14 July 2014

Jangan Susahkan Hidup Orang Lain

Satu perangai yang ada dalam diri Ina sejak kecil: elak menjadi penyebab kesusahan orang lain.

Masa kecil, Ina memang sorang budak yang 'cengeng', kuat mengadu & mengada-ngada. Kakak-kakak & abang-abang tak suka bawak Ina main dengan dorang. Tapi, Ina antara anak kesayangan Abah sebab Ina anak bongsu perempuan. Abang & kakak selalu cakap yang dorang tak suka Ina. Sejak daripada Ina paham kata-kata dorang, Ina start jadi pendiam. Buat hal sendiri & tak suka nak sibukkan diri kacau dorang. Family ingat itu perubahan biasa tapi, Ina sengaja ubah perangai supaya tak dibenci adik-beradik.

Kalau berkawan, Ina memang kuat merajuk sebab Ina pentingkan persahabatan. Bila kawan pergi mana-mana tak ajak, Ina cepat terasa hati. Sampai besar, sikap tu sentiasa ada. Cara Ina kurangkan rasa nak merajuk tu ialah Ina anggap Ina tak penting dalam hidup semua orang. Sebab tu dorang selalu lupakan Ina (anggapan Ina je untuk pujuk hati sendiri).

Ina lebih suka pergi mana-mana sorang diri; makan sorang, merayau sorang-sorang, bershopping pun sorang-sorang. Ina hepi sebab tak fikir pasal sakitkan hati orang & tak risau tak ada teman nak pergi berjalan-jalan. Lagipun dari kecil, Mak & Abah selalu biarkan kami adik-beradik buat semua kerja sendiri; berdikari.

Kalau Mak & Abah ajak bercuti atau balik kampung, dorang tak pernah risaukan Ina (bila bersiap). Ina tau barang apa nak bawak, bila nak kemas & bila masanya nak kena angkat barang-barang masuk kereta. Bab makan & kerja-kerja rumah pun sama. Ina akan kemas segala benda yang Ina makan. Ina mengemas bilik & barang-barang Ina sendiri. Mak cuma asingkan segala barang kepunyaan Ina.

Ina tanya satu je, korang segan tak kalau mak korang basuhkan baju & siapkan makanan untuk korang tanpa korang tolong?
Kalau tak rasa segan, cek balik siapa korang. Sorang anak perempuan umur 20++ tak rasa segan bila mak buatkan semuanya?? Yang bujang, jangan cakap soal kahwin sebab korang memang belum bersedia.

Please...cukup la susahkan hidup orang. Cuba la berubah ke arah yang lebih baik. Tak tau, tanya. Tolong sikit-sikit pun dah ok. Belajar pelan-pelan....

Ina nasihat dengan pengalaman. Bukan nak cakap diri bagus, tapi Ina mengingatkan korang & diri Ina jugak. Kadang-kadang, 'ter'menyusahkan orang jugak...huhuhu...

Ampunkan Ina kalau Ina pernah susahkan hidup korang ye....

No comments: