29 January 2015

Rotan Anak?

Kecoh cerita pasal tak boleh rotan anak kan? Kena bagi kebebasan pada anak-anak untuk berfikir & menilai? 

OK. Mengikut Islam, anak-anak yang lahir dari rahim seorang Islam automatik seorang Islam juga. Tak boleh menafikan keislaman tersebut. So, mengkhatan, 'membelah mulut', aqiqah mesti dibuat untuk anak-anak ini. Dari segi pendidikan tu, masing-masing ada cara didikan mereka.

Ada anak yang mampu dikawal dengan menasihat & bercakap lemah-lembut. Tak salah kita gunakan pendekatan tu dahulu sebelum merotan. Untuk merotan pun, Islam tak benarkan kita rotan sesuka hati. Sebaik-baiknya, rotan dibahagian bawah; betis contohnya dan cuma bertujuan mengajar anak tu, bukannya melepaskan geram.

Anak-anak yang baik tak perlukan rotan. Dia mudah diajar dengan berlemah-lembut. Tapi, macam mana pulak yang 'tak makan saman'? Di barat, anak bebas bersuara. Tapi, bagus ke cara pendidikan mereka? Kalau bagus, kenapa banyak jugak jenayah & melawan cakap ibubapa? Nilai la dengan cara didikan Islam sebenar. Islam itu agama kita. Segala asas kehidupan ada didalamnya. Kaji setiap apa yang Nabi 'sampaikan' melalui sunnahnya. Ada hikmah untuk kita. 


15 January 2015

Si Tamak Kasih Sayang

Ni pesanan untuk lelaki yang suka main kayu tiga, playboy dan seangkatan dengannya.

Tolong la jangan bagi harapan dekat wanita-wanita ni sebab mereka mungkin akan jadi wanita yang hilang percaya pada semua lelaki. Jiwa wanita terlalu lembut. Mudah dipermainkan. Sukar melupakan & sentiasa mudah jatuh hati.

Please....kalau tak ada niat memperisterikan, bagitau direct. Dia boleh move on. Dia boleh melupakan & teruskan kehidupan macam biasa. Susah untuk melupakan semuanya....

Si Tamak Kasih Sayang = Di sana nak, di sini pun nak

Tolong la!!!

13 January 2015

Peminat K-Pop Itu & Kamu

Heboh sejak hari minggu baru ni sampai ke hari ni cerita pasal peminat K-Pop di Malaysia dipeluk lelaki Korea. 

Pendapat Ina, yang perempuan-perempuan tu boleh menolak untuk tak buat aksi-aksi macam tu dengan cara berhemah. Terangkan tentang agama kalau perlu. Tapi, kenapa tak menolak???

Anda di atas pentas, di khalayak ramai. Berpakaian sopan, Ina fikir, mereka ni semuanya berpelajaran. Ada akal untuk fikirkan baik dan buruknya.

Yang Korea tu pulak, tak pernah nak research ke lokasi yang nak pergi tu? Malaysia negara Islam. Adatnya, cara hidupnya perlu dihormati. So, tak salah bertanya pada yang tau.

Penganjur...kamu patut lebih sensitif dengan cara masyarakat. Fikir semua kemungkinan sebelum adakan sebarang majlis.

Kita yang lain. Sama dengan je dengan mereka ni. yang nampak, tak tegah. Yang tengok video, anda mungkin antara orang-orang yang pernah lakukan kesalahan yang sama. Berpegang tangan atau memeluk bukan muhrim di khalayak ramai. Ambil ikhtibar, belajar daripada kesilapan mereka dsan kita. Berusaha untuk perbetulkan & tak mengulangi perkara ni. 

Wahai Muslim semua, kembalilah ke jalan Allah. Ina tak sempurna. Menegur sambil ingatkan diri sendiri. Kita ni cermin kepada agama kita. Apa yang kita buat, semuanya diperhati & dinilai mereka yang berlainan agama. Mungkin kebaikan budi pekerti & akhlak kita buat mereka menerima Islam...