04 May 2015

Sedih. Cari Punca.

Entah apa yang ganggu, hari ni mood tak berapa nak baik. Rasa nak nangis. Rasa sedih semacam je. Punya la kaji mana datang perasaan ni sebab nak control tak mo nangis. 

Hari ni, Ina kerja walaupun orang lain cuti Wesak. Almaklum la...construction. Kerja time cuti tu BIASA...huhu (ni salah satu punca sedih kot).  

Frust bercinta? TAK. Cuma bengang dengan spesis suka mempergunakan perempuan untuk kepentingan mereka..sanggup mainkan hati wanita selembut Ina. Eh?? Perasan! Ahh..yang penting, Ina benci dia!

Maybe Ina rindu 'orang jauh' yang asyik jawab 'Saya kat kampung. Line hp tak clear'. Mana awak? Dah balik? Nak text, maluuu.... :)

Oh. Dari pagi, boss dok suruh pindah masuk bilik meeting sebab bahagian hall tu nak demolish. Serabut dengan boss. Mana ada orang kat department kita tu nak tolong saya pindah. Semua CUTI WESAK boss... Tunggu je la esok!

Then,terus teringat, terkenang mula-mula datang sini. Masa tu ofis baru siap tak sampai sebulan. Ina duduk kat tempat tu dari mula sampai sekarang. Banyak yang keluar masuk. Banyak kenangan indah & sedih. Lepas ni, dah tak nampak semua tu...dah tak boleh nak kenang-kenangkan lagi. Sayu je rasa....

Sebab sedih lain? Maybe dah nak 'mengambang'...ooopppss!! Sindrom PMS...

OK.Cukup la luahan sempena birthday Epul & Wesak Day. Anyway, HAPPY BIRTHDAY EPUL ADIKKU YANG MACHO! (Bukan senang nak puji...) Rajin-rajinkan diri ye tolong ambil baju-baju larian kakakmu ini ;)