01 June 2014

Janji

Tajuk agak serius...
Bila cakap pasal janji, Ina sangat serius. Pada Ina, bila berjanji, kita macam bagi harapan pada orang yang kita buat janji tu.
Bayangkan kalau kita kat tempat orang tu. Kita janji nak jumpa, dia excited. Siap mintak cuti. Tapi, kita batalkan atas sebab yang kecik yang mungkin kita boleh tangguhkan...apa perasan kawan tu?
Kali pertama, boleh dimaafkan. Kali kedua, mula hilang percaya. Kawan tu pun serik. Maybe terasa hati. Nak ke dia dimungkiri lagi?? Rasa macam orang bodoh yang sentiasa ditipu.
Maaf kalau ada yang terasa. Tapi, itu la seriusnya Ina menilai JANJI setiap orang yang Ina kenal. Sebab tu Nabi kita cakap 'Mereka yang memungkiri janji tergolong dalam golongan munafik'. (Betulkan Ina kalau salah).
Tak kira berapa rapat hubungan Ina dengan orang yang berjanji, Ina mesti terasa hati dengan orang-orang macam ni. Ina akan serik nak berjanji dengan dia, cuba elak segala janji & hilang rasa percaya...
**Tak ada cara untuk dapatkan balik rasa percaya tu.