27 May 2015

Chating Time!

Topik paling syok bagi Ina ialah bila berborak pasal agama. Tak kira la sesama Islam atau dengan non-muslim. 

Kawan-kawan untuk bertukar pendapat biasanya Mak, Kak Ana, ex-rumet & adik-adik kat ofis. Semalam baru selesai satu sesi berbual panjang dengan adik ofis yang sorang tu...

Ada idea macam mana nak menegur dengan tak sakitkan hati orang sekeliling?

Kat ofis, ada kaum adam yang tanya Ina, kenapa tak pakai loceng pada barang kemas? Perlu ke?
Ina cuma jawab, tak boleh bagi perempuan Islam. Ramai mungkin tak pernah tau yang loceng pada diri sorang perempuan tu haram; menarik perhatian. Kalau tak silap, bunyi-bunyian tu jugak memanggil syaitan kan? So, wanita-wanita yang membaca, bagitau pada yang tak pernah tau. Perbetulkan. 

Ada yang tanya pendapat tentang solat jamak & qasar. Ina kurang ilmu tu. Cuma Ina ikut asal pembelajaran. Mesti melebihi 90km, tidak bermastautin di tempat kita solat tu (lebih daripada 3 hari). Pasal menetap lebih 3hari kat tempat tu & boleh lakukan jamak & qasar; Ina rasa jawapannya TAK BOLEH. Kita dah bercadang & memang nak menetap lebih daripada 3 hari maknanya tu dah dianggap mastautin. Betulkan Ina kalau fahaman Ina ni salah.

Bila solat, orang tak pentingkan pergerakan mereka betul atau tak. Ina tak cakap Ina betul. Tapi kalau kita dah memang tau benda tu salah, kita wajib perbetulkan kan? Contohnya cara rukuk & sujud bagi perempuan. Mesti rapatkan tangan ke sisi. Rukuk mesti 90 darjah, tak perlu lebih atau kurang. Sujud pulak, 7 anggota badan (2 perut jari kaki, 2 lutut, 2 tapak tangan & dahi) mesti sentuh tempat sujud. Nampak remeh tapi ramai tak peduli atau mungkin tak tau.

Yang Ina tau, Ina nak sampaikan. Tapi, yang Ina tak tau, please bagitau. Tambah ilmu, perbaiki diri. Moga jadi umat Islam yang lebih baik. InsyaAllah...amin.

No comments: