, BBM etc. Sakit perut tau kalau makan tak minta izin. Islam sangat tegah kita ambik hak orang lain...terutamanya makanan! Bila dah buat sampah, sama-sama laa kutip & buang kat tempat sepatutnya. 

Ina tak akan cakap banyak dengan orang yang perangai macam ni. Ina sibuk tahan marah. Cukup-cukup laa buat perangai kanak-kanak. Masing-masing dah besar kan? Fikir & react laa macam orang dewasa. 

Terfikir; macam ni ke perangai mereka di rumah? Ina bukan jenis orang yang sanggup tengok Mak bertungkus-lumus buat kerja sedangkan anak-anak goyang kaki. Sedih! 

***Hormat orang; orang akan lebih hormat kita.