07 March 2015

Keajaiban Jodoh Ketentuan Allah

Dalam perjalanan hidup ni, macam- macam kisah jodoh yang Allah tunjukkan depan mata...

Ada cikgu yang menanti jodoh sehingga usia lanjut. Akhirnya, Allah temukan dengan bekas suami sahabatnya (yang sudah meninggal dunia). Terjawab kenapa jodohnya lewat.

Ada kawan yang selalu gagal bercinta. Bertukar pasangan & kecewa. Lastly,bertemu jodoh dengan pilihan ibunya. Bahagia jugak akhirnya.

Kawan yang dah bertunang, putus hubungannya waktu semua persiapan perkahwinan siap..tinggal seminggu dua sebelum majlis. Allah datangkan seseorang sebagai ganti & hidupnya cukup bahagia sekarang.

Ina percaya ketentuan Allah..terlalu percaya. Redha la dengan ketentuan-Nya bila Dia memutuskan hubungan kita dengan seseorang. Mungkin si dia bukan untuk kita. Satu masa, kalau diizinkan, akan datang jodoh terbaik buat kita yang masih sendiri. Berdoa la. Dia Maha mendengar...

Buat sahabat-sahabat yang sudah membina keluarga, syukurlah. Doa kamu termakbul. Buat yang belum, teruskan la berdoa..

InsyaAllah..jodoh itu milik kita nanti...

No comments: