29 April 2014

Wedding Abie

 G2B di pelamin
Outdoor pengantin

Wedding ni yang buat kami semua terkedu, terkagum & sangat terkesan dalam hati & minda. 
Sepanjang majlis, Ina mendoakan semua yang terbaik untuk Abie & Fahmee. Happy untuk dia. Terasa bertuah sebab Allah tunjuk kuasa-Nya depan mata. Kun fa ya kun. Segalanya dah tertulis....

To Abie, 
Happy newly wed. Be a good wife & always support your husband.Give & take OK?
Bercinta lepas nikah...apa komen anda?? Hihi..hopefully you'll be the most fortunate person having Fahmee as your husband. 

Next, Mye's turn are coming!!! Tak sabar nak tunggu this weekend....

21 April 2014

Kerana RM20

Huhuhu...patutnya kisah ni jadi kenangan yang indah. Tapi, terus tak boleh diingati sebab rasa emosi sangat terganggu. Hopefully all these things never happen again.

MILO Malaysia Breakfast Day 2014

Daftar penuh semangat sebab nak buat larian lagi. Sambil-sambil bersenam dengan kawan-kawan. Sebelum mula, macam-macam kejadian sampai tak sanggup nak fikir balik. 
Kerana RM20, kami terkejar-kejar ke sana, ke mari. 
Kerana RM20, kami beremosi.
Keran RM20, Ina menangis tak henti-henti.
Kerana RM20, kami berkelahi.

Patut ke berlaku? Tepuk dada, tanya akal. Masing-masing dah cukup MATANG untuk berfikir. 

Even banyak benda yang jadi, sebahagian daripada kami pergi jugak larian tu. End up Ina & kawan-kawan berjaya habiskan larian 7km tu dalam 1jam. Lambat kan? It's OK. Permulaan.

Nah gambarnya!

 1..2..3..lekuk!

 kasut pun nak femes...

 K.A.M.I

 Alone!

 Feeling macam musim bunga...

Cakk!! Nak jugak die....

09 April 2014

G.E.M.U.K!!!!

Woooo... dah banyak labah-labah kat blog Ina. Sorry, too busy to look after this blog. Malas nak bukak lappy pun ye..hihi

Isu hangat yang semua orang sekeliling dok cakap adalah GEMUK! Macam mana nak kurus ni? Ina pun fail untuk turunkan berat badan yang sedia BERAT ni. Adoi...

Jog? Hampir setiap minggu mesti 2-3 kali. 1 sesi at least 2km. Tak mau turun jugak...
Sit up? Dah buat jugak. Hampir setiap malam..
Kurangkan makan? Hoho..yang ni tak boleh. Perut ni, meragam dia memang dahsyat. Makan berhari-hari pulak nak baik. Gastrik. Bak kata Kak Yan, macam ada dinosour dalam perut... berkeriuk-keriuk!

Bila usaha dah buat tapi berat tak turun-turun, Ina mula give up. Hihi..end up makan lagi!

Opppsss... jangan ada yang promote segala barang pulak kat sini ye! Ina kurang minat dengan segala 'alat' kuruskan badan. Kalau boleh, nak guna cara semulajadi je. Rumet, moh kita teruskan usaha. Hopefully akan berhasil nanti...