22 October 2014

Meghan Trainor - Dear Future Husband...Comel!


Lagu comel yang buat Ina tetiba suka bila first time dengar.

Suara penyanyi unik & lirik lagu ni..hihi...comel sangat!

To my future husband also....please listen! :)

02 October 2014

Irfan Muqri

Teringat kisah yang Azran (abang Ina) cerita pasal Irfan, anak sulung dia.

Kisah 1
Azran bawak Irfan ke masjid untuk solat Jumaat. Irfan ni baru 6 tahun. Tapi, Azran nak dedahkan dia pada solat Jumaat. Budak bijak & mulut bising bertanya.

Irfan nampak orang masukkan duit dalam tabung. Orang ramai dok passing tabung masjid tu depan dia. Sorang-sorang masukkan duit. Terkeluar daripada mulut dia nak bertanya Azran.

'Ayah, pergi masjidkenabayar ye?'

'Tak la. Tu derma. Ikhlas...'

Irfan terus tengok orang masukkan duit. Semuanya letak duit dalam tabung tu.

'Ayah, kena bayar la...Semua orang bayar...'

Orang tua-tua keliling Irfan tersenyum dengar dia cakap camtu. Ayahnya pun tergelak je...

Irfan...Irfan.... hihihi...

Kisah 2
Kat meja waktu makan pagi. Azran berbual dengan Irfan & Iman,adiknya.

'Iman, makan ni. Bagi kuat. Besar nanti boleh jadi juruterbang. Bawak kapal terbang.'

'Ok ayah.Iman nak bawak kapal terbang...'

Tiba-tiba Irfan menyampuk...

'Iman bawak kapal terbang tu elok-elok. Jangan sampai ilang macam kat TV tu... (MH 370)'

Aik....budak yang kuat main macam ni pun alert berita semasa?? Kagum...

Azran gelak besar sebab dia tau Irfan jawab macam tu sebab tak nak 'kalah' dengan Iman. Ada je cara nak kenakan adik dia...

Alahai...Irfan!