15 May 2014

Hari Guru

Selamat Hari Guru untuk semua cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah & kawan-kawan Ina yang sedang & bakal jadi cikgu/pensyarah.

Advance sungguh bagi ucapan...

Bila sebut Hari Guru, mesti teringat zaman sekolah. Ada sorang cikgu yang Ina ingat sangat sampai hari ni. Dia baik & macam ibu pada semua anak-anak murid dia. Kami panggil dia Cik Zai. Walaupun tak berkawen, dia anggap kami semua anak-anak dia. Even jumpa kat luar sekarang pun, dia akan sebut 'ni anak dara Cik Zai ni...'. 

Dari darjah 1, Ina memang minat matematik. Tak kira cikgu apa pun yang mengajar, markah untuk subjek tu memang tak pernah menghampakan. Bila darjah 5, Cik Zai yang ajar subjek tu. Keluarga Ina ni perantau, bukan penduduk asal kampung tu. Kebanyakan cikgu lebih rapat dengan anak murid yang dorang kenal ibubapanya. Ina ni tersisih jauh la. Tapi, Cik Zai tak memilih bulu.

Mak & Abah selalu cakap kalau nak berjaya kena belajar lebih cepat daripada yang lain. Waktu kawan-kawan yang lain berlari-lari bila cikgu tak ada, Ina bukak buku math. Cuba pahamkan apa yang nak diajar lepas ni. Almaklum la, memang subjek kegemaran. Ina senyap-senyap gi jumpa Cik Zai, mintak dia ajar dulu. Bila masuk bab tu, semua buku latihan dah abis Ina jawab. So, Ina akan belajar lebih banyak lagi time dorang buat latihan tu.

Cik Zai senyum je bila Ina mintak dia ajar. Dia suka bila anak murid dia tunjuk minat. Bukan menunjuk-nunjuk atau nak dapat nama, tapi memang nak belajar.

Terima kasih Cik Zai sebab bagi tunjuk ajar & bimbingan sampai Ina tak pernah hilang minat pada math. Al-fatihah jugak untuk arwah Mr. Nor, cikgu math Ina (waktu darjah 6) yang meninggal dunia beberapa tahun yang lepas pada Hari Guru.

Guru, jasamu sentiasa kukenang...

No comments: