25 February 2015

First Time!??

Untuk pengetahuan, Ina tak pernah lagi naik flight even umur dh nak 3 series...

Bila agaknya my first time tu? Terdetik di hati bila Mak ajak gi umrah. Kena kumpul duit ni...

15 February 2015

Lelaki 'Hensem'

Siapa lelaki 'hensem' pilihan Ina?

1. Dia yang menjaga hati wanita kesayangannya sebaik-baik jagaan & tak menduakannya.

2. Dia yang tak membebel macam perempuan.

3. Dia yang baik akhlak & tutur kata.

4. Dia yang tak pernah menipu & sentiasa jujur, amanah.

5. Dia yang tak mainkan perasaan wanita yang lembut & mudah terguris.

*Bukan paras rupa jadi ukuran 'hensem'nya dia.

Ini pendapat & pandangan Ina saja. Nak argue, pergi zoo :)

14 February 2015

Perginya Seorang Pemimpin

Zuhudnya dia. Matang fikirannya. Perginya ditangisi rakyat walaupun tak pernah bersua. Dah 2 hari dia meninggalkan kita. Tapi masih ramai yang ceritakan tentangnya. Hati ini terkesan juga dengan kehilangannya. Aku yang sukar menangisi pemergian terasa meremang melihat keajaiban yang Allah tunjukkan. Terasa hingga ke hati. Sedih tapi tak meratap.

Moga Allah menempatkannya dikalangan sahabat-sahabat nabi...

11 February 2015

Tak Terluah

Korang pernah rasa tak....???

Nak cakap,luahkan semua yang kita tau. Tapi, benda tu akan bagi kita kesedihan, kepahitan. Kita tau lepas meluahkan kita akan bertambah-tambah sedih.

Kalau tak meluahkan sekarang, mungkin kita takkan ada peluang lain lagi. Serba salah. Jadi, benda yang nak disampaikan tak terluah. Hati & perasaan tak tenang sebab sentiasa berfikir. Tidur tak lena, mandi tak basah la orang kata. Semuanya tak kena...

Allah, Kau saja yang tau apa aku rasa. Kau saja yang tau jawapan sepatutnya. Berikanku petunjuk, jalan terbaik yang patut aku ambil. Permudahkan segalanya untukku...amin.

10 February 2015

Kamu

Jiwa ini kosong. Tapi kamu ada
Hati ini sunyi. Tapi kamu ada
Hidup ini susah. Tapi kamu ada
Kerja ini merunsingkan. Kamu tetap ada

Aku sentiasa ada kamu untuk aku terus senyum. Terima kasih Allah, keluarga dan sahabat. ;)

05 February 2015

Cinta, Hidup & Aku

Hidup tak selalu mudah
Kadang terasa gundah
Kadang terasa indah
Itu semua lumrah

Cinta
Kadang ia berdusta
Kadang ia bahagia
Perlu bijak menilainya

Hidup tanpa cinta; lesu
Cinta tak hidup; kaku
Cinta,hidup & aku
Sentiasa satu