24 May 2015

Personaliti VS Minat

Krisis Identiti. Lebih kurang macam tu la. Orang tengok Ina konfius, Ina sendiri pun konfius.

Yang mana baru kenal Ina, dorang selalu terkejut bila tau perangai, sifat & minat Ina yang bercanggah ni.
Banyak yang cakap, Ina nampak lembut & muslimah sangat. Tapi, ramai yang tak tau Ina minat muzik-muzik rancak (pop & rock), suka pertukangan, elektrikal, melayan karaoke (dengan kawan-kawan saja) & suka outdoor activity. OK, outdoor activity terpaksa tolak tepi sementara sebab sentiasa terhalang & sedang mencari kawan untuk start program sendiri.

Kalau dengar lagu, memang head banging even berbaju kurung, duduk bersimpuh. Bayangkan ye. Itu Ina.
Pertukangan & elektrikal tu minat dari zaman belajar dulu. Adik-beradik ramai lelaki tapi bila bab tukang menukang, tukar lampu, Ina antara yang berminat nak tau & cuba buat. Tu la sebabnya kerja pun nak kerja bidang ni. Bukan paksaan, bukan terpaksa. Tapi, minat.
Nyanyi? Hihi..suka! Tapi, pemalu & darah gemuruh. So, nyanyi depan kawan-kawan dalam bilik karaoke yang gelap tu je.
Outdoor activity sentiasa terhalang dengan keizinan Mak. Pernah join Adventure Team masa zaman U. Kononnya nak mendaki gunung, aktiviti panjat-memanjat. Tapi, setiap kali cakap nak join, Mak mesti tak bagi. Disebabkan 'syurga di bawah tapak kaki Mak', maka Ina pun pasrah. Mujur Abah tak pernah halang. Even nak vacation jauh sikit pun Mak selalu risau. Tapi, anaknya plan dulu baru bagitau; paling selamat. Tu pun bila dah kerja baru berani.

Jangan judge dengan apa yang kita nampak saja :)