07 May 2015

Larian & Ina Awie

Hobi yang dari zaman sekolah lagi dah melekat. Larian.

Ina tak pandai main bola jaring,bola baling, bola tampar atau apa-apa sukan berkumpulan. Yang biasa Ina take part cuma larian & lompat jauh. Lontar peluru pun selalu tersasar (sebab lefthanded akan baling menghala ke kanan).

Zaman U dapat join larian masa tahun 1 je. Lepas frust tak dapat kuota kolej, Ina malas dah nak join. Kalau ada pun, joging dengan Alhuda, best fren untuk joging merangkap kawan satu course.

Sejak setahun lepas, Ina dah try aktifkan diri join larian-larian sekitar KL. Seronok. At least, Ina paksa diri untuk terus fit (walaupun badan dah NAIK sangat!). Sorang-sorang pun Ina akan attend larian tu. Janji dapat jog.

So, siapa-siapa rasa nak join atau nak temankan Ina, meh la. Kita register larian banyak-banyak tahun ni. Actually, Ina dah berjaya influence kawan-kawan & Adik untuk join Ina berlari. Anda bila lagi? ;)

Ni gambar-gambar larian yang ada dalam simpanan...
The Music Run by AIA

Charity Walk HSBC

Men's Health Women's Health Run

MILO Breakfast Day 2014

KL City Run
KL City Run
Maksak 2014

TM Fan Run 2014


World Diabetes Day Run

100Plus Outrunner 2015
Run 4 East Coast 2015

3R International Marathon

No comments: