29 January 2015

Rotan Anak?

Kecoh cerita pasal tak boleh rotan anak kan? Kena bagi kebebasan pada anak-anak untuk berfikir & menilai? 

OK. Mengikut Islam, anak-anak yang lahir dari rahim seorang Islam automatik seorang Islam juga. Tak boleh menafikan keislaman tersebut. So, mengkhatan, 'membelah mulut', aqiqah mesti dibuat untuk anak-anak ini. Dari segi pendidikan tu, masing-masing ada cara didikan mereka.

Ada anak yang mampu dikawal dengan menasihat & bercakap lemah-lembut. Tak salah kita gunakan pendekatan tu dahulu sebelum merotan. Untuk merotan pun, Islam tak benarkan kita rotan sesuka hati. Sebaik-baiknya, rotan dibahagian bawah; betis contohnya dan cuma bertujuan mengajar anak tu, bukannya melepaskan geram.

Anak-anak yang baik tak perlukan rotan. Dia mudah diajar dengan berlemah-lembut. Tapi, macam mana pulak yang 'tak makan saman'? Di barat, anak bebas bersuara. Tapi, bagus ke cara pendidikan mereka? Kalau bagus, kenapa banyak jugak jenayah & melawan cakap ibubapa? Nilai la dengan cara didikan Islam sebenar. Islam itu agama kita. Segala asas kehidupan ada didalamnya. Kaji setiap apa yang Nabi 'sampaikan' melalui sunnahnya. Ada hikmah untuk kita.