12 May 2014

Persekolahanku

Semalam, tiba-tiba teringat semua kenangan waktu sekolah. Terdetik dalam hati, susahnya Mak Abah sekolahkan kami 8 beradik.

Kami bukan keluarga yang senang. Adik -beradik ramai. Cuma kami tak sampai tahap hidup susah lagi.
Ina pernah tak dibenarkan sekolah agama (darjah 1). Abah cakap umur Ina tak cukup lagi. Bila fikir balik, mesti parent Ina tak cukup duit nak sekolahkan Ina dulu. Masuk darjah 2, Ina yang mintak nak sekolah agama. Mak yang tengok Ina excited nak sekolah, akhirnya dia benarkan.

Anak perempuan bongsu bukan sebab untuk Ina jadi manja 'kededek'. Ina jalan kaki ke sekolah walaupun nak ke sekolah tu kena lalu jalan raya besar. Zaman tu, mak ayah yang lain semuanya hantar anak dengan kereta. Kalau jalan kaki pun, dekat sangat. Siap mak teman berpayung lagi. Ina redah hujan & panas setiap hari sebab seronok bersekolah, banyak kawan. Sentiasa jadi anak yang paling mudah dijaga. Apa yang Mak Abah sediakan, itu yang Ina pakai. Buku sekolah agama jarang dibeli. Buku teks pakai kakak & abang punya. Kalau tak ada, beli dari jiran-jiran yang dah tak pakai. Buku latihan Ina guna yang lama. Mak potong muka surat yang dah guna, balut buku tu cantik-cantik. Tu la buku sekolah yang baru untuk tahun baru. 

Sedih tengok yang lain. Dapat peluang, hidup mewah, tapi sia-siakan. Ramai yang ponteng, melepak & kalau ke sekolah pun, untuk main-main je.

Wahai adik-adik, belajar la selagi berpeluang. Kamu anak-anak generasi baru, semua ditatang bagai minyak yang penuh. Berusahalah, buktikan yang korang mengenang jasa mak ayah. Bagi kejayaan pada mereka. Biar senyuman yang jadi hiasan pada wajah mereka.

Mak & Abah, 
Ina sayang Mak Abah! Terima kasih untuk semuanya...

Allah, 
Kau panjangkan umur mereka. Berikan kebahagiaan dihati mereka.
Hiaskan senyuman di wajah mereka. Sihatkanlah tubuh badan mereka. 
Amin.