25 May 2014

Ilmu Yang Baru Dapat

Meh Ina kongsi ilmu yang baru Ina dapat beberapa hari lepas.

Seorang ustazah bagitau...

Untuk mengusir makhluk yang bernama jin daripada tubuh kita, amalkan Surah Al-Baqarah; ayat 102. Ayat ni menceritakan yang tak ada kuasa lain (termasuk sihir) yang boleh mengatasi kekuasaan Allah. Waktu mandi, kita bacakan ayat tu pada air mandian. Waktu makan, kita boleh renjiskan sikit air bacaan ayat tu dalam makanan & minuman kita. Waktu solat, baca dalam solat atau waktu berdoa.

Buat ibu-ibu, boleh bacakan ayat dari Surah As-Syura'; ayat 19. Sebut 'Ya Latif' 19kali. Diikuti dengan ayat tersebut. Bila sebut 'bimasha'', niat dalam hati 'jadikan anak-anakku berbudi pekerti & berjinak-jinak'. Lepas habis baca, hembuskan pada anak. Insya-Allah, anak akan lebih mendengar kata & menjadi anak yang baik.

Perkongsian yang sedikit; agar bermanfaat untuk semua. Insya-Allah...

15 May 2014

Hari Guru

Selamat Hari Guru untuk semua cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah & kawan-kawan Ina yang sedang & bakal jadi cikgu/pensyarah.

Advance sungguh bagi ucapan...

Bila sebut Hari Guru, mesti teringat zaman sekolah. Ada sorang cikgu yang Ina ingat sangat sampai hari ni. Dia baik & macam ibu pada semua anak-anak murid dia. Kami panggil dia Cik Zai. Walaupun tak berkawen, dia anggap kami semua anak-anak dia. Even jumpa kat luar sekarang pun, dia akan sebut 'ni anak dara Cik Zai ni...'. 

Dari darjah 1, Ina memang minat matematik. Tak kira cikgu apa pun yang mengajar, markah untuk subjek tu memang tak pernah menghampakan. Bila darjah 5, Cik Zai yang ajar subjek tu. Keluarga Ina ni perantau, bukan penduduk asal kampung tu. Kebanyakan cikgu lebih rapat dengan anak murid yang dorang kenal ibubapanya. Ina ni tersisih jauh la. Tapi, Cik Zai tak memilih bulu.

Mak & Abah selalu cakap kalau nak berjaya kena belajar lebih cepat daripada yang lain. Waktu kawan-kawan yang lain berlari-lari bila cikgu tak ada, Ina bukak buku math. Cuba pahamkan apa yang nak diajar lepas ni. Almaklum la, memang subjek kegemaran. Ina senyap-senyap gi jumpa Cik Zai, mintak dia ajar dulu. Bila masuk bab tu, semua buku latihan dah abis Ina jawab. So, Ina akan belajar lebih banyak lagi time dorang buat latihan tu.

Cik Zai senyum je bila Ina mintak dia ajar. Dia suka bila anak murid dia tunjuk minat. Bukan menunjuk-nunjuk atau nak dapat nama, tapi memang nak belajar.

Terima kasih Cik Zai sebab bagi tunjuk ajar & bimbingan sampai Ina tak pernah hilang minat pada math. Al-fatihah jugak untuk arwah Mr. Nor, cikgu math Ina (waktu darjah 6) yang meninggal dunia beberapa tahun yang lepas pada Hari Guru.

Guru, jasamu sentiasa kukenang...

12 May 2014

Persekolahanku

Semalam, tiba-tiba teringat semua kenangan waktu sekolah. Terdetik dalam hati, susahnya Mak Abah sekolahkan kami 8 beradik.

Kami bukan keluarga yang senang. Adik -beradik ramai. Cuma kami tak sampai tahap hidup susah lagi.
Ina pernah tak dibenarkan sekolah agama (darjah 1). Abah cakap umur Ina tak cukup lagi. Bila fikir balik, mesti parent Ina tak cukup duit nak sekolahkan Ina dulu. Masuk darjah 2, Ina yang mintak nak sekolah agama. Mak yang tengok Ina excited nak sekolah, akhirnya dia benarkan.

Anak perempuan bongsu bukan sebab untuk Ina jadi manja 'kededek'. Ina jalan kaki ke sekolah walaupun nak ke sekolah tu kena lalu jalan raya besar. Zaman tu, mak ayah yang lain semuanya hantar anak dengan kereta. Kalau jalan kaki pun, dekat sangat. Siap mak teman berpayung lagi. Ina redah hujan & panas setiap hari sebab seronok bersekolah, banyak kawan. Sentiasa jadi anak yang paling mudah dijaga. Apa yang Mak Abah sediakan, itu yang Ina pakai. Buku sekolah agama jarang dibeli. Buku teks pakai kakak & abang punya. Kalau tak ada, beli dari jiran-jiran yang dah tak pakai. Buku latihan Ina guna yang lama. Mak potong muka surat yang dah guna, balut buku tu cantik-cantik. Tu la buku sekolah yang baru untuk tahun baru. 

Sedih tengok yang lain. Dapat peluang, hidup mewah, tapi sia-siakan. Ramai yang ponteng, melepak & kalau ke sekolah pun, untuk main-main je.

Wahai adik-adik, belajar la selagi berpeluang. Kamu anak-anak generasi baru, semua ditatang bagai minyak yang penuh. Berusahalah, buktikan yang korang mengenang jasa mak ayah. Bagi kejayaan pada mereka. Biar senyuman yang jadi hiasan pada wajah mereka.

Mak & Abah, 
Ina sayang Mak Abah! Terima kasih untuk semuanya...

Allah, 
Kau panjangkan umur mereka. Berikan kebahagiaan dihati mereka.
Hiaskan senyuman di wajah mereka. Sihatkanlah tubuh badan mereka. 
Amin.