29 July 2015

Raya! Raya! Raya!!!

Salam. Hai semua! Dah sebulan lebih menyepi. Sian blog ni. Ampunkan Ina sebab terlalu busy & jadi malaaaasss sangat nak on laptop. Kat ofis bukak je internet. Tapi, takkan nak update blog time keje kan? Huhuhu...

Raya tahun ni macam mane? Haaa..Ina macam biasa, balik Kelantan yang sesak & meriah tu. Beberapa hari sebelum raya mesti meriah highway Karak tu kan? Sampai ada yang bersusun kat bahu jalan untuk tidur. Penat memandu...

Driver Ina tahun ni tetap Epul, si mekanik terhebat. Tapi, dia yang bersusun kat bahu jalan tu...sebab ngantuk, tak tidur 2 malam. Adoi laa adikku ini... Takpe la, janji tak drive time ngantuk.

Kami konvoi 2 kereta dengan Azran (abang). Naik ikut Genting. Sampai simpang kat bawah tu, Azran termasuk arah KL. Menghala ke tol Gombak semula & menghadap jammed dari tol Bentong sampai bandar Bentong. Ina entah kali ke berapa tertidur & jaga semula. Bosan. Okay, kami gerak di tengah malam ye. Kat area Ulu Dong, kami singgah masjid untuk sahur, tidur & solat. Ada laa dalam 3 jam. Lepas subuh, kereta still banyak walaupun tak jammed. Gerak slow2 sampai Kuala Krai. 2 kali berhenti tepi sebab Epul ngantuk. Bila sampai Manik Urai, Ina take over sampai ke kampung. Terpisah jugak dengan Azran. Pukul 10 pagi sampai kampung. Letih2 pun, sempat jugak ikut Mak & Lily cari barang makanan untuk berbuka puasa. Seronok nak buat persiapan raya...

Abah balik kemudian sorang diri. Ada urusan katanya. Anak jantan lagi 2 orang menyusul kemudian sebab balik raya kat Melaka dulu. Asalkan semua balik berkumpul, itu dah cukup bagus. Sorang lagi bawak diri. Beraya di KL. Entah kenapa, Ina tak pasti. Hope next raya dia ikut sama balik kampung. Cucu Abah semua ada. Itu la penyeri raya kami.

Juadah biasa saja. Yang bestnya, dapat jumpa ramai saudara-mara & melawat kawan lama kat Tanah Merah. Kisah raya tahun ni ada yang kurang enaknya. Tapi, biarlah gembira tutup semua duka tu. Al-fatihah untuk arwah che dah yang meninggal Mei lalu.

Soalan yang tak dapat lari, STILL, 'bila nak kawin?' Yang bertanya, banyak2 kan doa untuk Ina ye. Mana tau, termakbul...amiiinnn... Yang rekemen orang pun ada. Bawak jumpa Abah terus ye. Biar Abah screening test dia. Hihi.

Nah! ni gambar2 yang dapat diambil.





Siblings without another 3 gentlemen




Nephews & nieces





No comments: