24 September 2014

Busy Body!

Uish...banyaknya sarang lelabah..
Hihi..lama tak jenguk blog ni. Sian dia...

Agak busy membesarkan badan, menambahkan keceriaan & mencari CINTA! 
Perkembangan terbaru; makin 'kembang', masih di syarikat yang sama, hampir temui CINTA tapi Allah yang tahu kesudahannya. Doakan Ina :)

Nak cerita pasal manusia 'busy body' sebenarnya. As an engineer at project site, kami yang perempuan-perempuan ni susah sangat nak kenakan baju kurung atau segala 'kain'. Hari-hari dengan seluar jeans. Bila kami pakai, semua orang cakap 'raya ke?' Eh..suka hati saya laaa...awak pulak yang risau,kenapa? 

Minggu lepas, dengan sengajanya Ina pakai baju kurung datang site. Tak ada alasan. Cuma dah lama tak pakai baju kurung. Mak pun dah bising 'tiap-tiap tahun buat baju kurung, pakai gi kenduri & raya je?'. Siap cakap 'raya tahun depan, pakai je yang ada ni ye...'

Disebabkan Mak la tukang jahit teragung Ina& tak nak menghampakan Mak, maka Ina pun dengan sengajanya pakai baju kurung di hari kerja. Then, datang sorang manager yang agak 'busy body' ni tegur... 'u wear this baju kurung means that u don't want to go to site today. U are an engineer maa... am I rite?'. No need to bother la uncle! I know my job & I will go to site even with this baju kurung if I have to go. But now, I don't think that I really need to go to site because my scope of work are not fully at site.

Apa pun orang nak cakap, Ina akan pakai apa yang Ina nak pakai & dengan cara Ina tersendiri selagi tak melawan hukum agama. Insya-Allah...
Tegur Ina tentang biadapnya Ina & kurang sopannya pakaian Ina tapi bukan tentang hak peribadi Ina.