13 January 2015

Peminat K-Pop Itu & Kamu

Heboh sejak hari minggu baru ni sampai ke hari ni cerita pasal peminat K-Pop di Malaysia dipeluk lelaki Korea. 

Pendapat Ina, yang perempuan-perempuan tu boleh menolak untuk tak buat aksi-aksi macam tu dengan cara berhemah. Terangkan tentang agama kalau perlu. Tapi, kenapa tak menolak???

Anda di atas pentas, di khalayak ramai. Berpakaian sopan, Ina fikir, mereka ni semuanya berpelajaran. Ada akal untuk fikirkan baik dan buruknya.

Yang Korea tu pulak, tak pernah nak research ke lokasi yang nak pergi tu? Malaysia negara Islam. Adatnya, cara hidupnya perlu dihormati. So, tak salah bertanya pada yang tau.

Penganjur...kamu patut lebih sensitif dengan cara masyarakat. Fikir semua kemungkinan sebelum adakan sebarang majlis.

Kita yang lain. Sama dengan je dengan mereka ni. yang nampak, tak tegah. Yang tengok video, anda mungkin antara orang-orang yang pernah lakukan kesalahan yang sama. Berpegang tangan atau memeluk bukan muhrim di khalayak ramai. Ambil ikhtibar, belajar daripada kesilapan mereka dsan kita. Berusaha untuk perbetulkan & tak mengulangi perkara ni. 

Wahai Muslim semua, kembalilah ke jalan Allah. Ina tak sempurna. Menegur sambil ingatkan diri sendiri. Kita ni cermin kepada agama kita. Apa yang kita buat, semuanya diperhati & dinilai mereka yang berlainan agama. Mungkin kebaikan budi pekerti & akhlak kita buat mereka menerima Islam...

No comments: