14 November 2014

Nak Maju, Kena Berubah

Bunyi serius je kan? Hihi...tetiba rasa nak buat entri ni.

Semalam, Ina nampak status sorang kawan pasal punctuality. Dia yang dulu degree kat Malaysia & sambung study oversea time master/PHD terus berubah perangai sebab attitude  masyarakat sana. Mereka sangat punctual bila ke kelas. Tak macam student kat sini. Lambat pun, still pensyarah bagi masuk kelas. Pensyarah yang bertolak ansur dengan student..

Semua negara cakap 'Mahu mencapai tahap negara maju...'. Tapi, kalau attitude tak berubah, kita takkan ke mana-mana. Betul! 

Kalau di Jepun, negaranya bersih, orangnya bertoleransi & sangat punctual. Orang kita? 

Even dalam rumah kita pun kita tak mampu nak ikut rules (jaga kebersihan, toleransi dengan orang lain & punctual dalam setiap janji), macam mana kita nak berubah untuk 'negara maju' impian kita tu?

Attitude yang tak elok tu melambangkan siapa diri kita. Bila di jalanraya, kita tunjuk 'besar kepala', buang sampah merata-rata, jadi samseng jalanan... Malu la pada pelancong. Tunjuk la attitude yang baik untuk nama negara kita.